
Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Tepat jam 12.00 pagi 1 Januari 2012, seluruh dunia menyambut ketibaan tahun 2012 dengan dentuman bunga api tinggi melangit. Aku dan keluarga terpegun seketika di bawah melihat kecantikan kombinasi bunga api di i-City, Shah Alam. Sengaja aku keluar membawa anak-anak berjalan-jalan kerana keinginan mereka nak melihat bunga api dan juga mengambil kesempatan atas tiket PERCUMA i-City sempena tahun baru.
Bila difikirkan semula, tahun 2011 banyak memberi kenangan pahit dan manis pada diri aku ini. Kenangan pahit banyak membantu aku untuk terus berdiri teguh sehingga saat ini. Kenangan manis turut tidak dilupakan. Salah satu kenangan manis yang aku semadikan adalah kesetiaan aku dengan blog aku ini untuk terus hidup dalam dunia maya ini. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan blogger yang tidak henti-henti bertandang dan memberi input berguna untuk aku dan juga rakan-rakan yang lain. Apa yang aku doakan agar rakan-rakan terus maju jaya dalam arena blogging. Aku pun turut sama berdoa agar diri ini setia bersama rakan-rakan untuk terus berblog dan berkongsi input di dunia maya ini.
Sedar tak sedar, umur aku dah pun mencapai 32 tahun, kalau ikut dari tahun la. Kalau ikut tarikh lahir, masih belum cukup lagi. Bermakna, aku dah semakin hampir ke arah alam tua. Banyak perkara yang perlu aku lakukan selepas ini untuk membolehkan aku dan keluarga terus berjaya dan mengecapi impian yang masih belum lagi terlaksana.
Anakku yang sulung, Muhammad Aniq Haikal sudah mula mengikuti alam prasekolah di tahun 2012 ni. Pejam celik, pejam celik dah besar dah anak-anak. Tak terasa saat-saat susah payah membesarkan mereka ini. Atikah Qaisara sudah mula sudah keletah bercakap dan sudah kurang pelatnya bila bercakap dengan aku dan isteri.
Di tahun baru ini, azam aku yang paling utama adalah untuk terus maju dalam kerjaya yang baru aku ceburi ini. hari ini genap sebulan aku berada di bawah majikan baru. Terima kasih kepada abang-abang senior kerana memberi tunjuk ajar. Sebenarnya banyak yang ingin aku buat pada tahun 2012 ini. Cuma masa dan waktu yang menjadi penentu. Apa yang pasti, kepada Allah S.W.T aku ucapkan jutaan syukur yang tidak terhingga kerana memberi kesempatan ke atas diri ini untuk terus hidup berbakti kepada bumi Allah ini.
Sedang aku menyiapkan entri ini, aku baru sahaja selesai download video Lubuk Rahsia Dropship dari saudara Najib Assaddok sempena jualan akhir tahun beliau di tahun 2011. Bila dah download, hati ini tidak sabar untuk menonton rahsia yang beliau sembunyikan selama ini.





dah masuk 2012 rupanya. patutlah bunyi mercun merata dengar malam tadi. hehe
hehehehe…. Tak sedar dah tahun baru ker bro…. ke tertido awal malam tadi
Salam SM.
Wuaa bestlah SM sambut dekat i-City.
Mesti meriah bangat kan. NG tak pun ;(
Semoga di tahun 2012 ni kehidupan kita as blogger akan terus maju
dan terus hasilkan artikel2 yang berkualiti.
Oh SM dah 32? baru thu ni.
heheheh…. I masih muda lagi….. hahahaha
slmt thn baru bro…takpe perlahan2 kita bangkit…moga thn ini akan lebih bermakna….
Betul tu. Harap-harapnya begitulah
mmh ini yang diharapkan..thn ni aku nak fokus upkan traffik…:)
Masih tak terlambat nak ucapkan selamat tahun baru,Semoga kerjaya bertambah baik,family dan juga dimurahkan rezeki pada tahun ni.
Terima kasih atas doa bro nih
Selamat tahun baru bro^^
selamat tahun baru 2012
Terima kasih bebanyak bro DH
dah masuk pun 2012..nampaknya aku kena usaha lagi keras la gayanya..
Semoga bro titan berjaya dengan affiliate yang diceburi….