Kini bersua

Assalamualaikum semua…

Sudah pasti blog ini senyap sunyg dari sebarang cerita merapu aku. Bukan aku nak merajuk atau membawa diri. Cuma tidak berkesempatan untuk online. Memang aku mengaku yg aku terlalu merindui blog aku ni. Aku jugau rindu untuk menjengah blog kawan-kawan dan tinggalkan komen. Memandangkan masa yang memang tidak mengizinkan, aku cuma mampu tengok je la blog aku sunyi sepi dari jauh. Nak online guna gadjet pun, gadjet buat hal pulak.

Tepat sahaja tarikh 31 disember 2012, berakhirlah azab sibuk tahap migran yg aku hadapi sekarang ni. Merata ceruk lembah klang aku berjalan menyelesaikan projek syarikat. Rasa macam kurang berbaloi dgn tenaga yang disumbangkan. Tapi apakan daya, rezeki yg Allah berikan kepada aku cuma cukup sekadar itu sahaja. Bersyukup dengan apa yang dikurniakan.

Tahun hadapan, anak-anak aku dah mula masuk alam persekolahan. Aniq aku tak risaukan sangat sebab dia sudah biasa dengan alam prasekolah. Cuma Qaisara je yang aku tak berapa nak yakin. Banyak benda yang aku perlu aturkan untuk dia cepat sesuaikan diri dengan suasana baru. Harapnya aniq boleh tunjuk ajar adik dia bila di prasekolah nanti.

Aku sebenarnya masih tercari van sekolah yang boleh ambil selepas sesi prasekolah tamat pukul 12 tengahari. Tak jumpa lagi sampai sekarang. Kalau rakan-rakan ada nombor van sekolah di sekitar putrajaya, boleh tinggalkan diruangan komen dibawah ye.

Ok lah. Jumpa lagi ye

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Cemburu semakin bertambah

Jangan terkejut wahai rakan-rakan taulan. Ini bukan kes cemburu sembarangan. Tetapi cemburu dengan kawan-kawan yang pakai smartphone Android. Manakan tidak, diorang semua boleh update smartphone diorang guna menu update yang tersedia ada dalam phone. Tapi Samsung Galaxy Tab GT-P1000 macam aku guna ni, memang tak boleh nak update sebab fungsi tu memang tidak ada dalam tablet ni. Memang jealous tahap gaban Z potong 8 ni. Paling tak boleh terima bilamana isteri tercinta tunjuk pada aku Android Jelly Bean yang baru diupdate. Bertambah jealous hati ni. Aku pun buat sedikit kajian dengan mencari alternatif lain cara-cara untuk update android froyo yang aku gunakan sekarang ni. Seperti biasa, pusat untuk mencari tutorial adalah dengan menggunakan perkhidmatan youtube. Bermacam-macam versi ada. Cuma faham dengan tak faham sahaja.

Aku cuba juga buat carian ke website orang putih dan ke forum-forum. Terjumpa cara yang paling berkesan untuk update android kepada versi Jelly Bean. Sekarang ni baru selesai muat turun semua fail yang berkaitan untuk proses update nanti. Baru la aku tahu apa itu Cyanogen Mode, software Odin dan sebagainya. Aku yang masih lagi baru dalam arena smartphone ni memang patut kena ambil tahu benda ni. Mungkin aku boleh jadikan sebagai testimoni sekiranya proses update Samsung Galaxy Tab Gt-P1000 aku ni berjaya. Fail-fail yang diperlukan semuanya sudah tersedia dimuat turun dalam hard disk. Cuma tinggal untuk mulakan proses update sahaja.

Insyaallah, jika tidak ada aral melintang, aku cuba untuk rekodkan proses aku tengah update Samsung Galaxy Tab ini dengan videocam sebagai panduan dan pedoman untuk mereka yang mengalami masalah sama macam aku. Lagipun, dah lama aku tak kongsi dengan rakan-rakan tutorial mudah tentang benda-benda yang bermanfaat macam ni.

Oklah. Masa dah pun mencemburui aku. Sampai sini dulu. Nanti aku celoteh lagi.

image

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Selamat menyambut Hari Deepavali

Minggu ini, tentu ramai di kalangan rakan-rakan kita yang mengambil cuti panjang. Manakan tidak, perayaan Hari Deepavali jatuh pada hari Selasa dan kemudian dan sambutan Maal Hijrah pula jatuh pada hari Khamis. Sudah tentu ramai golongan yang makan gaji macam aku mengambil peluang bercuti sakan menghabiskan saki baki cuti tahun yang ada. Cuti marathon dari hari Isnin sampai hari Ahad. Memang pasti badan jadi lemau untuk bekerja semula selepas sakan bercuti bersama keluarga tersayang.

Aku sengaja tidak mengambil cuti marathon sebab tidak buat perancangan dengan isteri tercinta untuk pilih destinasi percutian. Tambahan pula, sekarang ni musim hujan, so membataskan sedikit pergerakan dan aktiviti semasa bercuti nanti. Mungkin jika diizinkan Allah, dalam pertengahan bulan Disember nanti, akan pilih negeri Perlis untuk destinasi bercuti. Kebetulan mendapat undangan perkahwinan bekas rakan sekolej sewaktu matrikilasi dahulu. Rasa jealous pulak dengan pengalaman Kak Jie bercuti ke Gua Kelam. Aku memamg dah lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Kali terakhir aku memasuki Gua Kelam adalah pada tahun 2003 sewaktu Istiadat Pentauliahab Pegawai Kadet PALAPES IPT kali ke-22 pada tahin 2003.

Kepada rakan-rakan kaum India yang beragama Hindu, dikesempatan ini aku mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali. Harapnya Deepavali tahun ini paling bermakna dari tahun yang sebelum ini. Ramai rakan-rakan aku ambil cuti marathon sempena menyambut perayaan ni. Ada juga rakan-rakan aku berketurunan Melayu ambil cuti awal mengalahkan rakan-rakan India. Hehehehehe

Oklah. Isteri tercinta nak ajak keluar jalan-jalan cuci mata ke Bandar Baru Bangi. Katanya nak mencuci mata di butik Fareeda. Orang perempuan memang tak boleh elak dengan cuci mata dam juga Window shopping kan. Hehehehe

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Rekod berjaya dipecahkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera……

Hampir 2 minggu blog ini diam membisu. Bisu tanpa sebarang cerita dan pengalaman yang mahu dikongsi bersama kawan-kawan blogger lain. Aku baru tersedar yang blog ini sudah memecahkan rekod kategori blog paling lama tidak diupdate. Aku mengaku kelemahan aku ini. Bukan sengaja blog ini sunyi sepi. Disebabkan tugasan yang terlalu banyak dalam bulan ini yang menyebabkan aku bergerak keseluruh Lembah Klang membuatkan aku tidak berkesempatan untuk menulis blog. Galaxy Tab yang dibawa ke hulu ke hilir ini sekadar digunakan untuk tujuan tertentu sahaja. Huhuhuhu…..

Dalam minggu ini, banyak kawasan yang aku terjah dalam sekitar Lembah Klang ni. Ke Pelabuhan Klang, ke Banting. Dari Banting, terus shoot pergi ke Jalan Klang Lama. Pening juga memikirkan jalan yang paling dekat untuk aku sampai awal ke site. Dari Banting terus ke Jalan Klang Lama dalam tempoh 1 jam. Biar betul. Baru aku teringat ada satu lebuhraya baru siap. Nama lebuhraya tu SKVE. Masuk dari tol Teluk Panglima Garang dan keluar tol Puchong. Hanya mengambil masa selama setengah jam. Jalan memang lengang. Kalau nak bawak laju 140 km/j memang takde masalah. Hehehehe. Aku pemandu berhemah. Tak bawak kereta laju-laju.

Kadang-kadang aku rasa pelik dengan perangai sesetengah orang. Bila aku berdiri lama memikirkan masalah untuk betulkan semula mesin ATM dan mesin CDM, waktu itu jugaklah pelanggan yang nak berurusan untuk membuat pengeluaran wang merungut sehingga perli dengan kata-kata yang kesat.l. Touching makan dalam. Aku hanya tersenyum je. Paling aku kejam pun suruh pelanggan tu buat pengeluaran di mesin bank lain. Cuma seringgit sahaja ditolak dari akaun sebab guna transaksi MEPS. Tapi itulah, bila dalam kehidupan kita dah sentiasa terbiasa dengan “Customer is always right”, tak mampu nak cakap apa-apa. Kalau dia maki hamun pun, bukan kena dekat kita tapi kena pada dia balik. Bak kata orang, satu jari yang menunjuk ke arah orang akan keburukan orang itu, 4 jari lagi berpatah balik menunjuk ke arah kita.

Oklah. Aku berhenti dulu disini. Nak hilangkan serabut bagi mesin ni berfungsi seperti sedia kala. Wife tercinta pun dah bertalu-talu telefon tanya bila nak sampai rumah. Sabar ye sayang.

image

Kongsikan post ini bersama rakan anda

AES Detector memang tidak menghampakan

Aku sebenarnya ada dapat satu info dari blog Kak Jie tentang aplikasi AES Detector. Lepas sahaja dapat info ni, terus aku download aplikasi ni dari google Play. Pasang di smartphone sebagai persediaan untuk pulang ke kampung sambut Aidiladha. Aku tak sempat untuk gunakan aplikasi ini sewaktu perjalanan balik ke Batu Pahat. Puncanya sebab bateri habis dek kerana anak-anak aku bermain games. hehehehe

Dalam perjalanan balik dari Batu Pahat ke Putrajaya semalam, aku gunakan sepenuhnya aplikasi AES Detector ini. Memang tidak menghampakan aku. Dari keluar Tol Yong Peng sehingga Tol Nilai, ada 7 lokasi yang aplikasi AES Detector ini rekodkan lokasi kamera AES. Tetapi, 7 lokasi tersebut masih lagi tidak dipasang kamera AES. Mungkin kamera AES ini akan dipasang pada masa akan datang.

Sengaja aku lalu jalan di persiaran Presint 9, tempat di mana lokasi kamera AES di pasang. Aku aktifkan jugak aplikasi AES Detector ni. Memang aplikasi ini tidak menghampakan. Terima kasih kepada Kevin Chua atas inisiatif anda.

Kepada yang kaki speeding atas highway tu, jangan salah gunakan pulak aplikasi ni. Kalau korang bawak kereta laju-laju pun, belum tentu terlepas dari pihak berkuasa tau. 

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Page 1 of 4312345Seterusnya102030SeterusnyaLast »