Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Alhamdulillah, Blog ini telah mencapai usia setahun lebih di alam maya ini. Kalau nak diikutkan, dah lamadah nak buat entri ini. Disebabkan tidak mempunyai ruang masa yang cukup, dilupakan hasrat itu dan berkesempatan untuk menulis pada saat ini.
Dalam tempoh setahun usia blog ini, bermacam-macam pengalaman yang ditempuh dan juga ilmu berblogging yang dapat dipelajari hasil dari nasihat kawan-kawan blogger dan juga hasil lawatan ke blog rakan-rakan. Bermacam-macam ilmu ditimba. Hasilnya, sepertimana yang anda semua lihat di blog ini, itulah seadanya.
Selama setahun online melalui blog, ramai juga rakan-rakan yang singgah dan menjadi pengunjung setia blog ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada anda semua atas komen dan lawatan balas anda ke blog ini. Apa yang penting, persahabatan kita semua tidak terhenti disini dan kekal sampai bila-bila. Kalau dilihat dari senarai di ruangan “Top Commentator” di sidebar blog ini, ada 30 blogger yang pernah berkunjung ke sini. Cuba juga untuk membuat lawatan balas ke blog mereka. Ada yang masih lagi kekal berblogging dan ada juga yang sudah tidak aktif dari aktiviti berblogging ni. Bila buat lawatan balas, blog tidak boleh diakses. Maksudnya, domain sudah tiada dalam senarai.
Selama setahun ini, kepada anda yang mengenali diri ini di dunia blogging ini, sekiranya ada sebarang kesalahan, tersilap kata, tidak membuat lawatan balas ke blog anda semula, mohon seribu kemaafan. Setiap manusia tidak terlepas dengan sebarang kesilapan. Insyaallah, akan cuba diperbaiki kelemahan diri ini dalam mengukuhkan kembali nilai persahabatan kita di dalam arena blogging ini.
Kepada anda yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke blog ini, sekiranya buntu untuk mencari rakan, sudi-sudikanlah untuk melawat mereka yang disenaraikan dalam ruangan Top Commentator di sebelah. Jangan risau, mereka ini amat peramah orangnya.
Ada orang berpesan pada SM, setiap perkara yang kita lakukan, 3 tahun pertama adalah tempoh paling berliku yang akan kita tempuhi dan kita hadapi. Sekiranya kita berjaya lalui dalam tepoh 3 tahun tersebut, insyaallah akan pasti kejayaan dan kecemerlangan yang akan kita kecapi.
Bermakna, SM ada baki lagi 2 tahun untuk menempuh ranjau dan onak duri dalam aktiviti berblog ini. Moga-moga dimudahkan segala perjalanan dan diberi kesenangan untuk diri ini bergelar sebagai seorang blogger….. Amin




terbaik la bro. setahun dah blog ko ni.bila birthday dia sebenarnya?
huhu…no 4? hehe
9/11 bro. Tarikh sama runtuhnya WTC….
Sobri Mansor recently posted..Pemberi komen terbanyak dalam tempoh setahun di blog ini
Salam SM
Lama tak singgah sini sbb NG busy dengan tempat kerja baru.
Tahniah SM sebab dah setahun lebih berblogging di blog ini.
Semoga terus sukses dan tak berhenti dari berblogging.
Wuaa. tak sangka NG paling Top Commentator.
Nampaknya kita dah kawan lama dekat dunia maya ni ye
Wahaha…juara ada kat sini rupanya
kalah aku
Juara? hehehe
Ko lah juara. wei external HD aku tak dapat pun lagi ;(
Penuh dah ni movie
lol aku tak bagitau ko lagi ke?rasa macam dah email dah aritu.aku check dulu hard disk tu sebab ada yang corrupt aritu.Insya Allah minggu depan ni aku pos.ari khamis aritu hard disk baru dah sampai tapi aku hold dulu untuk minggu ni.takut lama sangat dalam simpanan kurier tu hilang pulak nanti…
Oh ak baru tahu ni.
Orait aku tunggu..
Sebab penuh sangat dah HD ni.
Yay!.
tahniah2 setahun sudah usia!
Terima kasih bebanyak amir
sama2..teruskan menulis ye SM!seronok singgah sini..hee
Terima kasih @amir atas sokongan anda nih
btw kan abg SM,sy dah redeem rewards tu..camane ye nk dpt?huu
hehehe…. Jangan risau. Ada, nanti saya email butiran yang diperlukan untuk amir dapatkan giveaway tuh yer….
okay abg SM,tq so much!^^
Nanti saya hantar email untuk transfer hadiah tu yer
wahh…ramainya yang komen..
Alhamdulillah. Hasil setahun aktif sebagai blogger part time je
Sudah menjadi lumrah ada yang kekal dan ada pergi dalam dunia blogging. Tidak semua mampu bertahan. Masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilangsaikan.
Betul tu. Seperti yang saya tuliskan disini. 3 tahun pertama merupakan satu temph yang dihujani dengan pelbagai cubaan dan dugaan untuk ditempuh. Jika berjaya struggle dalam tempoh ini, insyaallah, akan maju untuk tahun-tahun yang akan datang
sedih bila masuk blog mmber lain tak ada lagi cam bro ckp kat atas tu.mungkin sb masa, hal peribadi kita tadk tahu..tapi tulah kurang seri kan…
Tu lah. samalah kita ni suri
Dan saya baru first time sampai sini. Salam ziarah dair Cairo
Ahlah wa sahlan ya zida. Terima kasih sebab sudi ziarah di sini.
3 tahun bro…saya blum capai lagi baru nak sikit capai 2 tahun tu dah berkali blog meragam..rentan hati tak terkata..
Tapi rasanya suri lagi lama dari saya bergelar sebagai blogger nih. hehehe
tahniah sebab bro kekal bertahan jadi bloger tanopa jemu updte entri walau sibuk huhu..
apa yg d kongsi mmg buat kami santai
Terima kasih suri. Harap2 bila masuk tahun kedua ni, segala dugaan dan cabaran yang datang tidaklah sekuat mana.
harap² 2 tahun lagi masih berpeluang untuk singgah di sini
Insyaallah kak jie. Saya cuba berblog walau apa keadaan sekalipun. Berkat dorongan dan doa dari rakan-rakan blogger yang lain
Tahniah…semoga kekal bertahun-tahun lagi
Tahniah bro atas kejayaan menarik ramai pembaca…
P/S ada juga nama aku tersenarai kat bawah2 tuh … hihihi.
salam Bro..
ermm..kak kujie pun komen
di sini ye..hebat blog anda Bro..
rindukan komen-komen
dari Sabahan Blogger yang
menghilang entah ke mana
Itulah. Blog sudah lama tak berupdate….
tahniah n happy birthday
Terima kasih DH
owh, baru setahun ker, kalau mcm tu samalah kita
Budak baru lagi bro. Kalau dalam army, ,asih dalam tempoh mangsa keadaan lagi. hehehe