YYEESSSSSS!!!!!!! Aku akhirnya berjaya juga untuk dapatkan domain blog aku atas nama aku sendiri. Semalam beli melalui JomHosting.net dan hari ni dengan sepantas kilatnya aku terus update blog baru aku ni. Sebenarnya aku memang bercita-cita sangat nak adakan blog guna nama aku sendiri. Ini disebabkan aku teramat-amat jeles dengan kecantikan dan keanggunan dari blog syahirul.com, so bila bajet dah ada terus aku sambar terus domain dan jugak hosting.
Kalau nak diikutkan hati banyak benda yang aku nak tulis dan jugak share kat dalam blog nih. Tapi memandangkan aku ni merupakan budak baru belajar tentang dunia blog, kena bersabar la skit. Tapi jangan risau, segala yang aku kongsikan kat dalam blog nih adalah cerita-cerita yang masih fresh dari ladang tentang pengalaman aku dan juga ilmu yang aku ada untuk aku kongsikan bersama dengan korang. Bertepatan dengan tujuan blog ini iaitu aku nak wujudkan satu kepercayaan dari korang tentang membina ‘kredibiliti’ di dalam dunia maya. Bukan senang untuk menjadi seorang blogger yang profesional. Kena ada ilmu dan juga pengalaman.
Ok la. Ini cuma first post aku kat blog ni. Aku harap korang jangan la malu-malu untuk singgah kat sini. Sekadar menziarah rumah aku walaupun aku ngan korang memang saling tak pernah kenal mengenali. wahahahaha…..
ok. aku calous dulu……..arious



