Entri yang aku tuliskan skang nih bukanlah berniat untuk menakutkan korang tapi hanya sebagai berkongsi maklumat kepada anda semua yang singgah di blog aku hari nih. Sebenarnya aku dah nak balik rumah dah tapi disebabkan aku ditahan oleh bos aku suruh setelkan dulu report, terpaksa la aku stay buat sementara waktu dulu. Sedang aku nak berkemas balik, tiba-tiba aku dapat satu sms mengatakan ada kawan lama sekolah aku dulu nak buat operation malam ni dek kerana nak buang fibroid. Uishhhh!!!!! aku jadi terkejut dan tersentap jugak. Fibroid!!! Macam bahaya jer penyakit nih. Tapi bila aku cuba menggunakan khidmat pakcik google dan aku cari maklumat pasal fibroid nih, rupa-rupanya tidak la merbahaya mana. Cuma ianya boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami masalah besar dikemudian hari kalau tak diatasi di peringkat awal.
Korang tau ke ape kebendenya fibroid nih? Ok la, biar la aku terangkan sedikit. Fibroid ni bukan sejenis barah, tapi ianya adalah ketumbuhan akibat dari ketidakseimbangan hormon kaum wanita. Fibroid ni terjadi bukan disebabkan keturunan. Kalau ditengok dari segi ilmu perubatan, pakar-pakar perubatan mengatakan fibroid ini terjadi adalah berpunca dari amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak menentu. Faktor inilah yang menyebabkan ramai wanita di zaman ini diserang penyakit fibroid ni. Kalau korang tengok gambar yang aku attachkan, mesti korang rasa nak tutup jer blog aku ni. Pada yang tak larat nak tengok, jangan la tengok yer. Korang tutup mata korang dengan tangan kiri korang dan tangan kanan korang terus pegang “mouse” dan terus jer melayari blog aku nih tanpa tekan tanda pangkah kat atas bucu kanan tuh…..
Contoh gambar fibroid yang berjaya dikeluarkan
Fibroid ni kalau nak dibuang cuma satu cara sahaja dengan menjalani pembedahan. Jadi bila buat pembedahan tu mestilah melibatkan wang ribuan ringgit. Zaman sekarang ni, itu sahaja caranya untuk menghilangkan fibroid dari badan kita. Tapi bila dah buang belum tentu lagi yang wanita itu tidak dijangkiti fibroid lagi melainkan kalau dia mengamalkan cara hidup yang sihat dan pandai berpantang. Pada peringkat awal, fibroid ni takde la merbahaya tetapi kalau tidak diambil tindakan drastik, dia boleh membesar mengalahkan sebesar seorang bayi sehingga boleh menyebabkan perempuan itu mandul.
Zaman sekarang ni, banyak ubat-ubatan yang terdapat di pasaran yang kononnya boleh mengecutkan fibroid. Tetapi, jangan tersalah pilih sebab kadang kadang ianya hanya indah khabar dari rupa sahaja. Jadi, anda kena pandai memilih mana yang baik dan buruk. Kalau anda tanya saya, saya syorkan anda memakai tuala wanita herba sahaja sebabnya dah terlalu banyak testimoni wanita yang ada fibroid, bila pakai pad herba dari FC Bio Sanitary Pad, fibroid yang diorang kandungkan tu beransur-ansur hilang. Pernah juga sekali sewaktu sesi penerangan tentang Kempen Kesedaran Kanser Serviks dan Barah Payu Dara yang dibuat di sekitar Lembah Klang, seorang perempuan ni kata dia memang sihat walafiat tetapi apabila dia mula pakai pad herba ni, dia baru sedar yang dalam rahim dia tu ada fibroid sebesar penumbuk. Jadi, jangan la konfiden sangat yer kata badan kita ni sihat tau…..
So, itu jer la yang aku nak share petang ni. Jam pun dah tunjuk pukul 6.30 dan kerja report aku pun dah siap di print dan diletak di atas meja bos aku. So, jumpa lagi la yer…………………..chow chin chai





besarnya.. masih xfaham fibroid ni. duk kawasan mana?
dalam rahim orang pompuan.. bukan canser tapi ketumbuhan. kalu dibiarkan dan tak dirawat lama2 nanti akan jadi besar. orang tua2 kata macam busong la.
salam … slalunya brp kos ntok buang fibroid neh ? fibroid sbsr 3 cm …?