Assalamualaikum dan salam sejahtera……
Alhamdulillah, selesai sudah kerja aku untuk letakkan fungsi Peel Away Ads ni di bucu atas kanan blog aku ni. Dari buat tema kempen untuk Churp-Churp kepada penukaran fungsi skrip membolehkan ikon peel ini nampak lebih menarik. Mungkin sesetengah orang tak perasan bila ziarah di blog aku ni. Sengaja aku gunakan skrip bila mana blog aku ni di scroll turun ke bawah, peel ads ini tidak ikut sama dan akan sentiasa berada di bucu kanan atas. Upsss….terlupa pulak aku, mungkin korang tertanya-tanya apa la yang aku merepek cerita pasal peel away ads ni kan. Korang pun tak pernah tau pun pasal benda ni. Ok, jadi sekarang aku cerita habis-habis apa dia peel away ads ni yer.
Peel Away Ads ni adalah satu script yang mana bila pelawat datang ke laman web atau blog, akan ada satu paparan kecil kat bucu samada kiri atau kanan yang mana bila cursor dihalakan ke ikon itu, seolah-olah muka depan laman web anda kelihatan dikopek dan tertera satu gambar yang mempromosikan iklan yang ada didalamnya. Sebagai contoh, aku tunjukkan sample gambar di bawah ni.

Kalau masuk dalam blog atau mana website, paparan ikon tu seperti di dalam gambar kat atas tu lah. Bila cursor dihalakan kepada ikon tu, dia akan jadi macam gambar di bawah ni pulak.

Nampak kan. Korang akan lihat seolah-olah muka depan website atau blog aku ni kelihatan seperti dikopek dan nampak macam ada satu lagi mukasurat kat belakang tu. Apa yang aku buat sekarang ni, aku letakkan iklan Churp-Churp dan bilamana pelawat klik pada burung yang cute tu, dia akan pergi kepada laman web Churp-Churp la. Jadi korang dah faham kan maksud Peel Away Ads ni yer.
Apa kelebihan Peel Away Ads ni pada blog?
Sebenarnya banyak kelebihan. Bila sebut pasal blog, tentu kita nak letakkan macam-macam iklan yang menyumbang kepada pendapatan tambahan seperti Nuffnang, Advertlet, Churp-Churp, laman web lain atau yang seumpama dengannya. jadi dengan adanya Peel Away Ads ni, memudahkan kita untuk membuat promosi tentang kempen yang kita kita nak buat. Kalau yang ada buat pendapatan tambahan sebagai agen affiliate kepada produk digital, bolehlah promote menggunakan Peel Away Ads ni. Terpulang kepada korang nak letakkan apa pada iklan peel ni.
Bagaimana nak dapatkan Peel Away Ads ni?
Buat masa sekarang, aku cuma buatkan fungsi ini untuk blog aku je dan belum terbuka hat i lagi untuk offer servis buat peel away ni kepada orang lain. tapi kalau korang nak cuba gunakan fungsi Peel Away Ads ni, boleh la hubungi aku untuk dapatkan servis ni. Buat masa sekarang, aku offer servis PERCUMA je dulu. Jadi, sapa-sapa yang takde duit tu atau tengah sengkek dan ada keinginan untuk dapatkan fungsi peel ni di blog kesayangan korang, cepat sebelum terlambat yer. Mungkin dengan meletakkan fungsi peel ni di blog korang, boleh meningkatkan trafik blog korang kan.
Ok la. Setakat ni dulu….nak ambil anak dekat nursery plak.
Bye……