Assalamualaikum dan salam sejajtera,
Dah lama rasanya blog ini sunyi dari berkongsi info dan juga cerita dek kerana kesibukan aku dengan mesin-mesin yang ada di seluruh kawasan lembah klang ni. Kalau dulu, hari-hari mengadap PC, bolehlah menziarah blog rakan-rakan blogger yg lain dan juga update blog tapi sekarang ni nak menziarah rakan-rakan pun cuma kadang-kadang je. Nak update blog pun kena tengok keadaan kalau free bolehlah luangkan masa dengan blog yang ada ni.
Memang betul kata blogger otai, banayk cobaan dan dugaan yang datang melanda apabila kita berlog ni. Takut kecundang di tengah jalan. Akibatnya blog kita terbengkalai dan dipenuhi dengan semak samun serta lalang tinggi melangit. Minta dijauhlan dari terjadi ke atas blog aku ni. Nak sembur dengan racun roundup pun belum tentu akan ok semula. Setiap hari, aku terkenangkan blog aku yang tak tahu mampu bertahan sampai bila. Pernah juga terfikir di dalam hati untuk terus berundur dari dunia blogging ni tetapi memandangkan taknak kecundang di tengah jalan, aku cuba juga untuk hiasi blog ini dengan entri hasil dari apa yang gerbuku dalam hati aku ni. Walapun sekarang ni, blog ini hanya mampu update entri sekali seminggu, cukup memadai buat masa ini. Daripada takde langsung, lebih baik ada betul tak?
Usaha aku untuk tidak menenggelamkan identiti blog ini akhirnya berbaloi bila mana aku terjumpa plugin wordpress for android yang mana plugin ini aku pasang di tab isteri aku. Jadi bila ada masa je, aku sambar tab wife aku ni untuk aku tengok blog aku sendiri hanya dari handphone sahaja. Nakpasang plugin ni mudah je. Anak aku yang umur 4 tahun ni pun pandai buat. Kalau korang nak tau, post yang korang baca ini adalah hasil dari plugin wordpress for android yang aku pasang ni ler.
Esok dan lusa, jadual kerja aku padat sangat. Dari hujung negeri Selangor ke hujung negeri Selangor satu lagi. Nasib baik naik motor je. tak perlu risau dengan traffic jam. Cuma kalau hujan lebat mencurah-curah, baju hujan sahaja yang mampu menjadi pelindung. Mula bulan depan, aku kena tukar bawak kereta pulak sebabnya, dah kena bawak spare part mesin atm ke tempat kerja. Kalau nak bawak naik motor, rasa macam tak selamat pulak. Lebih bagus bergerak dengan kereta sebab lebih selamat. Kalau naik motor ni, kita langgar orang kita jatuh, orang langgar kita pun sama jatuh. Jadi lebih bagus memandu dari menunggang.
oklah. Dah pukul 12.30 malam dah ni. mata aku ni dah nampak tab wife aku ni ada dua dah. Lebih bagus untuk beradu. Jadi aku berundur diri dulu.
Aku dapat handphone baru dari kompeni yang aku kerja sekarang ni. Tengah belajar cara-cara nak gunakan handphone baru ni. Terkial-kial macam siput sedut…. hehehe



biasa la bro nama pun part time blogger…ada masa lapang baru nmpk hidup blog kta hehehe….aku pun sama..:)
hehehehe. Kita serupa bro
jangan sedih2 kami kan ada hee klu tuan tanah tak masuk blog mukin ada gak blog klr masuk blog ini heee
Salam SM.
Lama dah NG tak BW sini.
NG pun busy jugak kdg2. Dah makin jrg BW dan update blog.
Tapi dalam hati ni tak pernah terpadam untuk berhenti berblogging.
Semoga terus konsisten dalam dunia blog
betul tuh. hasrat nak berblog tak pernah padam. Semoga akan ada petunjuk baik selepas ni untuk terus bergiat aktif dalam blogging. tq bro
salam..
pkbar bro dan sekeluarga sihat ker?
ada masa sepi sekejp ok gak bro heee..klu dah ada smgat bru jeguk blog semula..
erk.mana header sllu ada kt blog ini?huuuuu
Hari tu ada problem dengan theme blog ni, tetiba hilang. Tengah mencari idea nak buat header baru…. hehehehe. Kami sekeluarga sihat walafiat.
Alhamdulillah, keazaman dah ada, kemudahan pundah tersedia. Nampaknya kak Long pun kena install plugin tu jugak!
Pasang Kak Long…. Jangan tak pasang… hehehehe
wahh..sampai nambor dua tab. leh la bagi aku satu tab tu. haha..
Ish…. mana ada ….. satu ajer la…. hehehehe