
Assalamualaikum rakan-rakan. Semoga kalian semua dilindungi selalu dengan keredhaan Allah yang maha esa. Alhamdulillah, hari ini aku harungi dunia pekerjaanku tanpa ada sebarang masalah yang mendatang. Alhamdulillah syukur aku pohon kepada yang maha esa atas kemudahan yang diberikan sewaktu aku bekerja. Amin…..
Entri aku kali ini agak singkat, simple dan pendek sahaja. Sebabnya waktu dah dekat nak pukul 6 dah dan anak di Taska sedang menunggu kehadiran aku untuk mengambil mereka pulang. Alhamdulillah, bersyukur kerana hari ini hajat aku turut tercapai untuk sambung semula akaun Astro aku yang dah lebih setahun aku hentikan. Disebabkan pihak astro meminta aku membayar hanya 50% dari jumlah tertunggak, dengan laju dan pantasnya aku membuat bayaran pada minggu lepas. Hari ini, wakil dari Astro datang kerumah untuk tukar piring dan tukar decoder Astro kepada yang baru. Astro Beyond. Disebabkan decoder yang lama dah rosak, nak gantikan kena bayarRM280 jadi lebih baik aku ambil sahaja pakej Beyond ni. Tambahan RM20 sebulan selama setahun kontrak. Lepas habis setahun, terpulang samada nak sambung pakej HD atau nak ambil pakej Astro yang biasa.
Lepas ni tiap-tiap malam memang aku melepak kat rumah ajer la nampak gayanya…. hehehehe.




rumah saya pon pakai astro beyond..kualiti die xbole nak dipertikaikan sb gamba mmg cantik..mata ni xkelip2 tgk tb sejak pkai beyond hehe
JOM BACA DRAMA NORA ELENA VERSI NOVEL..RUGI KALAU TERLEPAS BACA
hehehe…Saya masih boleh control lagi…hihihihi.
Pergghhhh….
Mau x update blog kalau saya yang dapat ni.
Hehehehehe….
Takpe, buat macam saya. Update blog sambil tengok Astro… hehehe
Hahaha…. Kalau macam tu, mau tak dapat tgk Astro tu dan blog post tak siap-siap….
hehehe….
Mesti bestkan? Rasanya, bukan ayah dia sahaja tak kluar rumah, tapi dengan anak-anak nya sekali tak keluar nanti!
hehehehe…. Tepat sekali.
Aku rasa tawar hati ngan astro skg ni…dh le iklan banyak…dengo2 kata nak naik lagi…mau aku “turunkan” taraf langganan tu nanti….
Kompom kalau naik, amik yang basic aje la nampak gayanya
rumah saya takde astro pun sbb bagi saya tak brapa senang dgn astro ni;
1. ada iklan walaupun kita bayar dia, macam kita bayar utk tgk iklan plak, walaupun tak nampak kaya takpe le takd pun, saya guna antena & booster pasan kat atas bumbung rumah, gmbr ok le jugak.
2. caj makin naik le plak, cara astro buat bisnes nmpk sgt nak cari duit lebih tuh, tukar2 program sana sini utk banyakkan pakej kan.
3. hujan sedah tentu takde siaran le kan
4. saya takde duit nak bayo bulan2 hehe..
p/s: kepada en. sobri, lepas ni cepat le badan naik tuh sbb asyik duk dpn tv je
Itulah. Ada seorang Ahli parlimen yang bangkitkan isu ini sewaktu parlimen bersidang. Iklan yang keluar kat Astro lebih lama masa dengan cerita yang dipapar. Dah la kenakan bayaran, lepas tu amik bayaran dari orang yang buat iklan. Rancangan pun ulang-ulang je. Harap2 ada berita gembira dari usul yang diajukan di parlimen tu pada masa akan datang.
sy tak suka iklan dia terllu byk uh..cerita asyik ulang2 jer mmg bosan..
tu sb tgok umh mak mertua mmg ada dua astro..umh saya , umh kat melaka mmg tak der
Itulah. Terpaksa la terima dulu sambil menunggu harapan dari usul baru di parlimen agar iklan disaluran astro dikurangkan.
rumah saya tak der astro hee..layan le apa siaran yg ada..
slu blik umh pun lewat huhu..alahai..
Mungkin rumah Suri kalau tak pasang astro, siaran biasa boleh tengok tanpa sebarang gangguan. Tapi saya kat sini guna areal dan booster pun masih lagi tak puas hati. Asyik gambar jadi double je. Kadang-kadang sakit mata bila tengok. Tu yang renew semula akaun astro tu. Anak-anak plak asyik nak tengok kartun jer. Terpaksa la amik pakej kartoon untuk anak-anak. Almaklumlah, bapa mithali…. sayangkan anak-anak…. hehehe
Wow.. murahnya pakej ni..
mcm nk cuba je.. Terbaik astro (strategi tu..hehe)
hehehe. ada bajet boleh la nizam. Kalau fulus tak de, takde la nak pasang astro nih
Sekarang ni sara hidup bulan2 makin meningkat. adeh
betul tu bro. Kena rancang dan tengok kemampuan dan juga komitmen-komitmen yang lain
hoho, best tu ada beyond. sampai sekarang masih berkira-kira nak upgrade ataupun tak. Jarang jugak tengok tv tapi kalau ada filem kat astro first yang ada HD best jugak.
Nak beli decoder baru, kena bayar 280 untuk ganti yang rosak. Kalau ambil pakej beyond ni, sebulan kena bayar RM20 untuk tempoh setahun. Jadi kiranya kos untuk pasang cuma 240. Jadi jimat 40. Nak bayar RM280 sekaligus memang menggeletar la tangan ni. hehehe
aku pakai tv lama aje. itupun dah cukup lawa bagi aku. HD? nanti-nantila. hehe..
takper bro, pelan-pelan kayuh. Kalau ada bajet baru la tukar yer…hehehe
Dah pasang Astro Byond cuma ada rasa terkilan kerana harga yuran akan dinaikkan lagi
Harap-harap, pihak kerajaan dapat nego dengan astro supaya kenaikan yuran lagganan tak dinaikkan