Lucas Podolski Di kritik Berth Vogts

Mungkin ramai yang masih lagi tak tahu yang aku ni adalah penyokong setia The Gunners. Jarang sekali aku update pasukan kegemaran aku ni dalam blog ini. Kalau aku nak dapat info pun, aku akan cuba terjah ke blog DenaiHati untuk tahu cerita terbaru tentang Team Arsenal. Mungkin ada kalangan fan Arsenal di Malaysia kecewa dengan pemergian Robin Van Persie ke MU. Pada aku, biarlah RVP cuba beralih angin mencari rentak baru. Aku percaya dengan strategi Arsene Wenger yang cuba membawa masuk pemain-pemain baru kedalam kesebelasan utama Arsenal.

Ada cerita terbaru yang dikaitkan dengan nama bintang ternama Arsenal. Lucas Podolski yang baru dibeli oleh Arsene Wenger menerima kritikan hebat dari bekas pengurus Jerman Berti Vogts kononnya cara permainan beliau masih lemah dan perlu banyak diperbaiki untuk perlawanan yang akan datang. Aku memetik sedikit ayat yang aku baca dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 26 September 2012 mukasurat 62 dalam ruangan SUKAN. Kritikan Berti Vogts berbunyi “Dia gemar berada bersama pemain pertahanan. Apabila dia kehilangan bola, dia harus kejar bagi mendapatkannya semula. Dia kurang kerjasama dengan rakan sepasukan dan sikap ini harus dikikis”.

 Banner

Aku hormati strategi yang di buat oleh Arsene Wenger dalam mengurus anak buah semenjak beliau mula menjadi pengurus Arsenal. Kehadirsn Podolski dalam Team Arsenal menjadi pengubat apabila RVP berpindah keluar. Aku percaya Podolski mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan dan latihan di bawah kendalian Arsene Wenger. Walaupun di katakan masih lemah, Podolski mampu menjaringkan 3 gol dalam perlawanan yang disertai. Pada aku, ini adalah satu kejayaan yang cukup memberangsangkan yang ditunjukkan oleh pemain warga Azerbaijan ini.

Biarlah sesiapa pun nak kritik diri anda, jangan ambil kritikan itu sebagai sesuatu yang negatif. Ambil ia sebagai perkara yang positif dan sebagai pembakar semangat untuk terus lebih maju di masa akan datang. Aku berharap agar Team Arsenal dapat mengekalkan kedudukan dalam EPL pada musim ini. Mungkin ada rezeki dan hasil dari kerjasama erat antara rakan sepasukan dapat membawa pulang piala liga untuk musim ini. Itu sudah cukup membanggakan buat Team Arsenal.

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Lukisan pertama 100% buatan tangan

Semalam, sewaktu menghantar Aniq ke prasekolah, dia ada cakap yang dia ada lukis something dan nak tunjukkan pada aku malam nanti. So aku tunggu hasil kerja tangan dia. Memang dari dia kecil lagi, isteri aku memang latih dia untuk melukis. Kalau pergi ke kedai, mesti dia akan serbu dahulu tempat hang menjual buku lukisan. Tak cukup dengan buku, kena la beli sekali pensel warna. Baru lengkap aktiviti mewarna.

Nak dijadikan cerita, tadi malam dia tunjukkan kepada aku dan isteri hasil kerja tangannya. Tak sangka juga bila tengok. Alhamdulillah, satu kemajuan yang dia dapat dalam usia 5 tahun ni. Aku dan isteri jadi pengkritik. Tanya segala tentang lukisan yang dihasilkan. Jawapan yang diberi memang tak disangka oleh pemikiran aku. “Abang lukis ikut hati, abang lukis kucing sebab dekat rumah kita ada kucing suka duduk depan rumah. Abang lukis pokok sebab depan rumah kita ada pokok.” jawapan yang memberangsangkan.

image

Aku rasa bangga juga dengan kemajuan yang anak aku tunjukkan melalui didikan dari prasekolah. Seawal umur 5 tahun sudah boleh pandai melukis. Kalau nak dibezakan waktu aku dulu masa kecil, waktu umur ini, apa yang aku tau, conteng-conteng je. Yang jadi mangsa adalah dinding bilik tidur aku di kampung. Hehehehe. Cuma yang aku rasa risau sedikit adalah kebolehan Aniq untuk mengeja. Pada aku masih lagi kurang memuaskan. Sebabnya, kawan-kawan dia dalam kelas yang sama sudah boleh mengeja. Nak salahkan guru di prasekolah 100% tak boleh juga. Mungkin diabperlukan masa untuk faham akan pembelajaran yang dia terima seawal umur ini.

Kadang-kadang aku sengaja cuba nak uji ilmu yang dia dapat dari aktiviti prasekolah. Pernah aku suruh dia tulis huruf atas kertas. Huruf tu aku yang sebut. Memang tidak menghampakan. Nombor 1 sampai 9 menang takde masalah. Bila cuba masuk tajuk mengeja, dia mula nampak macam keliru. Keliru dengan cara untuk sebut dan keluarkan bunyi. Takpelah, take time Aniq. Mula tahun depan, kena tingkat setapak lagi. Cuba kuasai mengeja pulak. Aku taknak paksa dia masa ni.

image

Cuba korang teka apa yang Aniq lukis pada kulit buku tu? Aku pun tak pasti. Sebelum ni cikgu dia ada ajar tentang warna lampu isyarat. Pandai dia sebut erti setiap 3 warna tu dengan jayanya. Siap buat gaya sekali. Hehehehe. Kalah gaya upin dan ipin dalam kelas bila sebut SELAMAT PAGI CIKGU.

Tahun depan, macam nak cuba cari alternatif lain untuk Aniq dan adik dia Qaisara. Nak survey tadika lain di kawasan sekitar Putrajaya ni. Nak cuba swasta punya cara pembelajaran pulak. Tapi ongkos nya kena ada sebab bila melibatkan swasta, sudah pasti yuran yang menjadi topik utama serta cara pembelajaran yang diberikan. Itu cuma sekadar cadangan . Baru dalam peringkat perbincangan dengan isteri lagi.

Oklah. Panggilan telefon sudah dapat dari office suruh standby untuk ke CIMB kajang. Time nak hujung-hujung bulan ni, site yang dapat pun jauh-jauh. Petrol kad pun dah tinggal 33 sen je. Huhuhu. Ok challo dulu. Bye

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Wordless Wednesday #10

image

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Alhamdulillah…. Selamat pergi dengan aman

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Sedar tak sedar, sudah masuk hari ke-5 abah pergi. Cepat sungguh masa berlalu pergi. Terima kasih aku ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang Anak Ulu Cheka, Nurmisnan, Kak Long Mawar Merah, Bro Jebeng, Hazmin Hamudin dan Hati Putera atas komen yang anda tinggalkan pada entri yang lepas. Untuk pengetahuan rakan-rakan, ayah kepada isteri aku sudah pergi buat selama-lamanya pada hari Isnin yang lepas tepat jam 12.30 pagi. Aku dan isteri tidak berkesempatan untuk berada di sisi arwah. Hanya 2 orang adik ipar yang dapat merasa saat-saat itu. Alhamdulillah, adik-adik sempat bisikkan dan ajar arwah mengucap 2 kalimah syahadah.

Aku dah lalui keadaan ini sebelum ini. Keadaan bilamana kedua-dua orang tua pergi meninggalkan kita. Rasa sebak tak tau nak kata. Dan sekarang keadaan ini dialami oleh isteri tercinta. Bersimpati dengan apa yang berlaku. Cuba tenangkan hati dan perasaan orang kita sayang. Tapi, aku dan isteri tidak perlu rasa bersalah kerana tidak berada di sisi ketika arwah pergi. Masa hari raya tempoh hari, kami anak beranak sempat berjumpa dengan arwah, bersembang, masakkan apa yang arwah inginkan. Waktu arwah terlantar di hospital, kami anak-anak sempat ziarah dan tengok keadaan beliau. Walapun keadaan beliau waktu itu antara sedar dan tidak, adik-adik cuba bercakap dan perkenalkan diri.

Urusan jenazah abah berjalan lancar. Tidak ada sebarang halangan. Kami anak-anak bersetuju agar jenazah abah diselesaikan di hospital. Dimandikan, dikapankan semuanya diuruskan di hospital. Cuma tinggal bawa jenazah pulang ke rumah untuk kali terakhir dan untuk tatapan adik-adik yang lain yang tidak berkesempatan untuk jengok abah di hospital sebelum ini. Alhamdulillah, jenazah abah selamat dikebumikan tepat jam 12.30 tengah hari.

Mak mertua aku memang dari awal abah meninggal, air mata adalah peneman untuk sementara. Manakan tidak, orang yang paling disayangi pergi meninggalkannya. Sudah tentu tidak dapat menahan sedih dan pilu di hati. Nak bercakap dengan anak-anak pun tak mampu. Hanya menggunakan isyarat tangan kalau hendakkan sesuatu. Isteri cuma mampu memberi nasihat kepada mak supaya redha dengan takdir Allah.

Aku doakan semoga roh kedua orang tuaku dan juga roh mertuakan selamat dan tenang di sana. Kami sebagai anak akan sentiasa mendoakan agar Allahyarham Mansor bin Mahad, Allahyarhamah Halijah binti Yeop dan juga Allahyarham Sa’adun bin Haji Mokhtar aman dan selamat di sana.

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Darul Shifa Batu Pahat untuk kali kedua

Ketika entri ini ditulis, aku baru sahaja selesai ziarah bapa mertua. Tiba masa dan ketika abah uzur dek kerana kesan kemalangan 2 tahun lepas. Kali ini, keadaannya makin bertambah teruk. Mungkin sebab abah terlalu kuat merokok menyebabkan sistem pertahanan badannya semakin merosot. Semenjak kemalangan 2 tahun lepas, abah dah tak boleh bekerja. Cuma mampu ambil upah membetulkan peralatan elktrik yang rosak hanya dari rumah. Tiba masa untuk hantar barang yang dah dibaiki, adik-adik ipar yang tolong hantarkan. Nasib baik dengan keadaan abah sekarang ni, dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Adik-adik yang bersekolah pun dapat biasiswa. Kurang sedikit beban mak untuk sekolahkan adik-adik.

Bila tengok keadaan abah terlantar di atas katil, aku cuba bertanya kepada doktor yang bertugas. Apa perkembangan kesihatan abah waktu ni. Terkejut juga hati bilamana doktor beritahu yang keadaan kesihatan abah semakin merosot. Manakan tidak, dengan wire berselirat pada badan dan hanya bergantung pada mesin sokongan jantung. Badan dan mata dah bertukar kekuningan akibat hati abah yang dikatakan sudah dijangkiti kuman dan tidak dapat dipulihkan lagi. Senag kata 50/50. Mungkin akibat rokok.

Malam tadi, terdetik dihati untuk cuba ikhtiar dengan bantuan perubatan islam Darul Shifa Batu Pahat. Sebagai ikhtiar agar dapat bantu abah selesa dengan keadaannya sekarag ni. Mak mertua bagitau. Setiap malam semenjak masuk ke wad ICU, abah sentiasa meracau yang bukan-bukan. Apa yang diracaukan pun, tak faham sebab tak berapa jelas ayat yang keluar. Moga-moga denga bantuan air Darul Shifa, abah tenang sedikit dan alhamdulillah abah tak meracau lagi malam tadi.

Aku terbayangkan nanti bila keadaan aku dah berumur sebaya macam umur abah, bagaimana keadaan aku waktu itu. Keadaan aku bila dah terlantar di hospital. Nauzubillah hi minzalik. Minta dijauhkan dari keadaan itu. Aku bermohon agar abah dipermudahkan untuk pergi dengan aman dan tenang tanpa sebarang masalah.

Ok lah. Minta premisi dulu, doktot pakar nak jumpa aku dan isteri kejap lagi.

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Page 4 of 43« FirstPatah balik 23456Seterusnya102030SeterusnyaLast »