Kesopanan dan kesusilaan, itu yang kita mahukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,.

Aku rasa tak perlulah nak cerita panjang lebar tentang kes pijak gambar Perdana Menteri pada malam ambang kemerdekaan yang lepas. Dengar cerita, susoek yang dikatakan menunjukkan punggung di atas gambar pemimpin kita berjaya dibebaskan dengan ikat jamin. Aku bukan nak cerita bab politik dalam entri ni. Sebab aku pun tak berapa suka sangat dengan politik. Cuma apa yang aku nak sentuh adalah mana perginya pegangan kita sebagai warganegara Malaysia yang menjunjung tinggi rukun negara.

Semenjak dari sekolah rendah lagi, kita dah diajar, diasuh dan dididik dengan prinsip agar sayngkan tanahair. Setiap pagi, sebelum perhimpunan bermula, kita menyanyikan lagu NEGARAKU bersama-sama. Rukun negara sentiasa kita bawa kemana-mana sebab sentiasa dicetak pada kulit buku latihan. Tujuannya, supaya dibaca setiap hari. Aku bukan nak katakan yang rukun negara tu lagi penting dari rukun-rukun yang lain. Sebagai umat Islam, rukun islam dan rukun iman adalah pegangan seumur hidup semenjak dari kita lahir sehingga ke liang lahad. Rukun negara adalah pelengkap kepada kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tak kira agama, bangsa dan warna kulit.

Bila tengok sendiri gambar kes pijak gambar PM, tiba-tiba aku terfikir semula. Mana perginya rasa sopan, perasaan hormat budak nih. Dari planet mana dia ni lahir. Siapa mak dan ayah dia. Sekolah mana dia sebelum ni. Dari situ, kita boleh ukur sejauh mana ilmu dan tahap pemikiran dia. Terus terang aku katakan, aku memang marah dengan keadaan ni. Orang yang di dalam gambar tu bukan salah pun, jadi kenapa perlu di buat secara simbolik dengan memijak gambar beliau. Bukan setakat gambar PM sahaja, gambar orang lain kalau dipijak pun, kita akan marah, betul tak? Jadi, disebabkan perbuatan dia yang terlalu mengikut hati dan perasaan, balasan dah pun diterima. Moga dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman hidup

Kalau kita tengok cerita P.Ramlee, Do Re Mi, ada satu babak yang mana seorang lelaki jadi batu api. Gunakan kertas, direnyuk-renyuk dan diletak dihadapan P.Ramlee dan AR Tompel. Ayat dia yang masih aku ingat, “ini kepala bapak kau dan ini satu lagi kepala bapak kau. Kalau berani pijaklah.” Kalau hati tengah panas dan tak fikir orang lain, kompom pijak punyer lah. Bila dah dipijak kertas tu.. Yang seorang lagi kompom akan marah, betul tak. Jadi kalau dibandingkan dengan kes pijak gambar tu, apa perasaan orang lain yang tengok keadaan tu. Marah jugak kan. Jadi fikirkanlah.

Sekali lagi aku tegaskan, entri ini bukan menyebelahi mana-mana pihak. Cuma nak berkongsi rasa dengan rakan-rakan yang lain. Kalau nak share entri ini pada orang lain, silakan. Kita tengok komen yang paling banyak. Positif atau negatif. Kalau positif lebih banyak, maksudnya pemikirannya masih waras dan boleh berfikir rasional. Kalau komen negatif lagi banyak, maknanya, sistem pendidikan di negara kita sedang mengalami masalah besar dan perlu diperbetulkan dengan segera.

Oklah, nak pulang kerumah. Tinggalkan segala kekusutan di tengah jalan. Bye.

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Umpama berada di negara orang

Semalam petang, dah hampir-hampir jarum jam nak ke arah pukul 5 petang, tiba-tiba handset aku berdering. Aduh, malas betul aku nak angkat. Sebabnya office aku yang call. Kompom kerja aku belum habis lagi la nih. Bersambung untuk buat kerja lagi. Dari tadi jenuh menunggu berjam-jam, takde pulak kerja yang datang. Disebabkan kerja punyer pasal, kena la jawab telefon ni. Dah la telefon pun company punyer, kalau tak angkat, memang nak cari pasal la aku. Jawab je la telefon nih.

Office bagi maklumat dekat aku untuk selesaikan satu masalah dengan mesin ATM di Lim Kok Wing University, Cyberjaya, mesin ATM Ambank katanya. Fuhhhh, nasib baik dekat sahaja dengan rumah. Branch Officer dalam perjalanan ke sana tapi yang aku pulak dari Bangi. Appointment pukul 5.30 petang. Waktu aku terima panggilan ni dalam pukul 5.15. 15 minit sahaja masa yang aku ada untuk sampai ke Cyberjaya dari Bangi. Tak suka betul aku dengan keadaan kelam kabut nih. Serabut kepala otak. Nak meredah jammed lagi. Sabar je la di bulan yang mulia ni.

Berkat kesabaran aku, sampai la juga walaupun terlebih 5 minit. Bajet 5.30 petang kena terpacak tepi mesin ATM, aku pula baru terpacak dekat tepi mesin pukul 5.35 petang. Nasib baik Branch Officer Ambank Putrajaya belum sampai lagi. Safeguard Officer dah 5 minit awal sampai dari aku. Seperti biasa, berjabat tangan dahulu sebelum memulakan sesi menyembuhkan penyakit mesin ATM nih.

Sambil-sambil aku menunggu officer Ambank ni sampai, sempat jugak aku memerhatikan student-student Lim Kok Wing nih. Dari start aku menapak kaki masuk ke sini, aku macam rasa yang aku bukan ada dekat Malaysia. negara mana entah, aku pun tak tau. Semua student-student yang duduk melepak dekat plaza ni, bukan orang Malaysia. Macam-macam orang ada. Itu baru satu benda yang aku perhati. Penampilan dan pakaian diorang, huhhhhh, aku malas nak cerita panjang. Gambaran aku, kalau aku ada adik sekarang ni dan adik aku belajar dekat sini, kompom adik aku tak belajar kot. Leka dengan budaya dan cara hidup student-student dekat sini. Nasib baik aku takde adik.

Teringat aku masa zaman di universiti dulu. 12 tahun yang lepas. UPM serdang, lokasi aku mengaji sehingga mendapat segulung ijazah. Kelas berapa, biarlah rahsia. Waktu itu, UPM dalam proses penjenamaan semula. Logo UPM baru sahaja bertukar. Keadaan universiti pada waktu itu mula berubah. Etika pemakaian pada waktu itu, diperketatkan sedikit demi sedikit. Pada mulanya, student-student semuanya rasa macam dikongkong dengan etika pemakaian yang diperkenalkan. Rasa macam dikongkong. Tapi lama kelamaan, student semua ikut perintah universiti. Kena pakai seluar slack, baju berkolar, rambut kemas, dan yang paling penting, kad pelajar sentiasa digantung.

Kalau di Lim Kok Wing ni, apa yang aku nampak, benda-benda ni semua tidak dipraktikkan. Student-student bebas nak pakai apa sahaja pakaian ke kelas. Nak pakai sandle, selipar jepun, baju t-shirt, skirt pendek, pakai sahaja. Itu yang aku nampak. Yang aku tak nampak aku tak berani cerita. Takut jadi fitnah. Etika pemakaian yang di buat oleh pihak universiti bukan sahaja suka-suka nak menyusahkan pelajar tapi nak membentuk pelajar agar lebih berdisiplin dan sentiasa berkeyakinan diri. Kalau dalam kelas, pelajar bebas memakai pakaian apa yang mereka suka tanpa ada pengawasan dari pihak universiti, macam mana nak belajar dan fokus pada apa yang diajar. Manakan tidak, yang lelaki mesti sibuk melihat pelajar perempuan seksi dalam kelas dan si pelajar perempuan sibuk mencari pelajar lelaki badan ketul-ketul. So, macam mana nak fokus. Betul tak?

Aku buat entri ni bukan sebab marah, tapi sebab aku terkejut dengan keadaan dan suasana di sini. Memang betul-betul terkejut tapi belum sampai tahap terkejut beruk lagi. Kalau aku sendiri boleh rasa umpama berada di negara asing, inikan pulak orang lain yang pernah datang berurusan di sini.

Oklah, cukup setakat tu. Taknak cerita panjang takut melalut entah ke mana nanti.

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Ebay oh ebay

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55. Rasanya tahun ini, nampak macam kurang meriah sikit berbanding sambutan hari kemerdekaan pada tahun-tahun yang lepas. Perbarisan masih lagi sinonom dan tetap diadakan. Cuma yang aku rasa paling menjengkelkan adalah perhimpunan janji ditepati di stadium nasional Bukit Jalil. Aku tak nak komen lebih-lebih. Nanti kena ban plak blog aku nih.

Berbalik pada entri ni, sebenarnya aku baru sahaja setup satu akaun ebay. Hehehehe. Cuba nak berjinak-jinak untuk berurusniaga secara online dan juga global. Apa barang yang aku nak jual masih lagi dalam proses kajian. Nak menjual barang yang menjadi hot item di ebay bukan senang. Kena buat banyak benda. Jadi skill tu kena la ada juga sikit-sikit. Kalau korang tak tau ebay tu apa, boleh la google dulu atau cari di wikipedia.

Sebagai penjual dan pembeli di ebay, elemen penting yang perlu ada adalah akaun paypal dan juga kad kredit/debit. Nak buat satu akaun paypal taklah sesudah dulu. Janji kena ada debit kad. Sekarang ni, semua bank di Malaysia ni dah ada debit kad. Apply sahaja. Kalah nak senang dan cepat, kad debit Maybank. Lepas dapat, isi sahaja dalam akaun paypal. Mudah kan. Aku pilih kad debit Public Bank sebagai medium dalam berurusan di paypal. Dah lama dah aku apply. Dah ada la rekod transaksi dalam akaun paypal aku ni tahun lepas. Cuma rekod transaksi dengan ebay ni masih lagi suci bersih. Sebab tak tau lagi selok belok nak berniaga di ebay.

Dalam awal bulan puasa hari tu, aku ada beli satu produk digital di sebuah forum. Produk yang menceritakan selok belok berniaga di ebay. Lama juga aku ambil masa untuk faham. Alhamdulillah, selepas raya ni terbuka pintu hati ni untuk cuba menceburkan diri dalam ebay ni. Cuma menunggu masa untuk first listing produk aku dalam ebay. Insyaallah, blog aku ni akan sentiasa update tentang segala-galanya berkenaan urusniaga di ebay yang aku jalankan.

Oklah, aku nak pergi cari barang jap dekat China. Orang kata barang dekat China ni murah-murah. Kena buat survey dulu sebelum beli. Kalau dapat harga murah dan barang tu pulak hot item, boleh la buat first listing.

Oklah. Jumpa lagi

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Mandikan sayangku

image

Selesai sudah berjalan-jalan menziarahi saudara mara dan sahabat handai yang terdekat, tiba masa pulak nak membelek-belek sayang aku. Manalah tau kot-kot ada minyak uang terkurang. Kena la tambah. Nanti takut pulak dia bermasalah nanti. Semuanya dalam keadaan baik. Satu sahaja yang bermasalah sebab tak dimandikan. Jadi, ada masa sedikit tengah hari ni dan sebelum nergerak semula balik ke kampung, mandikan dulu sayangku ni dulu.

Musim perayaan begini, keadaan kenderaan kita sentiasa bergerak ke sana ke mari. Nak cuci pun tak sempat. Jadi, biarkan dulu dia bermaon dengan lumpur sepuas puasnya, barulah di basuh dengan rapi. Pilihan aku, hantar sahaja kereta ke carwash sebab tiada masa. Nak kata malas pun betul juga. Hehehehe

Oklah. Hati dah tak tenang nih. Nak balik kampung semula. Esok awal-awal pagi nak memandu semula balik ke KL bersama isteri dan anak-anak. Mintak-mintak jalan tak sesak.

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Hati kena kuat

image

Kebetulan aku sekarang sedang menunggu alat ganti dari logistik di Petaling Jaya. Perkara paling aku tak suka tambahan pulak dalam bulan puasa begini. Kalau menunggu kejap, tak kisah. Tapi kena tunggu dalam sejam, baru muka dispatch terpacul depan muka. Boring memang tak terkata. Kena pulak hari ni duduk menunggu dalam kedai mesra petronas. Lagi la dugaan. Bermacam-macam dugaan yang datang. Dudk pulak dekat tepi peti ais yang penuh dengan air oren. Lagi la menduga iman. Hehehehe

Tahan Sobri. . . . Tahan. Dah pukul 4 dah ni. Selalu aku tak kisah kalau tengok dugaan macam ni. Tapi hari ni lain. Sebabnya aku makan sikit dan kurang minum air waktu bersahur. Selalu lepas bersahur, aku lebihkan minum air masak. Kompom waktu tengah hari, boleh lari padang bola 3 pusingan. Hehehe

Itulah dia salah satu dugaan dalam bulan ramadhan. Yamg aku nampak cuma sikit je. Ada banyak lagi dugaan besar-besar dalam bulan ramadhan ni. Kalau negara macam syria dengan afrika, tak tau la macam mana diorang harungi bulan ramadhan tahun ni. Jadi bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada. Janji amalan dan ibadah kita kepada yang maha esa jangan dilupakan.

Kongsikan post ini bersama rakan anda

Page 5 of 43« FirstPatah balik 34567Seterusnya102030SeterusnyaLast »