Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Dah lama tak dapat update blog. Kawan-kawan yang datang singgah pun sebelum ini hanya sempat untuk tengok sahaja. Tak sempat nak balas semua komen yang ada. So, jangan risau sekarang ni. Semua komen korang, aku akan cuba balas walapun dengan ayat yang mampu mencairkan hati korang untuk terus bertandang dekat sini.
Oklah, aku taknak buang masa. Seperti yang aku cuba beritahu sebelum ini dalam entri yang lepas, aku akan update kedudukan terkini cabaran SEO yang bro Titan anjurkan. Pada aku dengan cara ini sahajalah aku dapat kenal, kaji dan selidik apakah rahsia yang digunakan untuk terus gagah berada di kedudukan pertama carian Google. Jangan risau, kedudukan aku sebenarnya takdelah jauh sangat. Aku kena banyak gunakan cara-cara lain untuk membolehkan aku berada di tangga tertinggi carian google dengan keyowrd lelaki kacak.
Aku rasa dah nak masuk minggu kedua cabaran SEO lelaki kacak ni diadakan. Nampak gah kepada blogger yang sedang mendominasi kedudukan teratas carian google. Sudah tentu banyak trik dan tips yang dia gunakan untuk berada lama di kedudukan teratas carian google. Jika nak dibandingkan dengan aku dalam ilmu SEO ni, bagaikan langit dengan bumi.
Sehingga jam 0605 tarikh 30 Mac 2012, kedudukan terkini cabaran SEO lelaki kacak 2012 berubah lagi. Kali ini apa yang aku sangat terkejut dan teruja, penganjur contest cabaran SEO ini yang merampas kedudukan takhta carian keyword lelaki kacak. Nampak gayanya, Bro Titan taknak bagi chance pada rakan blogger lain untuk duduk di kedudukan teratas carian keyword lelaki kacak nih. Mungkin dia rasa tercabar bila baca entri aku sebelum ni. Pelan-pelan kayuh orang kata. Aku saja perhatikan entri Bro Titan tentang lelaki kacak berkaca mata. Dari pages ke-5 carian google pada minggu lepas, naik sikit-sikit memotong tajuk-tajuk entri lelaki kacak yang rakan blogger lain hasilkan. Dalam diam, dia menendang dan kasi pelempang untuk jadi gah di carian google dengan keyword kacak dia tuh….

Entri lelaki kacak aku pada minggu ni memang kena pelempang Jepun. Ditendang jauh keluar. Apa yang aku perhati, semakin ramai rakan blogger yang makin handal dan makin pekatkan lagi diorang punye keywordlelaki kacak ni. Walau apa pun yang terjadi, tak kira la kena pelempang ke, kena penendang ke, aku tetap akan melawan juga. Walau apa pun yang terjadi, aku tetap setia dengan keyword lelaki kacak ni punye perkembangan contest. Bukan senang nak menang kan. Apa yang pasti, lelaki kacak dah mula tunjuk taring dia sikit-sikit. Kehandalan dia tu dalam diam-diam. hehehehehe… Jaga la ko titan
Oklah. Jauh sangat aku merapu dah ni. Makin layan merapu aku ni, tertinggal pulak Subuh aku kang. Oklah, Chow Chin Chai dulu.
Pagi ni, lelaki kacak bangun awal pagi. Siapkan baju sekolah anak dan buatkan sarapan. hehehe…. Mr Mama untuk hari ke-2 tanpa isteri di sisi.





tuan mana kaci tu heheheh
salam..
hanya memerhatikan dari jauh je
contest Titan kali nih..tahniah sapa
yang di depan sekarang
Ada banyak masa lagi nih. Kasi fight habis habisan. Hehehe
rajinnya update lelaki kacak ..mmg kacak aa bro
Sebab aku join contest nih. Pasal tu rajin update. Hehehehe. Kalau tak jgn harap le
haha..xper2..update sambil memasukkan lelaki kacak pon salah satu cara gak kan..
Kira serampang dua mata jugak la nih… hehehehe
masa aku check tadi..orang lain leading. haha..
alahai, susahnya nak bersaing.. masa terlalu mencemburuinya..hehe.. takpelah.. janji rock..
Blog penganjur mmg mantap tu…