Sambut Anniversary di Pengkalan Balak

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, dapat juga bawa isteri dan anak-anak makan angin di tepi pantai hari ini. Tambhan lagi besok telah genap 6 tahun usia keluarga aku. Jadi sambil bercuti di hujung minggu boleh sambut sekali anniversary tahun ni.

Selama usia 6 tahun perkahwinan ini, banyak dugaan dan rintangan yang aku hadapi bersama isteri tercinta. Membesarkan anak-anak bersama bukan suatu perkara yang mudah, memerlukan banyak kesabaran dan toleransi bersama. Mungkin usia perkahwinan aku masih lagi setahun jagung jika dibandingkan dengan mereka yang sudah berkahwin 20 tahun. Sudah tentu lebih banyak asam garam yang ditempuhi.

Nak menjadi suami yang bertanggungjawab tidak semudah seperti disebut melalui mulut. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Dari makanan, pakaian dan tempat tinggal, semuanya perlu disediakan secukupnya. Bak kata orang, duit kena ada setiap masa. Perbelanjaan setelah berkahwin menjadi dua kali ganda jika dibandingkan diwaktu bujang. Bila dah ada anak, tambah lagi tanggungjawab. Kalau difikirkan dalam-dalam, sudah tentu lelaki takut untuk mendirikan rumahtangga kan. Hehehehehe.

Menjadi pemimpin kepada keluarga memerlukan pengorbanan dan perhatian yang tinggi dan tidak berbelah bagi. Suami adalah pelindung kepada isteri dan anak-anak. Setiap kali ulangtahun perkahwinan, apa yang aku azamkan dalam hati adalah untuk menjadi suami yang bertanggungjawab, ketua keluarga yang jujur dan adil serta rakan kepada anak-anak yang baru mengenal erti kehidupan.

Buat isteri yang tercinta, terima kasih yang tidak terhingga kerana memahami setiap perkara yang suamimu lakukan. Terima kasih juga kerana memahami hobi suamimu dalam berblogging. Doakan semoga segala ranjau dan onak duri yang menjadi penghalang kepada perjalanan berblogging ini menjadi semudah umpama membuka kacang NGAN NYIN.

Oklah, tiba masa untuk bersiap-siap. Nak ajak isteri candle light dinner sekejap. Tapi bukan berdua sebab anak-anak pun kena turut serta juga.

Bye-bye dan jumpa lagi…

Kongsikan post ini bersama rakan anda

This entry was posted in Sembang2 by Sobri Mansor. Bookmark the permalink.

About Sobri Mansor

Bioadata lengkap Sobri Mansor boleh dilihat di menu SobriMansor. Gemar berkongsi ilmu atau info melalui blog, Twitter dan juga Facebook. Jika anda merasakan artikel yang saya letakkan di entri ini memberi manfaat kepada anda dan juga rakan-rakan yang lain, sila tinggalkan komen atau klik pada butang Retweet dan juga butang Facebook Like agar rakan-rakan anda dapat baca entri ini sama seperti anda.

9 thoughts on “Sambut Anniversary di Pengkalan Balak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge