Kejutan kad kredit

Hari ini, setelah penat berjalan kaki balik dari sembahyang Jumaat Berjemaah di Masjid Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Putrajaya, aku dikejutkan dengan kedatangan seorang staf pos Malaysia ke pejabat. Sampai sahaja di hadapan partition tempat aku duduk, dia bertanya kepada aku yang aku ada memohon kad kredit bulan lepas sewaktu bertugas di tapak pameran sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada bulan lepas. Terkejut aku dengan statement tu sambil beliau menyampaikan satu bungkusan berisi sampul surat bewarna putih. Aku jadi kaku dalam 2 minit melihat sampul surat tu. Dalam hati aku, “Masa bila pulak yang aku ada apply kad kredit nih?”. Waktu tu hanya aku sorang sahaja yang berada di dalam pejabat. Staf perempuan seperti biasa, bila tiba hari Jumaat, akan berkeliaran lama sedikit di luar. Tempat paling familiar adalah di Alamanda atau di gerai jualan yang dibuka di kawasan pejabat aku nih.

Aku terdiam sekejap sebab cuba memngingat kembali waktu bila yang aku ada mohon untuk dapatkan kad kredit ni. Mati kutu seketika. Staf Poslaju tu siap minta aku untuk turunkan tandatangan atas kertas mengatakan yang aku telah menerima kad tersebut. Bila dia mintak aku tandatangan, baru aku berani tanya balik pada dia milik siapa kad kredit yang tertera di dalam senarai kiriman beliau. Puas dia membelek-belek kertas dalam tangan dia, dia bagitau yang pemilik kad itu adalah nama orang lain dan orang itu tak lain dan tak bukan adalah bos kesayangan aku kat ofis nih. Berderau darah aku. Boleh pulak bos aku suruh mamat poslaju ni bagi kad kredit baru dia kat aku, dah la tu tak dimaklumkan pulak kat aku.

Bila keadaan sebenar dah tahu, aku terus telefon bos aku tanya keadaan sebenar. Rupa-rupanya bos aku suruh staf poslaju ni serahkan sampul surat putih ni pada aku sebab bos aku takde dalam pejabat. Ish…ish…ish…. buat suspen je mamat bernama bos ni.

Sebenarnya dalam masa yang sama jugak, staf poslaju ni takut takut berani je nak kasi sampul surat putih berisi kad kredit ni pada aku. Dia bagitau, kalau nak diikutkan, orang lain tak boleh terima kad tu melainkan tuan punyer nama di atas kad tu sebab ada kes aniaya pernah berlaku di Kementerian Dalam Negeri. Katanya, kad kredit yang baru diterima diserahkan kepada seorang kerani di kementerian. tup…tup… bila sampai hujung bulan, penama diatas kad kredit tu terima penyata bulanan sebanyak RM25k sedangkan kad kredit tak sampai pun dalam tangan dia. Bila dia sedar, dia terus buat laporan Polis dan Polis turun untuk siasat. Diorang boleh trace penggunaan dan pengeluaran dari pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan kad kredit si mamat ni. Berdasarkan rekod dari kamera litar tertutup dan rekod transaksi dari kedai aksesori kereta, si mamat tak bertanggungjawab tu dapat jugak ditangkap. Waktu ditangkap, RM25k tu dah siap digunakan untuk modified kereta. Berani sungguh orang nih.

Jadi dia pesan kat aku supaya serahkan kad kredit yang aku terima tu kepada tuan punyer kad la. Aku tak tau la kalau-kalau cerita yang aku dengar tadi sengaja dibuat-buat untuk menakutkan aku. Tanpa bercerita panjang, aku bawak mamat poslaju ni masuk bilik bos aku dan tunjukkan pada dia yang aku letakkan sampul surat tu atas meja dia. Dah tu, pintu bilik dia aku kunci. So, kalau bulan lepas perkara sama terjadi pada bos aku, memang akulah orangnya sebab kunci bilik aku sorang je yang pegang. hehehehe.

 Banner

Bila aku dah tandatangan perakuan yang aku terima barang tu, mamat poslaju tun pergi.

Bila sebut pasal kad kredit, mungkin ramai yang pernah atau memiliki kad kredit ni. Tidak terkecuali aku jugak. Aku dah siap tutup kad kredit tu sebab takut dan risau akan penggunaan yang tak terkawal. Sekarang ni aku cuma ada kad Debit dari Public Bank dan kad ATM Cimb untuk gaji aku. Bila ada kad kredit ni, kita umpama tambah komitmen bayaran bulanan dan mungkin merencatkan pergerakan keluar masuk akaun peribadi kita setiap bulan. Aku rasa pelik macam mana ada sesetengah orang boleh memiliki kad kredit sampai 5 jenis. Kalau 1 kad kredit bayaran minimum adalah Rm250.00, kalau dah ada 5 kad, conform bulanan Rm2500.00 melayang hanya untuk bayar kad kredit je. Itu belum termasuk bayaran untuk kereta, keluarga, rumah dan macam-macam lagi. Mengerikan bila citer pasal duit plastik nih. Aku dah serik bila memiliki hanya 1 kad kredit. Memang berhantu sebenarnya sebab pengeluaran duit dari kad kredit ni, kita tak nampak. Sedar-sedar, hujung bulan statement dari bank sampai dan bila tengok jumlah yang perlu dibayar seperti tidak disangkakan yang kita menggunakan duit dari kad kredit sebanyak itu. Bila aku fikirkan balik dan berbincang dengan isteri, baik aku tutup terus kad kredit ni dan bayar sahaja baki yang tinggal.

Mungkin ada yang tak tau apakah tindakan sekiranya kita tak bayar balik duit yang kita pinjam dari kad kredit tu? Disini, aku nak bagitau yang pertama sekali tindakan yang bakal diterima adalah nama korang akan disenarai hitam oleh pihak bank. Selagi amaun pinjaman masih tak berkurang dari rekod bank, selagi tulah pihak bank akan call handphone korang bertalu-talu sampaikan korang rasa korang nak tukar nombor telefon. Apa yang aku kongsikan ni bukan untuk menakutkan tetapi memang terjadi pada sorang kawan ofis aku. Setiap masa handphone berdering sampaikan terpaksa bagi kat aku untuk jawab soalan bagi pihak dia. Kadang-kadang siap minta tolong aku mengaku jadi orang lain dan bagitau pihak bank yang nombor telefon tu dah ditukar milik.

Adat meminjam, bila dah pinjam kena la ganti atau bayar balik. kalau meminjam dengan kawan karib atau saudara terdekat, bolehlah pinjam banyak itu dan pulang balik duit ikut berapa yang kita pinjam. tapi kalau pinjam dengan bank, jangan harap nak bayar mengikut berapa yang kita guna. Silap-silap faedah yang dikenakan hampir sama dengan berapa yang kita pinjam. Kena la pulak bayar bulanan lebih. Jadi, pandai-pandai la uruskan kewangan peribadi terutama sekali pengurusan kad kredit ni. Kalau nama dah blacklist, nak buat pinjaman perumahan ke, nak beli barang kat Court ke memang tak lepas la. Pinjaman perumahan tu yang penting. Takkan nak menagih simpati dari rakan-rakan dan juga keluarga terdekat untuk jadi penjamin. Betul tak?

Nota Kaki: Ada orang kata, pinjam dari kad kredit adalah lebih bahaya dari pinjam dari Ah Long. Betul ke?

Jom Chicken Dance bersama-sama Upin dan Ipin.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sebelum ni, aku ada buat entri tentang sambutan Hari Guru di bandar Kuching ni. Dalam post tu, aku tak masukkan apa-apa gambar atau video menarik tentang sambutan Hari Guru ni. Bukan apa, Bila jaga gerai pameran, tak boleh nak online sebab pelanggan yang datang berkunjung takputus-putus. Jadi, aku kumpulkan kesemua gambar dan video yang aku sempat ambil dan aku update sikit demi sedikit untuk tatapan korang dan perkongsian pengalaman dari aku. :)

Kali ini, aku nak share ngan korang satu video yang aku sempat ambil waktu Karnival Hari Guru tempoh hari. Pihak penganjur iaitu Utusan Malaysia Sdn. Bhd ada menjemput watak kartun yang paling top kat Malaysia ni untuk menghiburkan pengunjung yang datang ke karnival ni. Paling seronok adalah adik-adik kecil lah. Mana taknya, kartun paling popular di Malaysia datang berjumpa dengan adik-adik kita. Dah tentunya macam kena histeria diorang nih. Mak ayah pun turut seronok mengalahkan anak-anak diorang. Aku, seperti biasa, dengan wajah cool jer la amik gambar ngan video. Kalau aku pun sama histeria, dah kompom tak sedar diri dah. :)

Sedang Upin&Ipin dikerumuni oleh kanak-kanak, tetiba juruacara suruh upin dan ipin menari Chicken Dance. Cute plak aku tengok. Aku terus rakam guna kamera yang aku pegang. Jadi hasilnya, adalah macam dibawah lah.

Hari sebelumnya, Upin & Ipin ni boleh la plak buat tarian Poco-Poco tapi aku tak ambik video pun sebab aku tak sampai lagi masa tuh…hehehe

So, korang pandai ke menari Chicken Dance nih? hehehe…:)

Dah tua kerepot tapi power guna Photoshop

Apa yang aku kongsikan di dalam entri ini mungkin akan membuatkan korang semua berasa amat kagum dengan seseorang ini. Itu lah dia, gerangan nama diberi, BaoJun Yuan, seorang tua yang banyak memberi jasa kepada segelintir masyarakat di China. Siapakah dia BaoJun Yuan nih?

Si tua ni sebenarnya Perdana Menteri negara China tetapi dia ni amat amat popular dan dihormati oleh masyarakat disana. Kenapa yer? Sebabnya dia ni adalah pengguna perisian Adobe Photoshop seawal usia 60 Tahun. Kagum tak. Umur 60 Tahun baru kenal dengan perisian Adobe Photoshop ni. Dan satu lagi, beliau ini menawarkan servis membaiki gambar-gambar lama secara PERCUMA sahaja. Terdapat lebih 2000 keping gambar lama yang telah beliau baiki. Sebagai contoh, gambar seperti di bawah ni lah.

 

Aku merasa kagum dengan kebolehan yang beliau ada. Paling aku kagum adalah baru mengenali perisian ini ketika usia 60 tahun dan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan servis dari dia. Apa yang beliau buat adalah, scan gambar lama tu menggunakan mesin scanner dia, kemudian edit gambar tersebut menggunakan Photoshop.

Itulah, banyak perkara yang aku boleh belajar dari dia ni. Pertama, kita perlu fokus dalam melakukan sesuatu perkara. Kedua, ilmu tidak mengenal umur. Selagi ada nyawa, ilmu mesti dituntut sehingga ke liang lahad. Ketiga, Adobe Photoshop sesuai untuk semua golongan dan tidak kira usia….huhuhuhu. Ni yang aku nampak la berpandukan kepada post aku nih.

Sekarang ni, orang tua ni dah berumur 67 tahun dan dia masih lagi menawarkan servis membaiki gambar-gambar lama. Aku teringin juga nak cuba perkhidmatan dari dia ni. hehehehe…. :)

Kredit to: thedesigninspiration

Page 1 of 212