Wordless Wednesday #12

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Taylor University College di mana?

Pagi-pagi lagi aku jadi huru hara sikit sebab nak mencari lokasi AMBANK Branch di Taylor University College. Jenuh mencari sumber melalui perkhidmatan pakcik google dan juga bertanya kepada rakan-rakan. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga lokasi atas google maps. Tapi kalau atas muka bumi, kompom aku tak tau mana duduknya kolej ini.

Hari ini, aku ambil sedikit risiko. Daripada aku menggunakan kenderaan 4 tayar kepada 2 tayar. Harapnya tiada masalah sebab aku dah lama tak menunggang motor. Last aku bawak motor 2 tahun lepas. Hari ni memang tak boleh nak elak sebab takut sampai site lambat. Daripada aku tanggung risiko kena marah dengan bebudak safeguard, lebih baik aku ambil alternatif lain untuk sampai cepat ke destinasi. Lagipun bukan jauh sangat pun. Cuma sekangkang gajah je.

Barulah aku tau rupanya Taylor University College ni terletak berhampiran dengan Sunway Pyramid. Aku datang dari Bandar Puchong Jaya menghala ke Tol Sunway, kolej ini berada di sebelah kanan Lebuhraya Damansara Puchong. Kalau bawak kereta, kena buat pusingan U di bawah jambatan persimpangan ke Sunway Pyramid. Tapi pusingan U tersebut ditutup untuk sementara waktu. Jadi aku buat pusingan u sendiri di persimpangan atas jambatan nak menghala ke Kelana Jaya. Alaaaaa… Jambatan yang nampak seperti Jambatan Pulau Pinang tu. Kalau ikutkan, dekat jambatan tu tidak boleh buat U-Turn. Tapi disebabkan polis trafik yang jaga dekat situ baik hati, dia beri laluan pada aku untuk buat u-turn. Selepas u-turn, aku sentiasa fokus kepada signboard Taylor University College. Alhamdulillah, berkat kesabaran mencari, akhirnya berjumpa juga destinasi yang dituju. Nasib baik wajah kelibat bebudak safeguard belum muncul.

Aku tak sempat nak buat road tour dalam university swasta ni. Tapi apa yang pasti, semua student dekat sini aku tengok pakai baju lawa-lawa. Mu.gkin diorang jahit baju sendiri kot. Nama kolej pun Taylor kan. Hahahaha. Apa yang sempat aku buat adalah hasil kerja tangan aku bukak semua benada yang ada dalam mesin ATM sebab nak masukkan perisian baru. Perisian yang mampu meruntun jiwa aku dan kawan-kawan seangkatan yang lain.

Sekarang ni, Ambank sedang buat projek besar-besaran terhadap semua mesin ATM dan CDM yang ada. Pada pelanggan yang membuat transaksi deposit wang atau pengeluaran wang, memang tak nampak apa-apa perubahan. Cuma kami selaku pengeluar mesin ATM sahaja yang lebih mengenali manikam. Perubahan besar-besaran ini merangkumi penggunaan perisian yang digunapakai untuk tujuan meningkatkan mutu serta kebolehupayaan mesin. Sengaja aku cuba cari ruang untuk involve dengan projek ni. Bukan sebab lain, cuma untuk tambah ilmu pengetahuan dalam bab-bab perisian ni. Rakan-rakan lain dah involve dari awal lagi. Menakutkan jugak dengar cerita. Ada yang sangkut dekat site berjam-jam lama sebab perisian yang dipasang tidak berjalan lancar. Terpaksa buat semula dari awal. Itu sudah memakan masa balik.

Alhamdulillah, hari ni nasib menyebelahi aku. Berjaya memasang perisian untuk Ambank dengan jayanya. Cuma masa yang tidak menyebelahi aku. Duduk di depan mesin selama 4 jam. Mungkin permulaan. Esok lusa kena capai target untuk selesaikan semua masalah pada mesin di bawah 3 jam. Harap target aku berjaya.

Oklah. Masa untuk beradu. Esok nak merempit lagi. Lokasi di Subang Jaya pulak. Ariyossssss…..

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Tahniah atas kejayaan Kelantan dan Zulfahmi Khairuddin

Minggu ni minggu paling sibuk buat segelintir rakyat Malaysia. Mana tak nya, lepas mendapat berita yang pelumba MotorGP negara Zulfahmi Khairuddin berjaya merebut petak pertama dalam ujian masa di Litar Sepang, disebelah malamnya pulak, Kelantan berjaya menjulang trofi Piala Malaysia buat kali ke-3 berturut-turut. Jadi lautan merah di Stadium Putra Bukit Jalil semalam. Penuh dengan sorakan dan tutur bahasa pantai Timur. Aku memilih untuk menonton secara live di stadium Astro sahaja. Merata ceruk padang boleh pegi. Siap boleh tengok flashback lagi. hehehe

Aku tumpang bangga di atas kejayaan Kelantan walupun hakikatnya aku memang nak tengok ATM julang Piala Malaysia kali ini. Pada aku final semalam adalah yang terbaik dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan. Kelantan menang bergaya, tetapi ATM kalah melawan. Itu yang aku nak tengok sebenarnya. Permainan bolasepak paling bergaya dalam sejarah. Harap ATM tidak putus asa dan teruskan perjuangan pada tahun hadapan. Paling aku tak boleh lupa dengan kata-kata V.Sathianathan “Walaupun kami mempunyai kuda tua, Tapi masih mampu bertahan sampai ke akhir minit permainan tanpa jatuh akibat kejang otot”. hehehehe

Susulan dari kemenangan Kelantan, Zulfahmi Khairuddin tidak ketinggalan untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan permotoran antarabangsa. Memang litar Sepang dia yang punya. Bergaya dan nampak yakin di setiap lap. Waktu ni pun aku tengok di Stadium Astro juga. Mana-mana ceruk boleh pergi. Di tepi Zulfahmi, di sebelah awek litar, bebas bergerak walau kemana jua. Tahniah diucapkan kepada Zulfahmi Khairuddin atas kejayaan anda semalam menduduki tempat ke-2 MotoGP di Litar Sepang. Walaupun dipintas pada lap terakhir, jadikan ia sebagai pengajaran. Kami rakyat Malaysia tumpang bangga atas kejayaan anda semalam.

Kepada rakan-rakan yang nak ikut perkembangan Zulfahmi Khairudin pelumba MotoGP negara, boleh ikuti di Facebook Pages beliau dengan klik gambar di bawah. Aku dah pun like 5 hari yang lepas.

Memang bertuah sunguh warna merah minggu ni kan. Kelantan warna merah, Zulfahmi punya overall pun merah…. Cuma merah pada pasukan The Gunners je yang langsung tak menyerlah. Kalah kepada warna kuning. adoyaiiiiii…..

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Merapu meraban tahap dewa di petang Khamis

Semalam petang, selepas sahaja ambil anak dari rumah pengasuh, aku terus berdesup ke Presint 15, jumpa kawan. Dia ni berketurunan India. Umur sudah 49 tahun. Aku kenal dia semenjak aku bekerja dengan majikan aku sekarang. Kerja dia hari-hari hantar barang spare part mesin. Kalau aku tengah troubleshoot mesin dan ada barang yang rosak, pada mamat ni la aku minta tolong order dan hantar barang.

Kebetulan semalam dia dalam perjalanan balik dari Salak Tinggi menuju ke Taman Equine Park, jadi singgah kejap jumpa aku sebab ada nak bagi barang pada aku. Singgah minum di mamak Presint 15 tu. Sembang kosong kedai kopi dan tiada perkara penting yang dibualkan. Sedang aku sembang pada dia, dia ada buka topik yang dia sudah pindah rumah dan mahu cari orang untuk pasang piring Astro. Aku bagi cadangan boleh buat sendiri dan tak perlu upah. Tengok sahaja jiran tetangga yang pasang Astro. Piring Astro rumah jiran hala ke mana. Kalau nak senang cari la kompas kiblat. Dia jadi pelik. Kenapa mau guna kompas kiblat. Sebabnya semua piring Astro di seluruh pelusuk tanah air Malaysia ini semuanya tuju ke arah Ka’abah sebab Ka’abah itu pusat bumi. Balas aku. Dia semacam bertambah pelik.

Sumber gambar dari alkurawi.blogspot.com

Dalam pada dia bercerita panjang, dia cuba tukar topik. Aku cuba jadi pendengar setia. Dia ada bagitau yang Piramid Giza di Mesir tu katanya bermula dari matahari terbit sehingga terbenam, Piramid itu takkan ada bayang-bayang. Ishhh… aku terkejut. Dari mana cerita dia dapat aku tak tau. Dalam masa yang sama aku cuba bukak google cari sumber tentang piramid tiada bayang di internet. Satu pun takde cerita pasal benda ni. Banyak kali mamat ni ulang benda yang sama. Aku pun taknak pening kepala, terus aku cadangkan pada dia. Cuba halakan piring Astro di rumah dia ke arah kedudukan piramid di Giza tu. Mana tau Astro dekat rumah dia boleh ada siaran. Terus aku 2 orang gelak besar sampai orang lain usha semacam. Anak-anak aku pun sama pelik.

Soalan aku: Betul ke Piramid di Giza tu tiada bayang-bayang? Sama dengan Taj Mahal takde bayang juge? Misteri pada kotak pemikiran aku nih?

Merapu meraban betul petang semalam……

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Jawatan Kosong di Wincor Nixdorf (M) Sdn. Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Aku ada terima email dari pihak pengurusan syarikat minggu lepas. Syarikat yang aku kerja sekarang ni nak buka peluang jawatan kosong kepada mana-mana yang berminat dan berkelayakan. Ada 4 jawatan kosong yang dibuka sekarang nih. Jadi sesiapa yang berminat dan memenuhi kriteria seperti yang dikehendaki, bolehlah PM aku dekat pages FB.

JOB VACANCIES AT WINCOR NIXDORF (M) SDN. BHD

1) Position: Field Service Engineer/Technician

Base in: Kuala Lumpur/Selangor/Kuching/Bintulu/Kota Kinabalu/Johor Baru/Seremban/Kuantan/Butterworth/Ipoh

Responsibilities: Perform corrective, preventive maintenance, installation & commissioning, troubleshooting of self-service banking

Qualifications: Degree/Diploma/Cert in IT/Computer Science/Electrical/Mechanical Engineering

Fresh graduates will be considered

2) Position: Commercial Executive

Responsibilities: Order processing, preparation of purchase/delivery orders, invoices/billing using SAP. Verification of invoices and posting of incoming and outgoing stock. Liaising with shipping agents/freight forwarders on shipment clearance and deliveries.

Qualifications: Degree/Diploma Business Admin or equivalent (preferably with SAP knowledge). Experience in sales processing/shipment coordination

3) Position: Service Account Manager

Responsibilities: Ensuring successful rollout of projects within timeframe and Company’s service level is met. Monitoring of machines performance and working together with operations to resolve customers’ issues and attending progress meetings. To review performance reports and provide corrective actions to problems identified. To establish good customer relationship.

Qualifications: Degree/Diploma in Business Admin/IT and equivalent

4) Position: Service Engineer

Responsibilities: Managing day to day running of JDA Merchandise Management System (MMS)  and WinDSS or other systems as used by customers. Managing daily/monthly/yearly backups for JDA in respect of data entry, database maintenance and user access right determination to systems.

QualificationsDegree/Diploma Computer Science, IT with software skillset in JDA Merchandise Management System (MMS) and JDA Win/DSS

Tarikh tutup permohonan aku tak pasti. Kalau ada yang nak mencuba boleh berhubung dekat pages FB aku.

Ok lah. Time untuk mengadap mesin sudah tiba….. Wassalam

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Page 2 of 4312345Seterusnya102030SeterusnyaLast »