SDAR Phantom Johan Hoki SBP Zon Negeri Sembilan 2024

SDAR Phanthom

Assalamualaikum.

Saya mulakan posting pertama blog ini dengan ucapan tahniah kepada team hoki SDAR Phanthom kerana menjadi Johan kumpulan di Pertandingan Hoki SBP peringkat Zon Negeri Sembilan.

Selama setahun saya cuba membantu pihak sekolah untuk membangunkan pasukan hoki ini. Ianya mengambil kira dari pengalaman 2 tahun yang lalu yang mana Sekolah Dato' Abdul Razak merangkul Naib Johan sebanyak 2 kali berturut-turut di kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh peringkat Kebangsaan.

Sewaktu kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Ipoh pada tahun 2022, SDAR Phantom merangkul Naib Johan apabila tewas 1 - 3 kepada pasukan hoki dari STAR.

Ya.

Waktu itu, SDAR Phantom turun sebagai pasukan underdog yang hanya mahu bermain sehabis baik dan dapat bersaing sihat dengan team hoki sekolah SBP lain. Namun begitu, Naib Johan adalah rezeki yang tidak disangka-sangka buat kami.

Tahun 2023 pula, mentaliti team hoki SDAR tinggi sikit. Nak layak ke final dan dapat bermain dengan pihak lawan dengan jurang perbezaan gol yang sikit. Tak sangka pula, lawan kami adalah dari pasukan STAR yang pernah tewaskan kami sebelum ini.

Nasib belum menyebelahi kami. SDAR Phantom tewas 1 - 0 kepada sekolah STAR. Namun begitu, kami bangga sebab tewas dengan perbezaan hanya 1 gol bolos.

Tahun 2024 ini, Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh peringkat Kebangsaan akan berlangsung di Kuantan, Pahang. 

Saya bersama team jurulatih telah tanamkan 'mindset' team hoki SDAR Phantom ini agar layak ke final. Dalam masa yang sama, ingatkan pasukan agar jangan terlalu 'confident' sewaktu berada di dalam padang serta kekalkan cara dan gaya permainan bersahaja.



Ini adalah gambar selepas team hoki SDAR Phantom menerima hadiah selepas sesi penyampaian hadiah. Buat pengetahuan kalian, team jurulatih pasukan hoki SDAR Phantom adalah seramai 3 orang iaitu:

  • Coach Hussin - Ketua Jurulatih
  • Coach Ezzad - Penolong Ketua Jurulatih
  • En. Sobri - Jurulatih Kecergasan

Selain itu, kalangan ibu bapa juga telah mewujudkan organisasi yang dipanggil Kumpulan Sarana Ibu Bapa (KSIB) yang mana KSIB ini bertujuan untuk membantu sebagai kumpulan sokongan dalam apa jua aktiviti yang dirancang seperti sesi latihan luar, tempahan padang, pendanaan dan perkara yang berkaitan.



Ini adalah sesi bergambar bersama ibu bapa, guru pengiring, guru penyelaras hoki serta semua ibu bapa yang hadir memberi sokongan sewaktu kejohanan berlangsung.




Tahniah kepada anakanda Qasree selaku penjaring gol terbanyak kejohanan dan anakanda Iskandar selaku pemain terbaik kejohanan. Teruskan kecemerlangan kalian di kejohanan hoki SBP peringkat Kebangsaan di Kuantan nanti.



Kedudukan mata terkumpul yang diperolehi oleh pasukan hoki SDAR Phantom setelah 3 perlawanan. Alhamdulillah, SDAR Phantom mengumpul mata penuh menang semua perlawanan.

Semoga terus cemerlang dan memperolehi Johan di Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Kuantan pada bulan Julai nanti. Harapan saya dan team jurulatih agar kalian bermain lebih profesional dan kekalkan semangat juang melawan hingga ke wisel penamat.

Ada 3 kunci untuk berjaya sebagai sebuah pasukan. Pertama adalah disiplin. Kedua adalah kerjasama sesama rakan pasukan. Ketiga adalah sentiasa menepati masa. Jaga 3 kunci ini dan insyaallah, kejayaan itu menjadi milik kita. 





 

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

REAL Me

realme [CPS] IN

Bisnes Fotografi

Borang Maklumat Hubungan