BPL: Tottenham Hotspurs vs Arsenal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SM tengah menonton secara live perlawanan antara Spurs vs The Gunners. Perlawanan kali ini penting bagi Arsenal sebab nak menunjukkan konsentrasi mereka dalam mengharungi liga Inggeris pada musim ini. Rata-rata penyokong Arsenal tidak berapa senang dengan prestasi pasukan yang terumbang ambing ditambah pula dengan kecederaan beberapa pemain-pemain utama.

 Banner

Separuh masa pertama menyaksikan 1 gol telah disumbangkan oleh pemain Spurs, Rafael Van Der Vaart hasil umpanan dari bekas pemain Arsenal iaitu Emmanuel Adebayor. Ini membuatkan The Gunners tidak senang duduk untuk mencari mata penuh dalam perlawanan ini. Banyak cubaan gol yang dibuat sekadar melalui tiang gol sahaja. Kombinasi Aron Ramsey dan Arteta selaku penggerak di bahagian tengah sering tidak menjadi.

 Banner

Diharap dalam separuh masa kedua nanti, akan berlaku keajaiban yang menggembirakan buat penyokong Arsenal terutama SM yang nak tengok Spurs menangis kecewa di tempat sendiri.

Entri Terkini SobriMansor.COM

This entry was posted in Arsenal and tagged , , by Sobri Mansor. Bookmark the permalink.

About Sobri Mansor

Bioadata lengkap Sobri Mansor boleh dilihat di menu SobriMansor. Gemar berkongsi ilmu atau info melalui blog, Twitter dan juga Facebook. Jika anda merasakan artikel yang saya letakkan di entri ini memberi manfaat kepada anda dan juga rakan-rakan yang lain, sila tinggalkan komen atau klik pada butang Retweet dan juga butang Facebook Like agar rakan-rakan anda dapat baca entri ini sama seperti anda.

16 thoughts on “BPL: Tottenham Hotspurs vs Arsenal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge