Mengantuk tahap dewa di kala sahur

image

Sengaja aku snap gambar ni sewaktu bersahur awal pagi tadi. Sudah 3 hari Aniq belajar berpuasa. 2 hari sebelum ni, dia ok sahaja bila dikejutkan untuk bangun sahur. Tapi pagi tadi, entah kenapa dia nampak macam mengantuk sangat sampai tertidur atas meja. Sengaja aku biarkan. Kalau dikejutkan, pasti dia marah. Jadi, aku curi-curi ambil gambar ini sebagai kenangan.

Teringat aku masa kecil-kecil dulu. Bila ayah suruh aku belajar berpuasa, bersemangat untuk belajar. Hari pertama berpuasa, main dengan kawan-kawan sekampung tak ingat dunia. Berlari ke sana sini. Buat seperti bulan tak puasa. Tiba tengah hari, baru tau langit tinggi rendah. Letih tak terkata. Ayah aku perasan yang aku memang dah tak bole blah dah waktu tu. Dia offer dekat aku suruh berbuka. Cepat-cepat aku buka peti ais. Baru sahaja nak tuang air dalam cawan, mak aku terus sound, kalau satu hari tak cukup puasa, tak dapat duit raya. Dengar je ayat tu, mati akal aku. Terus aku tutup pintu peti ais dan cari port untuk tido. Kurang-kurang tak terasa lama sangat masa berlalu.

 Banner

Seawal umur 5 tahun, aku cuba ajar Aniq berpuasa. Cikgu prasekolah dia terkejut dan bertanya pada isteri aku betul ke Aniq berpuasa. Biarlah dia tahu apa itu puasa. Bila tiba tengah hari, sewaktu di rumah pengasuh, dia akan minta izin dari pengasuh untuk minum sedikit air. Tapi dia tak makan. Ok lah tu. Kurang kurang bertahan setengah hari.

Orang tua-tua pernah bagitau, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga Aniq dapat bertahan dalam menempuh cabaran di bulan Ramadhan ini. Isyaallah, duit raya pasti ada sebagai balasan atas keinginanmu untuk belajar berpuasa.

Kongsikan post ini bersama rakan anda

This entry was posted in Sembang2 by Sobri Mansor. Bookmark the permalink.

About Sobri Mansor

Bioadata lengkap Sobri Mansor boleh dilihat di menu SobriMansor. Gemar berkongsi ilmu atau info melalui blog, Twitter dan juga Facebook. Jika anda merasakan artikel yang saya letakkan di entri ini memberi manfaat kepada anda dan juga rakan-rakan yang lain, sila tinggalkan komen atau klik pada butang Retweet dan juga butang Facebook Like agar rakan-rakan anda dapat baca entri ini sama seperti anda.

7 thoughts on “Mengantuk tahap dewa di kala sahur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge