
Assalamualaikum dan salam sejahtera……
Bercuti bersama-famili memang dinantikan-nantikan oleh setiap insan yang dah berkeluarga. Tambahan pulak kalau si ketua keluarga dan isteri sibuk dengan kerja. Anak-anak pulak asyik bertanya bila nak pergi jalan-jalan. Jadi, taknak menghampakan harapan anak-anak dan isteri, Hari Sabtu yang lepas, tidak dirancang pun hanya disebut sahaja dari mulut, aku isteri dan anak-anak bergegas ke Bandar Hilir Melaka pergi bercuti. Nak bercuti jauh-jauh seperti ke Langkawi, Kota Kinabalu atau ke Sarawak, bajet belum ada lagi. Jadi, cari tempat percutian yang berdekatan sahaja.
Dari Putrajaya nak ke Melaka sebenarnya tak lama pun. Cuma dalam 45 minit kalau lebuhraya tak sesak. Tapi hari tu, dari Putrajaya ke Melaka mengambil masa hampir 3 jam dek kerana kemalangan berhampiran Hentian Rehat Seremban menghala ke ibukota. Sesak hampir 10km. Pengguna lebuhraya yang nak isi minyak di Petronas Hentian Rehat Seremban kena beratur panjang sebab kereta yang nak keluar dari pam minyak tak boleh nak bergerak langsung.
[yframe url='http://www.youtube.com/watch?v=AeEx8Aoe2Rc']
Tak banyak tempat menarik yang aku dan keluarga pergi. Sampai je di Bandar Hilir, wife tersayang dah plan awal-awal nak cari balang kecil untuk simpan kunyit dan rempah di Mahkota Parade. Sebelum ini, wife tersayang pernah beli dah balang kecil ni. Aku yang tengok pun memang comel sangat balang tu. Dah selesai mencari barang yang wife tercinta impikan, aku terus plan nak ronda-ronda sekitar Bandar Hilir menaiki beca. Dari dulu lagi, tak pernah berkesempatan untuk naik beca ni. Anak aku apatah lagi, memang tak pernah pun. Bila nampak sahaja beca terus diorang ni bertanya “Apa tu Ummi, benda yang berjalan banyak-banyak warna tu?” hehehehehe….. Kesian anak kelahiran Putrajaya ni, beca pun tak pandai sebut sebab tak pernah nampak. Nasib baik ibubapa diorang ni dedahkan pada diorang ni awal-awal lagi. Pusing Bandar Hilir naik beca taklah jauh mana pun sebab nak bagi anak-anak merasa pengalaman naik beca di Melaka ni. Sempat bergambar kenangan untuk aku abadikan dalam blog ini.

Aku minta jangan di salah tafsirkan gambar wife aku dan anak-anak dekat atas ni yer. Dah takde tempat nak berposing gambar, jadi berlatarbelakangkan bangunan merah yang ada sahaja la yang sempat aku snap.
Aku tak tau apa nama tempat ni sebab tak berkesempatan untuk masuk dalam kapal perang lama ni. Cuma dapat tengok dari jauh sahaja. Anak-anak aku buat muka ketat sebab diorang nak masuk dalam kapal tu tapi tak dapat keizinan dari aku dan wife. Sabar yer anak-anakku sayang. Lain kali kita datang lagi dan masuk dalam kapal tu. Nak tidur kat dalam kapal tu pun takpe…. hehehehehe.
Selepas berjalan sakan, perut pulak dah berbunyi tanda lapar. Anak-anak pula dah merengek minta perut diorang diisi dengan makanan. Wife tercinta terus ajak pekena roti canai dekat sebelah hotel Straits Meridian Melaka. Asam Pedas Malinja. Baru la aku tau yang roti canai ni kalau dicicah dengan kuah asam pedas memang terbaekkkkk. Roti canai tu pulak bukan roti canai sembarangan. Roti canai terbang lagi. Penebar roti canai siap buat aksi roti canai samosauk depan pelanggan. Nak ambik video, bateri telefon dah berbunyi tanda nak habis.
Lepas kekenyangan, automatik badan terasa penat. Terus menuju hotel. Cari sahaja hotel yang kosong. Nasib baik ada yang kosong. Bila nampak sahaja katil, mata pun terasa kuyu. Cadangnya nak keluar semula nak pekena ikan bakar dekat Umbai. Mata dah mengantuk tahap gaban, terus tidur awal. Selesai solat Isyak, tak ingat apa dah, baring sahaja terus lena dibuai mimpi.
Kalau ada masa, bawalah anak-anak dan isteri bercuti. Tak kisahlah bercuti ke mana-mana pun. Pergi berkelah ke, kan bagus. Dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga. Kesibukan bekerja bukan penghalang untuk bercuti bersama keluarga kan………
Renung-renungkan dan Selamat Beramal……….




wah ok la tu dapt bawa family jalan2…..hehehe…
pernah masuk muzium atas kapal tu….
kami anak beranak suka bercuti – tak rancang, jenis cari hotel apa yang ada.
pernah dari Bentong – bermalam di Melaka, kemudian teruskan ke Sedeli. Kemudian lalu Rompin, tidur semalam – terus balik melalui Muazam Shah , Pahang keluar kat Karak.
Skrg anak2 dah besar, cuti kolej dah tak sama – susah nak cari masa bercuti tetapi masih kerap bersama, keluar berjalan makan-makan.
hoho..sempat lagi pergi bercuti..dah nak habis cuti ni..bilalah aku nak jenjalan ekk..
makan angin kat Melaka memang ok lah, mcm2 ada kat bandar hilir n air keroh, kalau nak pegi semua tempat memang xcukup 1hari.
Betul tu DH. Penat kaki menapak. Anak2 plak ligat berjalan dan tak terkawal
wowo bro g bandar hilir erk…
koz dulu belajar di melaka…di sinilah tempat koz selalu bersiar2 mencari idea…^^
Mencari idea ker atau pergi berdating…. hehehehehe
Betul bro cari idea untuk kerja seni koz…melukis pemandangan dan sesi fotographic….:D xde masa nk berdating2 ni hahaha
Fatal error: Out of memory (allocated 526123008) (tried to allocate 75 bytes) in /home/sobrima7/public_html/wp-content/plugins/jomniaga-ad-manager/jomniaga.php on line 182