Entri khas untuk isteri tercinta

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memang telah dirancang, semalam habis sahaja waktu kerja, aku terus berdesup ambil anak dari rumah pengasuh dan berdesup lagi terus ke kedai kek. Mata liar mencari resipi kek paling sedap dalam dunia. Sedap sangatlah kan. Sambil membelek kek yang ada, anak aku sibuk tunjuk satu kek coklat ni. Katanya nampak macam sedap. Adik jurujual kek pun sependapat dengan anak aku kata sedap. Malas nak fikir panjang, terus sambar kek tu tapi kena bayar dulu le.

Adik jurujual tu macam tau-tau je kek yang aku beli ni untuk jarijadi. Dia terus hulurkan pen dengan kertas suruh tulis nama dengan ayat ringkas. Aku tulis je apa yang terlintas dalam fikiran aku. Apa yang pasti nama isteri tercinta mesti dieja dengan betul. Kalau tak, takut merajuk plak nanti.hehehehe. Tak lupa juga, hadiah simple sahaja yang sempat aku survey petang semalam.

Setiap tahun, menjadi kebiasaan bagi aku satu family sambut harijadi dalam keluarga. Bukan nak ikit cara tradisi barat, tapi sebagai niat untuk memperingati bahawa umur semakin meningkat dan matang. Tambahan pulak bila dah berumahtangga ni. Pasangan pasti akan rasa seronok bila isteri atau suami sentiasa ingat tarikh lahir pasangan masing-masing.

Aku dan isteri memang sebaya. Setiap tahun tarikh lahir anak aku Muhammad Aniq Haikal akan disambut dahulu, kemudian aku dan anak aku Atikah Qaisara yang disambut serentak sebab lahir dalam bulan yang sama dan akhir sekali isteri tercinta.

Oklah, ni nak masuk dalam bab jiwang sikit. Ayat jiwang ni khas untuk isteri yang aku sayangi dari dunia sampai akhirat. Dalam entri ni sahaja aku nak jiwang pun. Hehehehe. Sekali sekala layan jiwang best jugak kan.

Selamat hari lahir sayang. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan duniawi. Jutaan terima kasih kerana sanggup melayan kerenah suami dan anak-anak. Tidak ternilai dan tak dapat dibalas segala sumbanganmu dalam menjaga perihal rumahtangga. Suamimu ini akan sentiasa memberi dorongan sekuat mungkin bagi mencapai impian dan cita-cita dalam kerjayamu. Moga-moga keberkatan bulan Ramadhan dapat mengukuhkan ikatan kasih antara kita berdua serta anak-anak agar kekal hingga ke hujung nyawa.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-32. Khas dari suamimu

Kongsikan post ini bersama rakan anda

This entry was posted in Sembang2 and tagged by Sobri Mansor. Bookmark the permalink.

About Sobri Mansor

Bioadata lengkap Sobri Mansor boleh dilihat di menu SobriMansor. Gemar berkongsi ilmu atau info melalui blog, Twitter dan juga Facebook. Jika anda merasakan artikel yang saya letakkan di entri ini memberi manfaat kepada anda dan juga rakan-rakan yang lain, sila tinggalkan komen atau klik pada butang Retweet dan juga butang Facebook Like agar rakan-rakan anda dapat baca entri ini sama seperti anda.

12 thoughts on “Entri khas untuk isteri tercinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge