Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Anda semua tahu apa itu Nasi Ambeng? Mungkin ada yang tertanya-tanya dengan jenis makanan ni. Tetapi bagi masyarakat Jawa yang tinggal disekitar kawasan Banting, Bagan Datoh, Segamat dan Batu Pahat, menu ini sudah terlalu sinonim dengan kehidupan mereka. Bila sebut sahaja pasal Nasi Ambeng ni, sudah terbayang akan nasi putih yang dicampur bersama dengan ayam goreng atau ayam masak kicap, bihun atau mee goreng, serunding kelapa yang ditumis dan juga sambal goreng.
Cara makan terlalu mudah. Nasi putih disediakan di dalam talam yang dilapik dengan daum pisang, kemudian di atas nasi tadi dilapik juga daun pisang dan diletakkan bersama dengan lauk pauk yang saya sebutkan tadi. Bila nak makan, kena penuhkan dahulu lebih kurang 4 atau 5 orang untuk satu talam. Terpulang kepada mereka yang mahu makan samada makan bersama di dala talam atau ambil sedikit nasi bersama lauk pauk yang disediakan dan diletakkan di dalam pinggan. Pada SM, lebih menyelerakan kalau makan bersama di dalam talam.
Kebiasaannya, Nasi Ambeng ini disediakan sewaktu kenduri tahlil untuk arwah, cukur jambul ataupun kenduri naik buai. Para jemputan cuma menjamah Nasi Ambeng ini sedikit sahaja dan selebihnya akan dibungkus bersama daun pisang untuk dibekalkan kepada keluarga bil pulang kerumah. Lebih senang lagi, makanan yang dibungkus ini dipanggil “Berkat”.
Macam mana Nasi Ambeng ini boleh ada?
Zaman dulu, kaum bapa keturunan jawa yang dikategorikan sebagai lelaki miang yang suka keluar malam dan melencong ke tempat lain. Bila isteri bertanya, kata mahu pergi kenduri arwah dan berbagai alasan lain tetapi melencong ke tempat lain. Bila isteri dapat tahu si suami tidak jujur, masalah ini diberitahu kepada ketua kampung mengatakan suami mereka ini bukan pergi kenduri tetapi melencong semata-mata untuk menghiburkan hati. bagi mengelakkan maslaah ini berlarutan, ketua kampung membuat satu keputusan bernas. kaum bapa yang menghadiri kenduri di sekitar kampung mereka perlu membawa pulang makanan “berkat” sebagai bukti yang mereka ini benar-benar menghadiri kenduri. Tuan rumah yang menganjurkan kenduri mesti menyediakan makanan untuk dijamah dan dibekalkan pulang oleh setiap jemputan yang hadir. Jadi dengan itu, kalau suami kata nak pergi kenduri, bila pulang suami mesti bawa “berkat”. Begitulah sedikit sejarah yang mertua SM kongsikan.





ishh..betul2 buat org teringat kat kampung Labis ni. huhu..
hehehe…rileks…rileks…. jangan nangis… hehehe
Mana nak cari Nasi Ambeng yg sedap kat KL ni…memang suka ni
Kalau di sekitar kawasan KL susah nak jumpa DH. Tapi kalau ada terlepas berjalan-jalan ke kawasan morib, insyaallah akan jumpa gerai makan yang menjual juadah nasi ambeng nih…
masa duk Klang dulu selalu org duk cerita pasal nasik ambeng ni..tapi x pernah try pun..hehe
uitssss…. rugi tak try tu cikgu…. hehehehe
kat banting ni pun ada. tapi kena tunggu pasar ahad tu la. sedap gak..kena sambalnya..fuhh..
smbal goreng ker..mmg marbeles..hehe
Sambal goreng javanese made lagi best…
SM baru balik dar pantai Morib. Semalam la yang pekena Nasi Ambeng ni kat rumah kawan kat Kg Kanchong Darat. Memang sedap sangat2. Tu yang bercerita samapi kat dalam blog nih…
haha…makanan kegemaran aku ni.al maklum la…orang jawa.wes mangan?hehe
wes…. wes…. hahaha
Makan dalam dulang mengajar untuk berkongsi apa yang kita dimiliki.
betul…. sikit sama sikit. Banyak sama banyak
Ooo camtu ke sejarah nya.. bertambah satu pengetahuan
Yer… Sejarah secara lisan dari ayah mertua kepada menantu…. hehehehe
Salam kang! keneng ngomong jowo neng kene? hehee~ salam ponaan kok!
Wong jowo tanjong karang kie. =D
W’salam… faham sangat tu…. Tapi kecewa sikit sebab aku bukan Jawa sejati…. hehehehe…. Cuma bapak mertua jer orang Jawa….. hehehehehe
sobri, ko orh johor ker, aku org johor memang makan makanan nasi ambeng ni, heheh
Kawin dengan orang Johor. Nak detail lagi, orang Parit Raja. Kalau menu Nasi Ambeng ni dah kenal lama dah sebab kat kampung di Bagan Datoh memang pernah makan…
org parit raja, patutlah, kampung aku kat batu pahat kat parit kuda
ooooo…. tau tempat tu…
dh lame xmkn ns ambeng ni esp yg dlm talam tu.sdp gile!!!
kt foodcourt presint 9 ade jual
Memang ada jual tapi kureng sikit rasanya. Tapi ok la
Hehehe…aku suka makan klau balik Johor jerr…klau kat Klang, tak penah lak aku nak beli…ade jual..tp sebungkus rm8.00….
uitsss… boleh tahan jugak tu bro
kalau saya mengidam saya nak cri nasi tu ada tak kt malaysia heee
Ada jangan risau. Kat Putrajaya ni pun ada. Kalau kat Ipoh tu, kena turun sikit pegi ke teluk intan. Pasti ada
makan ramai2 amat menyelerekan walaupun berkongsi heee
Betul suri. Terlalu menyelerakan
ya allah..meleleh air liur..sdapnyee..
upsssss…. sabo…. sabo….
tp bkn senang nk jumpe yg betol2 sedap..selalu org main jual je..pstu letak nama nasi ambeng..padahal nasi cmpur..
Rasa tertipu lepas tuh
selalu mkn ke?
mcm sedap..huu
Bukan macam, memang sedap pun…. hehehe
kalau camtu kna cuba nih..hehe
Cuba bro…. jangan tak cuba
Dulu NG pernah kawan dgn seorang gadis Jawa.
Kt rumah dia sllu buat Nasi Ambeng ni.
Mula2 rasa macam tak selera, tpi lepas makan yummy!
Rugi lah klu siapa yg belum cuba
Memang rugi…. betul betul rugi…
alhamdulillah..dpt jgk mkn nasi ambeng hari ni..=)
Penangan tengok gambar kat sini sampai mencari nasi ambeng yer…. hehehe
hahaha teringat mula kenal nasi ambang nie…..dok tunggu org lain pulun dulu sbb tak tau tertib makan mcm mana hehhee….:)
Sama la kita bro….. tengok orang dulu baru kita mula …. hehehe
nasi ambeng mmg popular dikg saya di Pontian…maklumlah majoriti penduduk org jawa..yg best makan nasi ambeng nie pasal makan satu dulang ramai2..lps tu baki nasi ambeng blh bwk balik…kdg2 repeat dkt rumah….
Hehehehe…. Kalau Johor tu jangan cerita la kefemesan nasi ambeng nih. Memang terbaekkk la. Tambahan pulak kalau perut memang tengah lapar. Mau setalam makan sorang….
Nasi ambang tidak bermakna jika tidak makan bersama-sama dalam satu talam. Jangan pisah-pisahkan bahagian mengikut bilangan tetamu.
Biarkan dia begitu. Makan sama-sama . Tarik-menarik lauk yang ada. Barulah ada ukhwah. Ada keberkatan. Dah diloceh, bawa balik sebagai nasi berkat. Makan lagi rumah, lagi sedap. Sedap kerana keberkatannya. Tidak membazir. Tak payah basuh pinggan. Sebab itulah ,mereka yang yang makan bersama sama ada orang jawa atau tidak, mereka mempunyai kejelekitan yang tinggi. Mereka tidak memandang hina orang yang makan bersama. Di Penang pun kami makan nasi ambang. Makan sikit kenyang, makan banyak lagi kenyang. Alhamdulillah.
Salam,
HI! saya pelajar UMS.Tengah buat report psl Nasi Ambeng ni..Bole tak sa jadikan Encik sebagai rujukan??
Boleh je. Terima kasih sbb sudi jadikan saya sbg reference