Info lelaki kacak yang perlu anda tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera……

Entri yang aku buat pada kali ini adalah untuk menyahut cabaran saudara bro Titan atas contest SEO yang baru beliau anjurkan. Aku sebenarnya tidak berapa pandai dengan ilmu SEO ini. Bak kata bro Titan, kalau tak pandai kenalah belajar. Jadi, untuk aku jadi pandai dalam bab SEO ni, aku kena belajar la. Jadi, dengan menyertai contest yang bro Titan anjurkan ini adalah sebagai kayu mengukur untuk mendalami ilmu SEO aku ini.

Aku dah baca entri mereka yang ikut serta contest bro Titan ni. Pujian 5 bintang aku hadiah kan atas kreativiti mereka dalam bermain keyword “Lelaki Kacak” dalam entri yang mereka hasilkan. Mungkin sukar untuk aku bersaing dalam cabaran kali ini, tetapi Insyaallah aku cuba hasilkan entri hasil dari luahan hati aku sendiri.

Siapa lelaki kacak?

Adakah aku yang dimaksudkan. Sesungguhnya bukanlah aku yang digelar lelaki kacak itu. Lelaki yang dikatakan kacak dari mata kaum hawa sudah pastinya memiliki raut wajah yang tampan, susuk badan yang sasa dan memiliki gaya yang tersendiri. Tanya sahaja pakcik Google menggunakan ayat “lelaki kacak”, sudah pasti sekarang ini wajah lelaki kacak yang terpacul di enjin carian pakcik Google adalah wajah Aaron Aziz, Remy Ishak, Ady Putra dan lelaki-lelaki kacak yang lain. Menjadi lelaki kacak adalah satu impian setiap kaum Adam. Aku tidak pasti apa motif untuk menjadi lelaki kacak sehingga digilai kaum hawa. Mungkin kerana nafsu dan naluri seorang lelaki untuk memikat perempuan.

Kacak itu sekadar pinjaman semata-mata

Memang benar. Sifat kacak bagi seorang lelaki itu hanya sementara. Bila umur dah meningkat, sifat kacak itu lama kelamaan akan hilang dengan sendirinya. Hanya kacak diwaktu muda. Tetapi itu tidak bermakna yang kacak itu hilang terus menerus. Perlu diingat bahawa kekacakan dari dalaman adalah lebih penting berbanding luaran. Orang yang memiliki ilmu agama tidak menggelarkan yang diri mereka itu kacak sebaliknya menganggap bahawa sifat kacak itu sebagai anugerah Allah yang maha Esa yang bersifat sementara. Jika anugerah dari Allah itu disalahgunakan untuk tujuan duniawi semata-mata, akan menyesallah di kemudian hari.

Lelaki kacak yang tiada tandingan hanya untuk Nabi Yusuf A.S

Aku sangat bersetuju dengan tajuk yang aku keluarkan ini. Sepanjang zaman kekacakan yang tiada tolok bandingnya hanyalah untuk Nabi Yusuf A.S seperti mana yang telah aku kongsikan dalam entri Ketampanan dan kecantikan Nabi Yusuf A.S. Seluruh umat Islam sememangnya tahu akan sejarah cerita nabi Yusuf a.s yang mana beliau memiliki raut wajah yang paling sempurna sehinggakan boleh meruntun jiwa Zulaikha dan kaum wanita yang memandang atau terpandang akan raut wajahnya. Zulaikha sanggup mengundang rakan-rakannya dalam satu majlis keraian semata-mata mahu menunjukkan betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T yang dianugerahkan kepada Nabi Yusuf sehingga orang yang melihat Nabi Yusuf tidak sedar dan terpotong jari mereka dengan pisau. Semakin hari, Nabi Yusuf semakin tertekan dan bermohon kepada Allah agar dijauhkan diri beliau dari segala dugaan dan pancaroba. Beliau sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar tidak leka dan lalai akan anugerah yang Allah S.W.T berikan kepadanya.

Bagi seorang lelaki yang mempunyai ilmu agama, segala nikmat dan kelebihan yang diberikan akan digunakan sebaik-baiknya untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T semata-mata. Menjadi kacak itu adalah dibolehkan tetapi biarlah dalam keadaan sederhana dan tidak melalaikan sehingga menaikkan nafsu para wanita yang melihat. Aku tidak mahu ulas panjang lebar akan cerita ini. Kalau nak tahu, boleh sahaja google dengan menggunakan keyword “Lelaki Kacak” pada bahagian images dan korang boleh lihat sendiri keputusan carian gambar dari keyword tersebut.

Kacak dari dalaman adalah lebih bermakna jika dibandingkan dengan kacak dari luaran. Orang kata, Biar muka hodoh tapi memiliki sifat dan budi pekerti yang murni. Aku bukanlah maksudkan bahawa semua lelaki kacak seluruh dunia ini tidak boleh pakai. Cuma apa yang aku cuba beritahu adalah memiliki kedua-dua sifat kacak, luaran dan dalaman adalah yang paling terbaik. Setiap perbuatan dan tingkah laku seseorang itu adalah bermula dari dalaman manusia itu sendiri. Jika baik dalaman maka bertambah kacaklah seseorang itu tetapi jika dalaman seseorang itu pincang, kotor dan hodoh, maka hodoh dan kotorlah luaran seseorang itu.

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh SEO Apps,  Bludianthus.comUmarFaruq.comHadi HanafeeJomtonton.netMuaz Lelaki KacakOhcikgu.comBloggerWanita.comCyza SectorLelakiAcai.comSabreehussin dot comAbrablog.com dan AhmadFaizal.com

Kongsikan post ini bersama rakan anda

This entry was posted in Contest, Sembang2 by Sobri Mansor. Bookmark the permalink.

About Sobri Mansor

Bioadata lengkap Sobri Mansor boleh dilihat di menu SobriMansor. Gemar berkongsi ilmu atau info melalui blog, Twitter dan juga Facebook. Jika anda merasakan artikel yang saya letakkan di entri ini memberi manfaat kepada anda dan juga rakan-rakan yang lain, sila tinggalkan komen atau klik pada butang Retweet dan juga butang Facebook Like agar rakan-rakan anda dapat baca entri ini sama seperti anda.

25 thoughts on “Info lelaki kacak yang perlu anda tahu

  1. Pingback: Senarai peserta Cabaran SEO Lelaki Kacak | EarnCent.com

  2. Kalau ikut pendapat NG adalah :
    Lelaki kacak terletak pada paras rupa dan style yang digayakan.
    Selebihnya terletak pada diri seseorang lelaki tu.
    Apa2 pun entri SM menarik.
    Semoga menang contest ni :)

  3. nabi yusof berapa kali ganda kacaknya kalau nak dibandingkan dengan kita nih…. masyallah.. ada info dan pengajaran yang penting tuh bro… terima kasih..

  4. Salam kenal dan salam ziarah..tumpang lalu…:)
    sape la agaknya lelaki paling kacak di Malaysia? gud luck.
    tapi tang nabi yusuf tu..tu kisah benar macamana la agaknya kekacakan nabi yusof tu ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge