Makan puas-puas nanti nak puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedar tak sedar, nak pejam celik pejam celik pun dah tak sempat, dah nak puasa dah kita pada minggu depan. Rasa sungguh cepat waktu itu sampai. Bagi umat islam, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan sebab nak buat banyak pahala. Dalam bulan puasa ni, aktiviti harian semuanya dihadkan. Kalau boleh nak seimbangkan antara ibadah dan pekerjaan.

Bagi aku, Ramadhan tahun ini adalah paling mencabar. Berbeza pada bulan Ramadhan yang lepas-lepas, suasana kerja tidak seperti sekarang. Kalai dulu, tak payah risau pasalu atau penat tapi sekarang, aku kena paerbanyakkan sifat sabar menahan segala dugaan yang datang. Bila duduk dalam suasana pekerjaan yang melibatkan operasi, banyak perkara yang perlu diambil kira. Tambahan pulak bila ada temujanji dengan pelanggan lebih-lebih lagi temujanji dengan pegawai bank. Temujanji pukul 9, maka pukul 9 dah kena ada terpacak dekat bank. Nak melayan kerenah mereka lagi, nak kenalpasti masalah mesin ATM dan CDM lagi. Kadang-kadang rasa macam nak humban je mesin-mesin ni bagi berderai. Kalau bulan biasa, bila masalah tak boleh solve onsite, cuba cari ketenangan dulu, keliar pergi minum hilangkan tension dan cari ilham untuk selesai masalah pada mesin. Tapi bulan puasa nanti, aku tak boleh bayangkan apa yang aku akan buat. Mungkin tab inilah yang menjadi teman setia aku.

 Banner

Anak aku yang sulong tahun ni katanya nak cuba belajar berpuasa. Ustazah di sekolah dia yang bagitau suruh puasa. Bila aku tanya puasa itu apa pada anak aku, katanya tak boleh makan dari pagi sampai petang. Betullah tu. Kiranya dia faham dengan apa yang ustazah dia ajar. Cuma nak tengok result nanti bila dia mula belajar berpuasa. Harapnya dapatlah dia tahan sampai tengah hari je. Oklah tu untuk permulaan kali.

Tarikh untuk melihat anak bulan dah keluar pun. Kata denaihati, hari khamis petang. Pada aku, beekemungkinan besar kita akan mula berpuasa pada hari Sabtu. Masa zaman aku kecik-kecik dulu, bapak aku mesti beliakan tulang lembu untuk buat sup. Kena pulak air tangan mak aku, memang sedap hingga menjilat jari. Tambahan pulak aku ni memang suka menghirup sup. Memang licin jawabnya. Tengah sedap aku menhirup kuah sup, waktu tu la bapak aku pesan macam-macam bila nak puasa. Puasa kena penuh, ikut pergi sembahyang tarawih, baca Al-quran dan macam-macam lagi. Sekarang ni aku terapkan apa yang bapak aku buat masa aku kecik dulu pada anak aku pulak. Hehehe

Oklah coretan aku di pagi selasa ni. Sekadar omong-omong kosong je.

Jumpa lagi

Kongsikan post ini bersama rakan anda

This entry was posted in Sembang2 by Sobri Mansor. Bookmark the permalink.

About Sobri Mansor

Bioadata lengkap Sobri Mansor boleh dilihat di menu SobriMansor. Gemar berkongsi ilmu atau info melalui blog, Twitter dan juga Facebook. Jika anda merasakan artikel yang saya letakkan di entri ini memberi manfaat kepada anda dan juga rakan-rakan yang lain, sila tinggalkan komen atau klik pada butang Retweet dan juga butang Facebook Like agar rakan-rakan anda dapat baca entri ini sama seperti anda.

6 thoughts on “Makan puas-puas nanti nak puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge