
Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Bila selalu bergerak menggunakan kenderaan 4 roda ni, kena la jaga supaya sentiasa dalam keadaan baik dan ‘tip-top’. Kebanyakan pengguna kenderaan 4 roda ni selalu mengeluh bila tiba waktu nak buat maintainance. Sebab dekat situ sahaja, duit berduyun-duyun keluar semata-mata untuk maintainance sahaja. Paling parah bila tiba waktu buat major service. Sudah pasti paling kurang RM400 duit melayang. Ada sesetengah orang tak kisah sebab apa yang penting, kereta dalam keadaan baik dan tidak mendatangkan masalah bila guna untuk bergerak ke sana ke mari. Tapi, ada sesetengah orang pulak, sudah pasti akan berkira-kira bila tiba buat majoring service ni. Manakan tidak, bayar hutang kereta lagi, sewa rumah, api,air, astro dan bil-bil lain. Kena pulak bulan tu nak service kereta. Pening kepala nak mencari duit bagi cukup.
Kalau yang bergaji besar, takde masalah la kan sebab bajet memang ada. Condition kereta pun sentiasa ok. Tapi bagi yang bergaji sederhana, kena la buat saving plan untuk bagi cukup bajet nak service. Aku selalu praktikkan cara ni bila tiba kereta aku untuk dihantar ke bengkel.
Pertama, apa-apa hal pun, cubalah buat survey di mana-mana bengkel kereta dengan harga yang ditawarkan terutama alat ganti. Ada kedai memang manis mulut bagitau barang ini original tapi padalnya cap ayam. Tak salah nak buat perbandingan harga. Cuma permulaan sahaja. Bila dah puas hati dengan kualiti dan hasil kerja tangan dari bengkel tu, teruskan sahaja servis kereta di bengkel tersebut.
Kedua, adalah lebih jimat sekiranya kita beli alat tukar ganti di kedai spare part. Di kawasan lembah kelang ni, beratus kedai spare part kereta yang tumbuh macam cendawan setiap hari. Kalau kita beli terus, kita akan dapat harga dealer. Berbanding kalau kita beli alat tukar ganti dari bengkel sebab sudah pasti diorang akan up harga, betul tak? Jadi nak dapat harga alat ganti kereta murah dan berkualiti, perlu juga kepada pencarian dan pertanyaan kepada rakan-rakan rapat. Setakat ini, aku masih setia dengan kedai spare part di kawasan Petaling Jaya. Nak lebih spesifik lagi, belakang Amcorp Mall Petaling Jaya. Ramai yang bagitau, alat ganti kereta dekat situ memang murah. Kita boleh pilih samada nak yang original, recon atau local. Kalau yang sayang dengan kereta sendiri, sudah pasti nak yang original. Sengaja aku tanya dekat tokei kedai tu harga bagi timing belt + water pump dan juga belting luar termasuk minyak hitam. Cuma dalam sekitar RM150. Kalau dekat bengkel sudah pasti 3 barang ni memang tak lari dari RM300. Bila dah beli, carilah bengkel yang boleh bagi upah pasang paling murah. Paling mahal pun RM100. Jadi bajet kita untuk tukar barang ni dah save dalam RM200.
Pendapat aku, kalau kita tuan punya kereta mesti kena tau serba serbi pasal kereta kita terutama yang berkaitan dengan enjin ni. Carilah mekanik yang boleh dipercayai dan pandai serba serbi bab hal-hal enjin kereta. Jangan cari mekanik yang sengal-sengal ubi hanya nak cari untung tanpa perlu fokus kepada kualiti kerja. Pada aku, kalau kita beli alat ganti kereta sendiri, automatik kita akan belajar selok belok sayang kita ni kan. Masa dia ok, kita senanglah hati tapi bila tiba dia meragam, pening kepala dibuatnya. Tambahan pulak kalau setiap bulan meragam. Tokey kerbau pun jual kandang…. hehehehe
Oklah, sekian dulu tips dari aku nih. Kalau nak tanya aku pasal kereta. aku tak berapa handal sangat. Setakat nak jahanamkan enjin tu pandai la dan tak payah ajar. hehehehehe….





memang jimat tapi nak pasang tu boleh menjahanamkan ,,kalau silap wooo,,,
themes kita sama,,,camner lebarkan sidebar erk,,,
Dekat dalam forum zeaks.org ada bagi tunjuk ajar. Aku lupa plak camne nak lebarkan…. hehehehe
Macam tu la yang saya amalkan. Beli alatganti tempat lain, pasang tempat lain. Memang murah. Tak sampai RM100 sekali maintanance. Kalau rajin pasang sendiri.
Betul tuh…
kalau pandai repair sendiri, tak apa. memang lebih jimat. hehe..
hai terima kasih kerna sudi singgah berbudi pada tanah
alamak bro kalau ada kemahiran dan ilmu baiki kereta mmg mudah…tapi bagi yang takde lansung mcm aku hehhe…sediakn duit jer laaa…:)
kalau tak pandai boleh mintak bengkel buatkan. tapi barang beli le sendiri dekat kedai sparepart bro. boleh dapat murah skit. upah pasang takde la mahal sgt
Memang jimat sebab kos upah tak kena bayar kalau buat sendiri.
tak berapa pandai baiki kereta.
kalau rosak, cari pakcik aje. hehe..murah sikit dari kena kat kedai.
Ok juger tuh…. Sedara sendiri tak berkira sangat
Kdai tu nama apa ya.??
Bay Brothers nama kedai spare part tu. Satu lembah klang ni rasanya tau kedai ni
salam… camna kita nnak tau brg tu ori ke tak ?