Jualan amal, derma amal dan si gadis manis
sebab skop kawasan kerja aku hanyalah di sekitar kawasan Putrajaya. dan Cyberjaya sahaja. Di sebelah pagi, ada temujanji di Bank Islam cawangan Putrajaya dan di sebelah petang aku ke Bank Muamalat Putrajaya. Lokasi adalah di Presint 15 berhadapan Pasaraya Mydin. Cuba selesaikan masalah mesin ATM yang tidak boleh online untuk buat transaksi. Nasib kurang baik hari ni. Kena install semula software dek kerana harddisk yang dah rosak. Sambil tunggu dispatch sampai untuk hantar barang, aku duduk minum di kedsi mamak berhampiran. Nak basahkan tekak ni dulu.
Sedang sedap melayan air kopi O suam, aku didatangi seorang gadis. Berdiri berhadapan dengan aku. Lemah lembut memberi salam. Pada fikiran aku waktu itu, memang sesuai gadis ini untuk dijadikan calon isteri. Tapi itu first impression. Belum kenal lebih dalam lagi. Dia terangkan pada aku yang dia ada buat jualan amal untuk kutipan anak-anak yatim. Ok aku faham. Aku tanya panjang lebar apa barang yang dia jual. Produk minuman berasaskan kurma dan madu lebah. Bagus produk ini. Tapi itu bukan motif aku sebenarnya. Tanpa fikir panjang, aku keluarkan wallet dan berikan wang kepada si cantik manis ni sebagai derma. Si gadis manis ni memberi salam dan berlalu pergi.
Dia menyapa seorang kelaki yang duduk betul-betul disebelah tempat duduk aku. Sama seperti aku tadi, si gadis manis ini memberi salam dan menerangkan kepada lelaki itu. Lelaki itu diam sahaja tanpa berkata apa-apa. Habis sahaja si gadis manis itu bercakap, lelaki itu umpama menolak apa ylelakiajg diterangkan oleh si gadis manis. Si gadis manis tidak berputus asa. Dia cuba juga pujuk untuk minta derma dari lelaki tu. “Kalau abang taknak beli produk ni, takpe lah. Abang taknak buat derma ikhlas ke untuk anak-anak yatim”. Tanya si gadis manis. Lelaki tadi tetap dengan cara dia. Disuruh si gadis manis pergi dari meja yang dia duduk. Nampak seperti lelaki itu tidak mahu diganggu. Si gadis manis tetap tidak berganjak dari meja lelaki tu. Dipujuk lagi lelaki tu. Berubah terus muka lelaki tu. Nampak seperti tak selesa bercampur marah. Lelaki itu tinggikan suara dan suruh juga sigadis manis itu pergi. Kali ini si gadis manis itu baru berganjak dari meja lelaki itu.
Sebenarnya, aku tak kisah sangat kalau ada seseorang datang mahu minta derma. Tapi mintalah derma dengan cara yang betul dan berhemah. Tidak perlu nak memaksa orang untuk menderma. Bila nak menderma kena dengan hati yang ikhlas. Kalau nampak macam tak nak menghulurkan derma, ucap terima kasih dan berlalu pergi. Jangan ditunggu sampai orang tu nak keluar duit. Mesti dalam hati akan kata seolah-olah memaksa.
Selepas aku tengok keadaan tu, sengaja aku duduk lama sikit memerhatikan gelagat si gadis manis ni di kedai mamak. Dia pusing seluruh kedai mamak ni kutip derma. Aku rasa dekat situ sahaja mungkin dah boleh dapat lebih dari RM100. Caranya tetap sama. Samapi orang tu keluar duit, baru si gadis manis ini berlalu pergi. Aku tak tau dari rumah anak yatim mana si gadis manis ni wakilkan untuk kutip derma.
Huh, cukuplah tu. Tak nak syak wasangka lebih-lebih. Takut nanti jadi fitnah plak. Semoga si gadis manis dikurniakan rahmat dari Allah S.W.T dalam membantu rakan-rakan di rumah anak yatim yang beliau wakilkan. Amin….
Kongsikan post ini bersama rakan anda
Apabila bukan pakar yang menjawab soalan
Tadi petang, aku terkejut dengan satu komen yang ditinggalkan pada entri lama tentang pusat perubatan Islam Darusshifa. Boleh baca lebih lanjut disini. Soalan yang ditinggalkan sempat aku tukarkan kepada format gambar untuk memudahkan korang yang sedang menziarah blog ini berkongsi info bersama

Jawapan dari aku yang bukan pakar untuk soalan yang dikemukan oleh rakan ini:
Darusshifa merupakan pusat perubatan islam yang lebih kepada merawat dan menyembuh pesakit dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan dan bahan perantara adalah air. Dengan erti kata lain, pesakit yang mengalami masalah seperti diganggu makhluk halus, santau dan sebagainya adalah paling sesuai untuk mencuba mencari ikhtiar dengan rawatan ini.
Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika sekiranya anda mencari ikhtiar lain terlebih dahulu dengan mencuba rawatan-rawatan alternatif lain misalannya mencuba kaedah rawatan alternatif akupuntur ataupun kaedah rawatan fisioterapi. Kaedah rawatan akupuntur untuk menyembuh sakit tulang belakang pernah diceritakan oleh rakan saya tentang cara rawatan dan kaedah yang digunakan. Kalau ingin mencuba rawatan akupuntur ini, boleh hubungi beliau di akaun twitter @syafthegeek atau boleh layari blog ini untuk maklumat lebih lanjut.
Semoga jawapan yang aku kongsikan di sini dapat membantu anda untuk menyembuhkan penyakit yang anda alami sekarang ni. Semoga sifat sabar tidak pernah luntur dari hati anda dalam menempuh dugaan Allah S.W.T.
Sekiranya rakan-rakan ada jawapan lain yang mahu dikongsikan bersama di sini, boleh tinggalkan komen anda di ruangan yang disediakan. Manalah tau kalau jawapan yang ditinggalkan tu dapat membantu rakan kita ni.
Wallahu a’lam…….
Kongsikan post ini bersama rakan anda
Corat coret di Pagi Rabu
Seawal jam 7.30 pagi aku dah keluar menghantar Qaisara ke rumah pengasuh. Lebih awal dari kebiasaan sebab adik ipar minta tolong bawak kereta ke pusat servis proton di Puchong. Dalam pukul 8.15 pagi, aku keluar dari rumah. Jadi driver sambilan sebab adik ipar tak tau jalan. Jadi, kena guna GPS real time. Sedang aku drive kereta melalui bulatan besar di Putrajaya, tak semena-mena aku ternampak deretan konvoi kereta membawa bendera warna merah. Ingatkan nak meraikan kejayaan Pasukan Red Warrior menang menentang Felda United malam tadi dalam aksi suku Akhir Piala Malaysia. Aku senyum sahaja. Tapi bila semakin dekat, hati rasa lain macam sebab ada terselit jugak satu bendera parti politik. Rupanya bendera berlambang huruf “R” bermaksud Royalti. Tiba-tiba aku pelik. Sampai ke sini mereka berarak nak beritahu semua orang Putrajaya ni akan tuntutan royalti minyak. Rata-rata no plat kereta yang aku nampak semua dari negeri pantai timur. Kesian mereka ni. Datang dari jauh. Buat kerja Lillahi ta’ala. Itu pada aku. Pada pendapat orang lain aku tak tau le. Sengaja aku angkat tangan kepada ketua konvoi tu. Alhamdulillah, berbalas dengan senyuman panjang dan mengangkat tangan kepada aku semula.
Sampai sahaja di pusat servis proton Puchong, aku diarah oleh pengawal keselamatan untuk ke kaunter khidmat pelanggan. Si Hawa nak mintak tukar getah perangkap air pada pintu belakang. Katanya getah tu dah terkeluar. Pernah dibetulkan sebelum ini oleh juruteknik di pusat servis Proton berhadapan Jusco Taman Equine Park. Bertahan hanya sementara dan sekarang terkeluar semula getah tu. Jadi, di kaunter khidmat pelanggan tadi, Hawa cerita pada pegawai di kaunter. Ingatkan boleh terus buat temujanji dan terus tukar. Rupa-rupanya kena set temujanji lain. Alasannya temujanji untuk hari ini dah penuh. Jadi dapat temujanji pada 8hb Okt 2012 nanti. Aku pun sama terlupa nak tanya pada Hawa semalam dah buat temujanji atau pun tak. Muka Hawa dan masam mencuka sebab datang dari jauh tapi masalah kereta tak selesai. Sabo je la…..
Bila nak servis kereta di pusat servis, apa-apa hal pun kena telefon pusat servis dulu untuk buat temujanji. Periksa dengan pegawai khidmat pelanggan yang menjawab telefon bila tarikh yang sesuai untuk kita hantar kereta untuk pemeriksaan. Kalau tidak, jadi macam aku dan Hawa la hari ni. Datang sia-sia je dari jauh. Aku malas nak cakap banyak, ajak si Hawa minum dan bersarapan dulu dalam perjalanan balik. Biar sejuk sikit hati dia. huhuhu.
Jadi, pengajaran untuk aku hari ini, bertanya kepada orang yang dah ada pengalaman. Check betul-betul sebelum buat sebarang keputusan. Baru segala perancangan kita tu berjaya.
Pesan Dr. Izi Haji Ali “Renung-renungkan dan Selamat Beramal……”
Kongsikan post ini bersama rakan anda
Temasya Sukaneka Prasekolah
Hari ni, seawal jam 6.30 pagi, Aniq dah bangun. Tak perlu dikejutkan dari tidur untuk ke sekolah. Bersemangat dia untuk pergi ke sekolah hari ni. Katanya dia nak main sukan dan nak tunjuk pada aku dan isteri sukan yang dia masuk hari ni. Hehehe, seronok tengok gelagat anak kecil ini bila dapat pengalaman baru. Pengalaman bersukan bersama rakan-rakan di sekolah. Teringat pulak aku masa aku di tadika. Hehehehehe….
Semalam petang, aku dah bagitau awal-awal pada bos aku yang aku minta time off pagi ini. Tak lama, cuma 2 jam je semata-mata nak penuhi permintaan anak. Aku pegang kepada apa yang orang tua-tua pesan, walau sesibuk mana pun kita dengan kerjaya yang kita pegang, anak-anak jangan diabaikan. Aniq dah bagitau dekat aku banyak kali sejak 2 hari lepas, cikgu kelas jemput ibubapa datang ke sekolah tengok sukaneka. Balik dari sekolah, ayat yang sama keluar dari mulut dia, sebelum tido dia ulang kagi ayat tu, lepas dia mandi dia ulang lagi ayat yang sama. Mana taknya aku boleh lupa dengan reminder aku nih.
Zaman sekarang ni, ibubapa memang mementingkan pembelajaran anak-anak. Tambahan pulak, kerajaan dah bangunkan lebih banyak prasekolah seluruh Malaysia untuk beri pendedahan awal kepada kanak-kanak. Umur untuk mengikuti prasekolah dah diawalkan dari usia 6 tahun kepada usia 5 tahun. Alhamdulillah, Aniq dipermudahkan jalan untuk ke prasekolah seawal usia 5 tahun lagi. Kalau diikutkan, permohonan Aniq memang tidak lepas kerana kuota untuk murid usia 5 tahun dah penuh. Tetapi atas inisiatif isteri membuat rayuan kepada Pejabat Pelajaran Putrajaya, Aniq diterima masuk.
Tahun depan Giliran adik dia pulak Qaisara untuk ke prasekolah tapi tak berjaya sama seperti Aniq sebelum ni. Keputusan permohonan yang dikeluarkan oleh JPN Putrajaya beritahu Qaisara tidak berjaya menduduki prasekolah bagi sesi persekolahan tahun 2013. Aku dan isteri cuba mencari alternatif. Buat survey sikit di sekitar Putrajaya cari prasekolah swasta. Kalau nak masukkan Smart Reader, memang tak mampu lah. Alternatif aku adalah mencari senarai taska swasta yang menerima geran bantuan permulaan bagi membangunkan prasekolah swasta. Alhamdulillah, berjaya jumpa dan sekarang ni tengah kumpul testimoni dari ibu bapa dan rakan rakan. Harapnya, jodoh Qaisara untuk ke prasekolah swasta tahun hadapan bertemu jua.





