Kedudukan terkini cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 – Update ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Dah lama tak dapat update blog. Kawan-kawan yang datang singgah pun sebelum ini hanya sempat untuk tengok sahaja. Tak sempat nak balas semua komen yang ada. So, jangan risau sekarang ni. Semua komen korang, aku akan cuba balas walapun dengan ayat yang mampu mencairkan hati korang untuk terus bertandang dekat sini.

Oklah, aku taknak buang masa. Seperti yang aku cuba beritahu sebelum ini dalam entri yang lepas, aku akan update kedudukan terkini cabaran SEO yang bro Titan anjurkan. Pada aku dengan cara ini sahajalah aku dapat kenal, kaji dan selidik apakah rahsia yang digunakan untuk terus gagah berada di kedudukan pertama carian Google. Jangan risau, kedudukan aku sebenarnya takdelah jauh sangat. Aku kena banyak gunakan cara-cara lain untuk membolehkan aku berada di tangga tertinggi carian google dengan keyowrd lelaki kacak.

Aku rasa dah nak masuk minggu kedua cabaran SEO lelaki kacak ni diadakan. Nampak gah kepada blogger yang sedang mendominasi kedudukan teratas carian google. Sudah tentu banyak trik dan tips yang dia gunakan untuk berada lama di kedudukan teratas carian google. Jika nak dibandingkan dengan aku dalam ilmu SEO ni, bagaikan langit dengan bumi.

Sehingga jam 0605 tarikh 30 Mac 2012, kedudukan terkini cabaran SEO lelaki kacak 2012 berubah lagi. Kali ini apa yang aku sangat terkejut dan teruja, penganjur contest cabaran SEO ini yang merampas kedudukan takhta carian keyword lelaki kacak. Nampak gayanya, Bro Titan taknak bagi chance pada rakan blogger lain untuk duduk di kedudukan teratas carian keyword lelaki kacak nih. Mungkin dia rasa tercabar bila baca entri aku sebelum ni. Pelan-pelan kayuh orang kata. Aku saja perhatikan entri Bro Titan tentang lelaki kacak berkaca mata. Dari pages ke-5 carian google pada minggu lepas, naik sikit-sikit memotong tajuk-tajuk entri lelaki kacak yang rakan blogger lain hasilkan. Dalam diam, dia menendang dan kasi pelempang untuk jadi gah di carian google dengan keyword kacak dia tuh….

Entri lelaki kacak aku pada minggu ni memang kena pelempang Jepun. Ditendang jauh keluar. Apa yang aku perhati, semakin ramai rakan blogger yang makin handal dan makin pekatkan lagi diorang punye keywordlelaki kacak ni. Walau apa pun yang terjadi, tak kira la kena pelempang ke, kena penendang ke, aku tetap akan melawan juga. Walau apa pun yang terjadi, aku tetap setia dengan keyword lelaki kacak ni punye perkembangan contest. Bukan senang nak menang kan. Apa yang pasti, lelaki kacak dah mula tunjuk taring dia sikit-sikit. Kehandalan dia tu dalam diam-diam. hehehehehe… Jaga la ko titan

Oklah. Jauh sangat aku merapu dah ni. Makin layan merapu aku ni, tertinggal pulak Subuh aku kang. Oklah, Chow Chin Chai dulu.

Pagi ni, lelaki kacak bangun awal pagi. Siapkan baju sekolah anak dan buatkan sarapan. hehehe…. Mr Mama untuk hari ke-2 tanpa isteri di sisi.

Kedudukan terkini cabaran SEO Lelaki kacak

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Saja nak update dan cuba follow perkembangan contest Cabaran SEO Lelaki Kacak yang bro Titan anjurkan tempoh hari. Sebenarnya, selama aku berblogging ni, contest dari bro Titan ni adalah contest yang pertama yang aku cuba turut serta. Sebab apa, sebab aku suka dengan ilmu SEO ni. Aku tau bukan senang nak bermain dengan SEO. Kalau tau teknik dan gayanya, insyaallah memang berbaloi.

Pagi ni tepat jam 8.45 pagi 20/03/2012, aku cuba bukak laman carian google. Masukkan keyword lelaki kacak dengan hati ini mengharapkan yang entri aku dalam cabaran ini duduk pada tangga pertama carian google. hehehehe…. Jangan harap la SobriMansor oiiii. Memang sengit jugak la cabaran ni. Aku pun tak sangka yang entri aku boleh duduk di tangga ke-4. Ok lah tuh. Awal lagi kan. Banyak masa lagi untuk aku perbaiki dan cari lagi idea macam mana nak kalahkan pesaing-pesaing aku yang lain tuh.

Tempoh 3 bulan untuk contest SEO ini mungkin satu jangkamasa yang cukup untuk kita selidik dan kita dalami macammana nak naikkan entri kita di enjin carian Google. Bukan senang untuk menang kalau tahu cara dan trik. Insyaallah, berkat dari usaha aku bangun pagi dan cuba explore cara-cara untuk duduk dalam top SEO ini, insyaallah akan ada hasilnya kelak.

Moga-moga usaha aku ini membuahkan hasil dalam tempoh 3 bulan yang akan datang…..

Amin…

Info lelaki kacak yang perlu anda tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera……

Entri yang aku buat pada kali ini adalah untuk menyahut cabaran saudara bro Titan atas contest SEO yang baru beliau anjurkan. Aku sebenarnya tidak berapa pandai dengan ilmu SEO ini. Bak kata bro Titan, kalau tak pandai kenalah belajar. Jadi, untuk aku jadi pandai dalam bab SEO ni, aku kena belajar la. Jadi, dengan menyertai contest yang bro Titan anjurkan ini adalah sebagai kayu mengukur untuk mendalami ilmu SEO aku ini.

Aku dah baca entri mereka yang ikut serta contest bro Titan ni. Pujian 5 bintang aku hadiah kan atas kreativiti mereka dalam bermain keyword “Lelaki Kacak” dalam entri yang mereka hasilkan. Mungkin sukar untuk aku bersaing dalam cabaran kali ini, tetapi Insyaallah aku cuba hasilkan entri hasil dari luahan hati aku sendiri.

Siapa lelaki kacak?

Adakah aku yang dimaksudkan. Sesungguhnya bukanlah aku yang digelar lelaki kacak itu. Lelaki yang dikatakan kacak dari mata kaum hawa sudah pastinya memiliki raut wajah yang tampan, susuk badan yang sasa dan memiliki gaya yang tersendiri. Tanya sahaja pakcik Google menggunakan ayat “lelaki kacak”, sudah pasti sekarang ini wajah lelaki kacak yang terpacul di enjin carian pakcik Google adalah wajah Aaron Aziz, Remy Ishak, Ady Putra dan lelaki-lelaki kacak yang lain. Menjadi lelaki kacak adalah satu impian setiap kaum Adam. Aku tidak pasti apa motif untuk menjadi lelaki kacak sehingga digilai kaum hawa. Mungkin kerana nafsu dan naluri seorang lelaki untuk memikat perempuan.

Kacak itu sekadar pinjaman semata-mata

Memang benar. Sifat kacak bagi seorang lelaki itu hanya sementara. Bila umur dah meningkat, sifat kacak itu lama kelamaan akan hilang dengan sendirinya. Hanya kacak diwaktu muda. Tetapi itu tidak bermakna yang kacak itu hilang terus menerus. Perlu diingat bahawa kekacakan dari dalaman adalah lebih penting berbanding luaran. Orang yang memiliki ilmu agama tidak menggelarkan yang diri mereka itu kacak sebaliknya menganggap bahawa sifat kacak itu sebagai anugerah Allah yang maha Esa yang bersifat sementara. Jika anugerah dari Allah itu disalahgunakan untuk tujuan duniawi semata-mata, akan menyesallah di kemudian hari.

Lelaki kacak yang tiada tandingan hanya untuk Nabi Yusuf A.S

Aku sangat bersetuju dengan tajuk yang aku keluarkan ini. Sepanjang zaman kekacakan yang tiada tolok bandingnya hanyalah untuk Nabi Yusuf A.S seperti mana yang telah aku kongsikan dalam entri Ketampanan dan kecantikan Nabi Yusuf A.S. Seluruh umat Islam sememangnya tahu akan sejarah cerita nabi Yusuf a.s yang mana beliau memiliki raut wajah yang paling sempurna sehinggakan boleh meruntun jiwa Zulaikha dan kaum wanita yang memandang atau terpandang akan raut wajahnya. Zulaikha sanggup mengundang rakan-rakannya dalam satu majlis keraian semata-mata mahu menunjukkan betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T yang dianugerahkan kepada Nabi Yusuf sehingga orang yang melihat Nabi Yusuf tidak sedar dan terpotong jari mereka dengan pisau. Semakin hari, Nabi Yusuf semakin tertekan dan bermohon kepada Allah agar dijauhkan diri beliau dari segala dugaan dan pancaroba. Beliau sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar tidak leka dan lalai akan anugerah yang Allah S.W.T berikan kepadanya.

Bagi seorang lelaki yang mempunyai ilmu agama, segala nikmat dan kelebihan yang diberikan akan digunakan sebaik-baiknya untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T semata-mata. Menjadi kacak itu adalah dibolehkan tetapi biarlah dalam keadaan sederhana dan tidak melalaikan sehingga menaikkan nafsu para wanita yang melihat. Aku tidak mahu ulas panjang lebar akan cerita ini. Kalau nak tahu, boleh sahaja google dengan menggunakan keyword “Lelaki Kacak” pada bahagian images dan korang boleh lihat sendiri keputusan carian gambar dari keyword tersebut.

Kacak dari dalaman adalah lebih bermakna jika dibandingkan dengan kacak dari luaran. Orang kata, Biar muka hodoh tapi memiliki sifat dan budi pekerti yang murni. Aku bukanlah maksudkan bahawa semua lelaki kacak seluruh dunia ini tidak boleh pakai. Cuma apa yang aku cuba beritahu adalah memiliki kedua-dua sifat kacak, luaran dan dalaman adalah yang paling terbaik. Setiap perbuatan dan tingkah laku seseorang itu adalah bermula dari dalaman manusia itu sendiri. Jika baik dalaman maka bertambah kacaklah seseorang itu tetapi jika dalaman seseorang itu pincang, kotor dan hodoh, maka hodoh dan kotorlah luaran seseorang itu.

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh SEO Apps,  Bludianthus.comUmarFaruq.comHadi HanafeeJomtonton.netMuaz Lelaki KacakOhcikgu.comBloggerWanita.comCyza SectorLelakiAcai.comSabreehussin dot comAbrablog.com dan AhmadFaizal.com

Siapa nak menang Adobe Photoshop PERCUMA seumur hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Isteri: Bang, U pandai tak guna Adobe Photoshop?

Suami: Boleh la sikit-sikit. Kenapa U?

Isteri: Ala U, I punyer gambar yang amik untuk passport nampak gemuk la. Ada lemak berlipat-lipat dekat bawah dagu I ni. Boleh tolong hilangkan tak?

Suami: Alah, kacang jer. Bila U nak?

Isteri: Secepat mungkin la U.

Suami: Ok, Sekarang juga I buatkan. Lemak-lemak kat badan U yang berlipat kat tempat lain tu U taknak hilangkan jugak ker?

Isteri: Aiiii…. Perli lebih nampak….

Suami: hahahahaha…. Jangan marah. Walupun lemak berlebihan, I tetap sayangkan U tau…. hehehe

Sebut sahaja pasal Photoshop, mesti orang akan terpinga-pinga dengan perisian nih. Tambahan pula yang tak pernah tau langsung pasal perisian komputer. Pasti akan cuba cari maklumat di internet atau bertanya dengan rakan-rakan. Kepada blogger, perisian Adobe Photoshop ni amat sinonim dengan mereka sebab dengan software inilah yang membolehkan blog mereka kelihatan lain dari yang lain. Nak buat header yang cantik atau apa sahaja gambar di blog, Photoshop adalah jalan penyelesaian yang paling baik. Cumanya, perlu kepada kemahiran dan juga kepandaian diri sendiri dalam mengolah lakaran kerana Photoshop ni selalu bermain dengan warna.

Nak mahir dengan Photoshop ni bukan suatu jalan yang mudah. Memang benar, semua maklumat hanya di hujung jari sekarang nih. Tanya sahaja pakcik google menggunakan kata kunci “tutorial Photoshop“, pasti anda tidak akan menyesal dengan keputusan carian tersebut. Bersusun-susun maklumat atau capaian laman web yang menceritakan tentang cara-cara menggunakan Photoshop ini. Pasti anda akan rasa seronok dengan apa yang dikongsikan di sana dan boleh mengikuti tutorial tersebut secara online dan tidak perlu hadir ke kelas pun.

Nak dapatkan software Photoshop ni juga bukan mudah. Kalau anda yang ada modal, boleh dapatkan secara online dengan memiliki lesen penggunaan perisian ini di laman Adobe. Tapi bagaimana pula yang takde modal? Seperti biasa, kita lebih suka memilih yang cetak rompak dari yang original, betul tak? Carilah di kedai-kedai menjual CD dan perkakasan komputer, pasti akan jumpa. Siap boleh crack lagi umpama anda menggunakan Photoshop yang original. Di internet pun, turut ada berkongsi crack photoshop. Seperti biasa gunakanlah perkhidmatan dari pakcik google. Sudah pasti anda takkan menyesal buat kali yang kedua.

Dan sekarang ni, SM nak kongsikan disini sebuah laman yang mahu memberikan Adobe Photoshop secara PERCUMA dan seumur hidup. huh…. mesti bergegar kepala otak bila sebut PERCUMA nih. Pasti rasa nak luruh jantung bila dengar orang nak bagi PERCUMA perisian Photoshop yang harganya ratusan ringgit kalau yang original.

Jadi, bagaimana nak dapatkan Adobe Photoshop PERCUMA selama seumur hidup ni?

Senang sahaja. Adobe Photoshop PERCUMA seumur hidup ini adalah giveaway istimewa dari AppSumo – Daily Deals for Web Geeks. Cukup senang, anda cuma perlu join Giveaway Photoshop For Life (klik) dan anda secara automatik akan menjadi bakal pemenang bagi contest ini. Bukan senang nak dapat hadiah dari contest sebegini rupa. Hanya mereka yang benar-benar berani sahaja yang mampu memberikan hadiah seperti ini.

Sebelum tu, untuk pengetahuan, contest ini akan berakhir pada 14 November 2011 jam 11.59 malam. Jadi, cepat-cepat anda rebut peluang ini sebelum contest ini tamat. kalau tidak nanti, menyesal tak sudah la…..

Photoshop yang SM gunakan sekarang ni pun yang crack punyer. Nak beli yang original, tak terdaya la pulak sebab harga ratusan ringgit. kalau guna produk apple, kompom boleh download percuma jer…. hehehe

Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari shakiddo.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Alhamdulillah….. Selesai sudah beraya sakan di kampung bersama keluarga tersayang. Rasa rindu pula dengan keadaan dan suasana di pagi raya. Memakai baju raya sedondon sekeluarga, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan adik beradik dan ayah dan bonda, menziarah keluarga terdekat, semuanya sudah menjadi memori paling bermakna dalam tahun ini. Rasa mahu diputarkan semula dunia untuk kembali kepada 1 Syawal yang lepas.

Memandangkan tahun ini SM beraya di rumah mertua di Parit Raja, persiapan berhari raya semuanya di buat awal. Almaklumlah, tradisi di Johor ni lain sikit dari orang Perak. Orang Johor terkenal dengan masakan sambal goreng, sayur lodeh dan juga lontong yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Oleh kerana adik beradik ipar semuanya perempuan, jadi kenalah ditolong mana yang patut. Mengangkat benda-benda berat tu, memang kerja orang lelaki lah. Nasib baik persiapan di rumah semuanya dah diselesaikan, tapi tidaklah semeriah mana. Kira bolehlah nak ditengok meriah dengan mata kasar ni kalau rombongan baraan dari kampung yang datang.

Continue reading

Page 1 of 212