Assalamualaikum dan alam sejahtera….
Sudah lebih 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke bumi paling sejuk di Semenanjung Malaysia, alhamdulillah dengan keizinan dan kesempatan yang diberikan olehnya, SM sekeluarga sempat mencuri peluang yang ada untuk bercuti. Bukan percutian semata-mata tetapi atas urusan kerja yang perlu diselesaikan oleh isteri tercinta bersama-sama dengan rakan-rakan kerja beliau. Jadi, bila dah diberi peluang untuk buat kerja luar di tempat yang paling indah dan cantik dalam Malaysia ni, tak kasi can untuk gunakan peluang yang diberikan itu sepenuhnya. Satu keluarga ikut. Tambahan pulak, cuti tahunan masih lagi banya, SM terus apply cuti atas alasan urusan peribadi.
Kalau nak diikutkan, dari bumi Sungkai tu (kawasan kampung halaman SM) dengan Cameron Highland tidaklah jauh mana. Ambil masa dalam 45 minit je. Tapi itulah, bila dah duduk dekat, memang susah sangat dapat peluang untuk pergi. Ada sahaja kerja dan urusan yang menjadi penghalang. Bila dah duduk berkeluarga di Putrajaya ni, dapat sekali peluang nak merasa keadaan sejuk sampai ke tulang duduk atas tanah tinggi, terus sahaja bersetuju untuk ikut perancangan isteri. hehehe
Bercuti di Cameron taklah lama, cuma 3 hari 2 malam jer. Masa banyak dihabiskan untuk selesaikan urusan kerja isteri. Bila telah selesai kerja, baru la curi peluang pulak untuk berjalan-jalan sakan. Tempat yang menjadi persinggahan adalah di kawasan ladang teh. Di situ sahajalah SM rasa tempat paling sesuai untuk berposing maut depan kamera sebagai kenang-kenangan.
Bila pergi tempat-tempat menarik macam ni, yang paling menghiburkan hati adalah bila melihat gelagat anak-anak yang baru nak pandai untuk menilai dan melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan ini. Baru tau sebenarnya erti sejuk dalam diri mereka sehinggakan bila mereka ini nak tidur, mencari stokin dan pakaikan sendiri sebab tak tahan dengan cuaca sejuk di waktu malam. Tambahan pulak, waktu kami di sana, cuaca hujan sentiasa membasahi bumi.
Nak ke Cameron Highland sekarang ni tak sesusah seperti masa zaman SM kanak-kanak lagi. Jalan macam ilar kena pukul. Sekarang ni dah kuranglah sikit sebab dah ada alternatif lain untuk sampai ke sini. Boleh datang dari Tapah atau yang datang dari arah utara, boleh masuk melalui Simpang Pulai terus ke Cameron Highland. Kalau yang rasa cepat mabuk sebab tak boleh tahan dengan keadaan jalanraya yang bengkang bengkok, apakata cuba guna jalan melalui Simpang Pulai. Jalanraya dah besar dan lebih selesa.
Setiap kali pergi bercuti, benda yang membantu untuk mengembalikan memori lama adalah camera. Kalau nak pergi kemana-mana pun, camera sahajalah menjadi teman untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Nasib baik bawak camera untuk rakam saat-saat kegembiraan bersama. Disebabkan SM dan isteri adalah orang yang paling besar dalam keluarga, terpaksalah minta tolong orang yang lalu lalang disitu untuk mabil gambar kami. Nak mintak tolong anak yang ambil, takut bukan ambil gambar kami berdua tetapi gambar lain pulak yang keluar.
Isteri bagitau dalam nada mengeluh: lepas ni rasa serik nak datang sebab tak tahan dengan cuaca sejuk sampai sakit kepala dan rasa sengal-sengal tulang. Kesian…kesian…kesian…(tiru cara Ipin cakap)






