Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Mungkin anda terkejut dengan entri ini. Jangan risau. Tidak ada perkara-perkara mistik yang berlaku pun. Cuma sekadar suka-suka sebab berjaya membuat orang disekeliling tergamam sebentar dengan apa yang aku dan abang aku buat sewaktu berada di kampung pada cuti Raya Cina tempoh hari.
Nak dijadikan cerita, perancangan up jadi jer untuk berkelah di tepi sungai. Dah lama tidak bersama-sama adik beradik berkumpul bersama. Kebetulan pula, cuti raya cina yang lepas, semua pulang ke kampung. Bila dah berkumpul, tetiba terpacul idea nak berkelah di tepi sungai. Nak masuk dalam Sungai Klah Hot Spring, rasa dah jemu di hati. Terus teringat akan Lata Tisong tempat dimana air gunung semula jadi yang turun dari banjaran gunung Titiwangsa. Tapi sebelum tu, abang aku bagi idea untuk buat barbekiu ddekat depan rumah. Cuma kecil kecilan sahaja. Ayam panggang dan ikan salai adalah menu utama, ditambah dengan menu nasi goreng cina hasil air tangan anak buah aku.
- Kereta sorong jadi tempat panggang ayam dan ikan hasil kreativiti lelaki berbaju putih dalam gambar ni. Misai melintang mengalahkan misai askar
Mungkin ada yang pernah nampak kalau-kalau pernah berkelah di tepi sungai ada ternampak orang ambil batu dan cuba dirikan di atas batu besar. Kena pulak cari batu yang hujungnya tirus. Susah sikit nak dirikan dan memerlukan konsentrasi penuh. Hanya orang yang gagah, kacak dan macho sahaja yang mampu mendirikan batu ni…. hehehehe
Nak mendirikan batu ni kalau yang mahir, kejap jer. Cuma kena cari pusat graviti pada batu tu. Bila dah jumpa biarkan sahaja. Pusingkan ke kiri dan ke kanan dan tegak. Itu sahaja.
Kalau dah advance sikit, boleh cuba pulak letakkan batu lagi pada batu yang dah berdiri tadi. Lagi menguji tahap kesabaran diri. Tapi kalau otai tu, selamber jer dia buat. Aku jeles dengan abang aku nih. huhuhu
Jadi, kalau korang ada pergi mandi manda di mana-mana sungai di seluruh pelusuk Malaysia ternampak batu yang berdiri sebegini macam dalam gambar ni, sudah tentulah aku dan abang aku punyer kerja tu…. hehehehe…. (Nampak beno nipunyer – kata Usop Wicha).
Dari pukul 2.30 petang sampai pukul 5.00 petang, aku tak mandi pun. Cuma basahkan badan sahaja. Air gunung ni sejuk sampai ke tulang. Anak aku sampai biru bibir menahan sejuk. Bila dah sejuk, perut rasa lapar secara automatik. So, bekalan makanan disebat tanpa rasa segan silu.
Sekali sekala berkumpul dan bermingle-mingle dengan adik beradik ni, memang seronok. Dengan anak saudara dan juga cucu memang tak boleh lupa.



Belum pernah lagi jejak di sini.
Dapat berkumpul dan bersantai dengan saudara-mara memang seronok.
betul tu kak long
ko letak gam uhu kan? kan? hehe..
Suci murni la bro dari trik tipu camtu…. Tak main la gam uhu ni…. hehehehe
kreatif bro…:)
musim panas2 macm ni seronok berendam dalam air sungai…:)
Betul tuh…. Sampai menggigil kepala lutut nih bro…. hehehe
Entri terbaru di blog Sobri Mansor…… Fenomena batu sungai tegak berdiri
hehehhe mengigil….best tuuu
aku dah agak dah, hehehe
Kreatif bro…. hehehehe
hebat jugak tu bro, 300% tumpuan, xramai org yg boleh buat.
tempat BBQ bergerak paling hebat pernah tengok, kreatif.
tu lah. tak sangka keta sorong jadi mangsa eksperimen.
wahh, hebatnya. pernah cuba gak dulu. batu pertama je lepas. batu kedua..mesti jatuh..
kena menuntut dengan aku lepas nih. hehehehe
Kreatif jgn ada yg pergi menurun kat situ dah lah…
*nanti nak cuba bila balik kg.
bestnya dapat berkelah.. dapat pula mengasah kreativiti tegakkan batu sungai..
aku dah lama tak buat aktiviti macam ni.. nanti aku nak buat juga dengan family.. jeles ni, hehehe..
Salam SM.
Rasanya NG ada perasan tentang batu tegak ni di TV
Faktor sains telah membuktikan segalanya.
BTW SM kelihatan bersungguh2 untuk menjayakan program menegakkan batu.
hehehe…. Saja sesuka la bro….
1st time dtg sini…
so, sebenarnya mmg kena pandai cari titik stabilnya lah kan.. hehe.. ni kalau masuk paper ni, mau kecoh satu dunia.. hehe..
lama tak pergi mandi air sungai.. rindu plak..
Terima kasih sebab sudi singgah sini.
Betul tu. Kena pandai cari titik tengah keseimbangan batu tu. Hanya orang yang pandai jer yang mampu…. hehehehe
o ternyata memang benar adanya batu berdiri
hehehehe…. Memang ada pun. Nak bagitau la nih….hehehe