Lucas Podolski Di kritik Berth Vogts

Mungkin ramai yang masih lagi tak tahu yang aku ni adalah penyokong setia The Gunners. Jarang sekali aku update pasukan kegemaran aku ni dalam blog ini. Kalau aku nak dapat info pun, aku akan cuba terjah ke blog DenaiHati untuk tahu cerita terbaru tentang Team Arsenal. Mungkin ada kalangan fan Arsenal di Malaysia kecewa dengan pemergian Robin Van Persie ke MU. Pada aku, biarlah RVP cuba beralih angin mencari rentak baru. Aku percaya dengan strategi Arsene Wenger yang cuba membawa masuk pemain-pemain baru kedalam kesebelasan utama Arsenal.

Ada cerita terbaru yang dikaitkan dengan nama bintang ternama Arsenal. Lucas Podolski yang baru dibeli oleh Arsene Wenger menerima kritikan hebat dari bekas pengurus Jerman Berti Vogts kononnya cara permainan beliau masih lemah dan perlu banyak diperbaiki untuk perlawanan yang akan datang. Aku memetik sedikit ayat yang aku baca dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 26 September 2012 mukasurat 62 dalam ruangan SUKAN. Kritikan Berti Vogts berbunyi “Dia gemar berada bersama pemain pertahanan. Apabila dia kehilangan bola, dia harus kejar bagi mendapatkannya semula. Dia kurang kerjasama dengan rakan sepasukan dan sikap ini harus dikikis”.

Aku hormati strategi yang di buat oleh Arsene Wenger dalam mengurus anak buah semenjak beliau mula menjadi pengurus Arsenal. Kehadirsn Podolski dalam Team Arsenal menjadi pengubat apabila RVP berpindah keluar. Aku percaya Podolski mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan dan latihan di bawah kendalian Arsene Wenger. Walaupun di katakan masih lemah, Podolski mampu menjaringkan 3 gol dalam perlawanan yang disertai. Pada aku, ini adalah satu kejayaan yang cukup memberangsangkan yang ditunjukkan oleh pemain warga Azerbaijan ini.

Biarlah sesiapa pun nak kritik diri anda, jangan ambil kritikan itu sebagai sesuatu yang negatif. Ambil ia sebagai perkara yang positif dan sebagai pembakar semangat untuk terus lebih maju di masa akan datang. Aku berharap agar Team Arsenal dapat mengekalkan kedudukan dalam EPL pada musim ini. Mungkin ada rezeki dan hasil dari kerjasama erat antara rakan sepasukan dapat membawa pulang piala liga untuk musim ini. Itu sudah cukup membanggakan buat Team Arsenal.

The Gunners paling hensem malam ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Setinggi-tinggi pujian buat Aaron Ramsey dan juga Thierry Henry kerana membantu Arsenal membawa pulang 3 mata penuh pada malam ini. Walaupun Sunderland berjaya menyumbat sebiji gol hasil dari kesilapan pertahanan Arsenal, itu tidak bermakna peluang untuk menang mati begitu sahaja. Usaha bertali arus sentiasa dilakukan untuk tidak menghampakan semua penyokong di tepi padang dan juga penyokong yang hanya dapat menonton melalui siaran kaca tv sahaja. Kemasukan Arshavin menggantikan Walcott tidak mengecewakan yang mana hasil hantaran beliau di hadapan pintu gol membolehkan Henry menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir.

Van Persie pada malam ini kelihatan tidak bermaya dan sentiasa dikawal rapi oleh pertahanan Sunderland. Mungkin hanya bersahaja pada malam ini disebabkan menang besar pada perlawanan sebelum ini.

Tahniah…..Tahniah dan Tahniah aku ucapkan. Arsene Wenger tersenyum lebar di tepi padang selepas gol kedua berjaya diperolehi. Apa yang pasti, matlamat Arsenal untuk menduduki 7 tangga terbaik dalam BPL mesti dicapai untuk bersaing dalam saingan bolasepak di Eropah. Tak dapat UEFA Champion League, UEFA Champion Cup pun takpelah. Setiap musim sudah pasti ada pasang surutnya. Kalau sentiasa berada di atas sahaja, orang pun jadi jemu jugak kan macam team tutttttt tu…… hehehehehe

Sekali lagi, tahniah dari aku penyokong setia The Gunners atas kemenangan 2-1 menentang Sunderland malam ini. Tak sia-sia aku tidur lambat tengok live game ni.

Sambal kicap dicicah dengan Mempelam,

Arsenal menang ini malam.

Oklah, nak beradu dulu. Esok nak kerja. Cuti rehat aku kena tarik. Kesian…. kesian….

BPL 2011/12 Week 11: Arsenal vs WBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Tahniah diucapkan kepada semua pemain The Gunner yang bertungkus lumus untuk menang pada perlawanan kali ini. Walaupun menentang pasukan yang dikategorikan sebagai kerdil, kemenangan dalam sesuatu permainan amat penting. Tambahan pula bila dimalukan oleh pasukan lawan di tempat sendiri. menjadi satu igauan ngeri untuk berhadapan kritikan dari media dan juga peyokong sendiri.

Dengan kemenangan 3-0 menentang WBA, Arsenal tidak berganjak dari kedudukan sekarang dalam liga iaitu pada tangga ke tujuh liga, berkongsi mata dengan Liverpool. Namun, ada kemungkinan pada perlawanan yang akan datang untuk mengatasi Liverpool.

Jaringan pada perlawanan kali ini adalah hasil sumbangan v.Persie, Thomas Vermaelen dan juga Mikel Arteta.

Tahniah dan syabas. Semoga Arsenal dapat menyaingi pendahulu liga pada musim ini dan menduduki empat pasukan teratas untuk layak ke Liga Juara-juara Eropah pada musim hadapan.

BPL 2011/12 Week 10: Chelsea vs Arsenal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Arsenal kali ini bertandang ke Stamford Bridge untuk perlawanan menentang Chelsea, seteru utama dalam BPL pada musim ini. Bertandang ke tempat lawan bukan perkara mudah kerana situasi dan kehadiran penyokong tuan rumah menjadi faktor utama kemenangan dan juga kekalahan sesebuah pasukan. Perlawanan kali ini amat penting bagi Arsenal untuk memperbaiki rekod perlawanan musim ini dan juga mahu membina kembali reputasi Arsene Wenger yang sedikit tercalar pada awal musim ini.

Sudah lama penyokong Arsenal tidak melihat Arsenal berpesta gol di tempat lawan. Bukan senang untuk memalukan pasukan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri dan tambahan pula pasukan terkuat dalam saingan liga. Dengan corak permainan yang cukup hebat dan ditambah pula dengan kerja kuat di barisan pertahanan membuatkan Arsenal berada pada tahap reputasi terbaik pada kali ini.

Dengan kemenangan pada minggu ini, Arsenal telah berjaya mengutip 16 mata berada di belakang Tottenham Hotspurs dan tidak merubah kedudukan Arsenal sekarang yang berada di tangga ke-7. Diharap perlawanan pada minggu hadapan menentang W.B.A memberikan berita gembira buat penyokong sejati Arsenal.

Disebabkan terlalu gembira dengan kemenangan menentang Chelsea pada minggu ini, terimalah video highlight perlawanan semalam.

Page 1 of 212