Semangat kejiranan? Patut ada atau tak?

Post aku kali ni bunyi macam terkilan skit la. Bukan nak mengungkit tapi dah lama sangat tahap kebaikan aku dan kesabaran aku ni disimpan dalam-dalam. Aku tak kata yang diri ini terlalu bagus dari orang lain tapi sekadar ingat mengingati. Itu kan merupakan satu perkara yang dituntut oleh Islam kan.

Sejak minggu lepas, boleh dikatakan setiap hari aku ada kerja part time sekarang nih. Nak tau kerja apa. Kerjanya adalah membasuh najis kucing peliharaan jiran sebelah. Inilah yang aku katakan tadi terkilan tu. Bukannya apa, aku tak kisah kalau nak bela kucing pun, tapi jaga la kucing tu elok2. Sediakan makanannya, tempat tidurnya, mainannya. Ini tak, dibiarkan berkeliaran depan rumah. Kalau berkeliaran tu takpe la, ini siap melepas dekat pasu bunga rumah aku dan tinggalkan bau busuk yang membuatkan akan dapat strok kalau orang tercium bau najis kucing nih.

Dulu, aku pun ada la jugak bela kucing. Bela kucing pun sekor je. Bela dari kecik sampai la dia hilang entah ke mana. Time aku bela tu, aku jaga macam anak sendiri. Siap buatkan tempat tidur, mandikan dia time hujung minggu, bawak jalan-jalan dekat taman, bagi makan whiskes. Ibarat kata kalah aku jaga anak aku sendiri la. Aku siap ajarkan lagi kalau nak melepas, ko melepas la dalam tandas atau atas pasir yang dah disediakan. Alhamdulillah, binatang ni akan faham kalau kita ajar dia berkali2. Yang penting, kena ajar. Cuma tiba time dia sakit tu, kena la tahan sabar kalau dia terlepas dekat tempat yang tak sepatutnya kan. Itu kena tahan sabar skit. Orang kata kalau bela binatang ni tak kira la binatang jenis apa, dia akan tolong kita nanti sewaktu di padang Mahsyar nanti. Aku bela bukan sebab nak dapat balasan hari kiamat nanti. Aku bela sebab atas dasar suka.

“Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain”. Kalau pemikiran jiran aku sama macam aku, aman makmur dunia ni. Tapi tu la, pemikiran tak sama ni boleh mengundang kepada menguji kesabaran jugak kan. Benda-benda yang melibatkan kebersihan ni perlu kena ambik tau tak kira berjiran ker atau tak. Nak buat kerja, kena sungguh-sungguh. Nak bela kucing, kena la bela betul-betul. Jangan buat acoh tak acoh jer. Pada aku kalau nak bela sekadar melepaskan batuk di tangga, dipersilakan buang kucing peliharaan tu sekarang sebabnya mungkin akan menyusahkan orang lain terutama jiran sebelah. Aduhhhhh…..

Kalau sesapa yang dapat jiran macam aku ni memang untung sebab hormat pada jiran tetangga. Tapi biarlah berpada-pada skit jangan sampai ada notis tampal dekat pintu rumah tertulis “Khidmat nasihat penjagaan binatang peliharaan, kalau rasa nak jaga kucing, cari lah kami yer. Kalau taknak, sila buang binatang peliharaan anda ni jauh-jauh”. huhuhuhuhu

Hidup berjiran kena la saling hormat sesama jiran. Cara nak hormat ada macam-macam cara. Bagi salam dan bertegur sapa. Saling tolong menolong kalau jiran ditimpa kesusahan. Inikan budaya masyarakat Malaysia. Jadi, terapkan la nilai-nilai murni dalam hidup berjiran ni. Ini tidak, lalu kat tepi macam takde jumpa sesapa je. Balik kerja terus masuk rumah kunci pintu. Bila terserempak sesama sidai baju kat belakang rumah, macam tak nampak apa-apa. Bila disapa dan tanya untuk memulakan bicara, tak sempat seminit, terus menyelinap masuk rumah. Mcam takut sangat jumpa jiran sebelah. Buang la sikap macam ni dari pegangan hidup wahai korang yang bernama jiran weh. Tak dapat untung berjuta-juta pahala kalau korang amalkan sikap macam nih.

Masa aku dekat Universiti dulu, abang-abang senior aku selalu pesan. Duduk dalam kolej jangan buat kepala sendiri. Balik dari kuliah, masuk bilik terus kunci pintu. Jiran sebelah bilik pun tak kenal sapa. Memang diorang pantang dan benci dengan orang macam ni. Pasal tu masa orientasi, kena suruh buat macam-macam. Suruh ziarah bilik abang-abang senior dulu. Bawak buku dan tulis biodata senior-senior yang tinggal kat blog. Dalam minggu orientasi blog, kena hafal nama-nama diorang. Kalau salah nama, denda la jawabnya. Abang-abang senior pun kena hafal nama-nama junior. Paling senang, diorang akan bagi nama tauliah pada junior supaya senang ingat. Time orientasi jer diorang garang. Habis orientasi, kamcing giler la. Sebab apa diorang semua buat macam ni, sebab nak bagi akrab. Duduk di kolej, blok umpama duduk dalam kampung. Bila duduk dalam kampung kena la bertegur sapa dengan jiran sebelah menyebelah. Jiran tu kawan sebelah bilik la. Susah, senang, sakit ke, jirang sebelah menyebelah jugak yang akan tolong.

Kalau hidup berjiran dekat kawasan taman perumahan plak pun sama. Carilah masa untuk bertegur sapa dengna jiran sebelah menyebelah. Tak kira la muda ke tua ke, Melayu ke, Cina ke, India ke, kalau dah namanya jiran tetangga, carilah masa untuk bersembang. Untung rugi kita di masa hadapan, kita tak tau. Ntah-ntah, jiran kita tu jugaklah yang tolong kita bila susah. Betul tak?

Aku tak tau apa aku nak buat dah lepas nih kalau kucing peliharaan dia membuat onar lagi dekat depan rumah aku. Selagi aku boleh tahan, aku tahan. Kalau rasa susah sangat nanti, aku ambik tindakan sendiri jer buang kucing ni jauh-jauh. Bukan sebab marahkan kucing tu atau marahkan jiran aku nih, cuma tindakan ni adalah menyenangkan semua pihak. Aku tak payah gaduh nak cuci najis kucing tu lepas ni, jiran aku tu tak payah susah-susah bela kucing lagi dah dan kucing tu sendiri tak payah buang najis dia kat depan rumah aku….hehehehe. Betul tak? Win win situation. Aku mengamalkan konsep menghormati jiran tetangga nih.

Semoga perasaan terkilan aku tak berlarutan terlalu lama. Hopefully akan ok kejap lagi.

Jaga binatang peliharaan anda seperti anda menjaga harta sendiri. hormati jiran anda umpama anda hormati ibu dan bapa anda sendiri.

Renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL…….

Kongsikan post ini bersama rakan anda

This entry was posted in Sembang2 and tagged by Sobri Mansor. Bookmark the permalink.

About Sobri Mansor

Bioadata lengkap Sobri Mansor boleh dilihat di menu SobriMansor. Gemar berkongsi ilmu atau info melalui blog, Twitter dan juga Facebook. Jika anda merasakan artikel yang saya letakkan di entri ini memberi manfaat kepada anda dan juga rakan-rakan yang lain, sila tinggalkan komen atau klik pada butang Retweet dan juga butang Facebook Like agar rakan-rakan anda dapat baca entri ini sama seperti anda.

2 thoughts on “Semangat kejiranan? Patut ada atau tak?

  1. bro,ko peel mcm jiran aku la juga…suka jaga tepi kain org walaupon di jenis kere sumbang anak beranak…jenis ngata org sendiri lebeh,sori!

  2. bro..mtk maaf ckp laaaa..kucing 2 bkn tahu ape pn,..da nma nyer binatang kn..bese la tabiat dye mmg ske berak merata2..ag satu..jgn pkir kte je kne thn jran sblh,kdg2 tu jran sblh pn byk thn ngn prngai kte tw..tp xde la dye bgtw kt kte,,,so..win-win situation la..msing2 ade peel msing2 kn…hdup brjiran..kne la sbr n thn ngn jran msing2..klau da xthn sgt pindah je umh..kn snang…hehe..xprlu nk buang kucing org lain..kn dosa 2..jd mcm pncuri cbb nk kidnap kcing 2,ptu klau bro buang kt tmpat lain..kmpom si kucing 2 akn try balik umh..mne la tw ajal dye msa nk lntas jln blik umh kne lnggar ptu mati..bro jgk dpt dosa cbb aniaya kucing..ltak jauh2 dr umh tuan dye ptu dpt ag saham dosa dgn bt kcing 2 mati..kn ag byk dosa 2…hehehe..ini skdr pndapat cbb sye sndiri pnah mngalami kes ni…org buang kcing n kcing 2 mati smasa nak balik umah..nak bt mcm mne kn..tp yang psti nyer si pmbuang kcing 2 dpt musibah atas doa yng sye mhon kpd allah….wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge