Voge FR150 Formica Rossa | Pencabar baru Super Moped Malaysia

Voge Brand Logo

Saya tak berkesempatan untuk turun ke pameran Autoshow Malaysia 2024 di MAEPS, Serdang.

Ada banyak program yang bertindan dengan tarikh pameran autoshow ini.

Iyer la.

22 May hingga 26 May 2024 ini adalah waktu cuti sekolah. Jadi, faham-faham sahajalah program cuti sekolah ini kan?

Lagipun, anak sulung saya si Kicap nak SPM.

Jadinya, sebagai bapa mithali kenalah beri perhatian lebih ke dia dulu untuk sentiasa fokus dengan SPM tahun ini.

Caihhhh. Bapa Mithali konon.

Hahaha.

Ok.

Berbalik kepada topik posting kali ini.

Apabila pameran autoshow Malaysia dah pun berlangsung. Akan ada beberapa model motosikal baru yang bakal dikeluarkan dan dijual di pasaran Malaysia.

Seperti biasa.

Makhluk Tuhan yang bergelar lelaki dan mempunyai hobi serta minat dengan dunia permotoran pasti tertunggu-tunggu model motosikal terbaru yang bakal keluar nanti.

Walaupun tak berkesempatan untuk datang sendiri melihat depan mata, carilah info-info di Youtube dan Tiktok.

Usha jenama serta model motosikal baru Malaysia yang saya kategorikan sebagai rare.

Ini yang saya jumpa dan model motosikal ini telah mendapat perhatian terutamanya para motovlogger Malaysia yang hadir ke pameran ini.

Mesti korang pun terkejut dengan penampilan awal jenama motosikal ini kan?

Ok. Jom kita sama-sama telusuri jenama baru model moped yang bakal menggegarkan pasaran variasi kapcai Malaysia ni.

Voge FR150 Heat Red


Voge Formica Rossa 150


Ok.

Inilah model kapcai yang dimaksudkan.

Motosikal jenama Voge FR150.

Ya. singkatan FR bermaksud Formica Rossa.

Jika diterjemahkan maksud Formica Rossa ini dari bahasa Itali, ianya membawa erti Semut Merah.

Formica = Semut

Rossa = Merah.

Jenama Voge adalah anak syarikat kepada Loncin Motor Company Limited dari China.

Dengan erti kata lain, jenama Voge ini adalah produk brand China jugalah.

Namun, syarikat pengeluar motosikal terkenal iaitu Mforce Bike Holding Sdn. Bhd telah membawa jenama Voge ini ke dalam pasaran Malaysia dengan memperkenalkan model FR150 ini.

Sekali pandang. Ianya adalah hasil perkahwinan 2 jenama motosikal iaitu Honda RS150 dan Yamaha Y16.

Honda RS150 kahwin dengan Yamaha Y16. Dapat anak Voge FR150. Cuba korang bayangkan.

Hahaha.

Memang itu kepakaran pembuat motosikal dari China. Ambil pattern sana sikit, ambil pattern sini sikit.

Gabungkan.

Terus jadi sebiji model yang nampak wow dan bakal jadi pesaing kuat jenama Jepun ni.

Dari segi spesifikasi model FR150 ini, hampir sama jer dengan Honda RS150.

Kapasiti enjin Voge FR150 dengan 1 silinder 149.6 cc, 4 injap dengan 6 tingkat mode kelajuan.

Lengkap dengan sistem brek ABS depan dan belakang, sistem tanpa kunci (keyless) serta menggunakan sistem slipper clutch.


Tangki bahan api boleh tahan besar iaitu 5.8 liter. Lagi besar dari motosikal Honda RS-X (4.5L), Yamaha Y15ZR (4.2L), Yamaha Y16ZR (5.4L) dan Suzuki Raider R150 (4L lol).

Padu bak hang.

Namun tidak boleh dibandingkan dengan tangki SYM VF3i yang mana tangki bahan api adalah bersaiz 7 liter.

Padu bak hang.

Voge FR150 LCD meter

Panel meter pula adalah 100% menggunakan LCD panel meter.

Dah kata kacukan RS150 kan.

Voge FR150 Keyless

Voge FR150 tidak mahu ketinggalan untuk menggunakan sistem tanpa kunci (keyless) yang lebih mudah untuk dikendalikan oleh pengguna.

Ada banyak lagi ciri-ciri menarik yang ada pada model Voge FR150 ini. Nak tahu lebih pasal Semut Merah ini, kenalah pergi ke kedai untuk lihat lebih dekat.

Tapi sebelum itu, mesti korang nak tahu harga si semut merah ini kan?

Mengikut kenyataan dari pihak Mforce, harga pasaran untuk model ini adalah bermula dari RM8,888.00.

Harga tidak termasuk cukai dan insuran. Tapi kalau dicongak, dikira dengan sepuluh jari yang ada.

Harga masih dibawah RM9,500.00.

Bergantung kepada permintaan pasaran. Ambil konsep supply n demand.

Sikit permintaan, maka murahlah harganya. Kalau permintaan macam goreng pisang panas, kompomlah harga melambung.

Tak gitu.

Ada 3 variasi warna iaitu Canary Yellow, Heat Red, and Bold Blue. Saya sertakan gambar dibawah.






Voge FR150 Canary Yellow





Voge FR150 Blod Blue




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

REAL Me

realme [CPS] IN

Bisnes Fotografi

Borang Maklumat Hubungan