3 kritikan membina Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2024

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2024

Muqaddimah


Sebelum saya ulas berkenaan kualiti penganjuran Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan bagi tahun 2024 ini, saya mohon agar korang berlapang dada dengan kritikan penganjuran kejohanan pada kali ini.

Kritikan ini bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak terutama jawatankuasa penganjur tetapi kritikan membina agar kejohanan yang bakal berlangsung pada masa akan datang jauh lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini.

Jika dilihat dari segi kebolehan serta bakat pemain, anak-anak SBP boleh pergi lebih jauh dalam arena sukan hoki.

Cumanya itulah.

Jika platform penganjuran tidak berada dalam pengetahuan persatuan hoki negeri, faham-faham sahajalah taraf kejohanan ini.

Ok. Tenang dulu.

Ini baru muqaddimah.

Nak berikan kredit kepada juara bertahan kejohanan hoki tahun ini.

Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) kerana berjaya mempertahankan piala kejohanan tahun 2024.

Mutu dan cara permainan korang memang pada tahap terbaik.

Tahniah sekali lagi.

Ok.

Ulasan dan kritikan kali ini adalah lebih kepada penganjuran kejohanan. Saya pecahkan kepada beberapa point untuk kita sama-sama ambil perhatian.

Moga-moga kritikan ini mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) agar kejohanan akan datang dapat ditambahbaik.

Ok. Jom. Bismillah.

{getToc} $title={Tajuk Penting Entri Ini}

Kelulusan daripada Persatuan Hoki Negeri

Siaran terkini Persatuan Hoki Malaysia




E-poster ini adalah dari laman rasmi sosial media Instagram Persatuan Hoki Malaysia berkenaan makluman penganjuran mana-mana kejohanan hoki seluruh Malaysia.

Dengan bahasa mudahnya.

Kalau nak buat pertandingan atau kejohanan hoki, mestilah mendapat kelulusan ataupun makluman dari persatuan hoki negeri.

Sebagai contoh, kalau buat kejohanan hoki di negeri Johor, Persatuan Hoki Johor perlu maklum tentang kejohanan tersebut.

Kelulusan rasmi dari persatuan juga penting agar perjalanan kejohanan atau pertandingan mendapat liputan dari pihak persatuan hoki negeri.

Namun, sejak kejohanan beberapa tahun lepas. Kejohanan hoki SBP ini tidak mendapat makluman dari pihak persatuan hoki negeri.

Tidak tahu mana silapnya.

Sedangkan ahli jawatankuasa penganjuran kejohanan adalah mereka yang arif dan faham akan peraturan sukan hoki dan ada kenalan dalam kalangan ahli persatuan hoki negeri.

Semasa korang membaca tulisan ini, saya telahpun menelefon Setiausaha Persatuan Hoki Pahang bertanyakan tentang status kejohanan tahun ini.

Jawapan dari pihak wakil persatuan adalah,

Memang tiada permohonan ataupun pemakluman dari pihak penganjur kejohanan kepada Persatuan Hoki Pahang untuk penganjuran kejohanan tahun ini.

Jadinya.

Status kejohanan yang anak-anak SBP dok berlari seluruh padang, korbankan masa belajar selama 4 hari adalah untuk apa?

Adakah semata-mata untuk KPI pihak tertentu?

Adakah disebabkan peruntukan kewangan yang tidak mencukupi?

Adakah disebabkan nak buat kejohanan syok sendiri?

Cuba bayangkan jika ada insiden yang tidak sepatutnya berlaku semasa kejohanan.

Bergaduh tak puas hati atau berlaku kecederaan. Adakah penganjur kejohanan bertanggungjawab 100% ke atas insiden tersebut?

Kalau boleh, kita pun taknak perkara ini berlaku tetapi menjadi satu kemestian juga untuk difikir serta diambil cakna.

Tepuk dada tanya selera.

Kita boleh berfikir secara rasional kan?

Jadual perlawanan Gold dan Silver Pool


Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan tahun 2024 ini disertai oleh 16 pasukan dari 16 buah sekolah SBP seluruh Malaysia.

STAR (Sekolah Tuanku Abdul Rahman)
INTASABER (SBP Integrasi Sabak Bernam)
INTEK (SBP Integrasi Kuantan)
SMSLD (Sekolah Menengah Sains Lahad Datu)
SDAR (Sekolah Dato’ Abdul Razak)
MOZAC (Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah)
SMAPK (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang)
IGOP (SBP Integrasi Gopeng)
SMSJ (Sekolah Menengah Sains Johor)
KUPSIS (Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu)
SUPERB (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong)
SMSD (Sekolah Menengah Sains Dungun)
MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar)
GUAMSS (Sekolah Menengah Sains Gua Musang)
SEMSAS (Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah)
SAKBA (Sekolah Menengah Sains Kepala Batas){alertInfo}

Saya hanya senaraikan 16 pasukan yang bertanding untuk kategori lelaki sahaja. 16 pasukan ini dipecahkan mengikut kumpulan iaitu A, B, C dan D.

Jadual kumpulan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2024

Jadual perlawanan peringkat kumpulan adalah seperti biasa. Setiap pasukan perlu bermain 3 perlawanan untuk menentukan kedudukan juara dan naib juara kumpulan dan layak ke pusingan suku akhir.

Undian semula dibuat untuk yang layak ke peringkat suku akhir yang mana diperingkat ini, akan ada 2 kategori perlawanan iaitu Gold Pool dan Silver Pool.

Johan dan naib johan kumpulan akan bermain di Gold Pool manakala tempat ke-3 dan ke-4 kumpulan akan bermain di Silver Pool.

Pandangan saya secara peribadi, cara susunan perlawanan tahun ini sangat tidak seimbang terutama pasukan yang bermain di Silver Pool.

Dengan bahasa mudahnya,

Pasukan yang kalah diperingkat kumpulan ada peluang untuk meraih kemenangan sehingga perlawanan akhir. Jadi tak perlulah kerja kuat untuk berada di kedudukan tempat pertama atau kedua kumpulan. Berada di tangga tercorot kumpulan pun boleh dapat piala.{alertInfo}

 

Tak dapat juara Gold Pool pun takpe. Kalah awal pun boleh menang piala.{alertInfo}

Saya faham akan matlamat dari pihak penganjur kejohanan. Nak bagi semua pasukan merasa untuk bermain walaupun peluang untuk menang tu dah takde.

Pada saya, mana-mana pasukan boleh sahaja untuk main acuh tak acuh dengan semua pasukan. Mentaliti pasukan pun dah set awal-awal sebelum bermain.

Harapnya penganjur kejohanan akan datang agar selidik secara lebih mendalam tentang konsep dan struktur jadual perlawanan.

Jika nak beri peluang kepada semua pasukan untuk bermain dan mencari pengalaman berhadapan dengan pasukan yang bertanding, buatlah jadual perlawanan secara divisyen.

Pecahkan pasukan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A dan kumpulan B. Kemudian, aturkan jadual perlawanan secara liga. Juara dan naib juara kumpulan bertemu di separuh akhir dan akhir.

Ini adalah lebih baik.

Siapakah Pegawai Teknikal kejohanan yang mengendali keseluruhan perlawanan


Sepanjang saya berada di tepi padang menyaksikan perlawanan, saya hanya nampak kelibat pelajar-pelajar SEMSAS di meja urusetia membantu menguruskan perlawanan.

Jika di pihak perempuan, pelajar dari sekolah INTEK yang menguruskan.

Tapi siapakah gerangan Pegawai Teknikal yang mengendalikan kejohanan baik di pihak pasukan lelaki mahupun pasukan perempuan.

Peranan pegawai teknikal kejohanan adalah sangat penting. Jika jawatankuasa urusetia dah memadai untuk berada di tepi padang, maaf cakap.

Inikah kualiti dan standard kejohanan Hoki SBP Kebangsaan?

Pegawai Teknikal kejohanan pun takde.

Sebagai contoh insiden yang pernah berlaku di kejohanan hoki tahun lepas. Jurulatih tak puas hati dengan mutu pengadilan, jerit dari tepi padang buat provokasi kepada pengadil, pengadil pulak tak puas hati dan berlaku cabar mencabar.

Adakah patut pengadil tersebut mencabar jurulatih walhal pengadil tersebut boleh terus buat laporan kepada Pegawai Teknikal yang bertugas.

Apabila ditanya keberadaan Pegawai Teknikal yang bertugas, hanya pelajar sekolah yang bertugas di meja urusetia yang menjawab.

Alhamdulillah, kejohanan tahun ini berjalan dengan sangat baik tanpa ada kejadian yang tidak diingini. Namun, saya nak ajukan pertanyaan.

Siapa Pegawai Teknikal kejohanan tahun ini?

Kritikan kejohanan hoki SBP Kebangsaan 2024



Mutu pengadilan dari team pengadil kejohanan


Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Saya faham tu.

Tapi jika diteliti dari mutu pengadil yang meniup wisel semasa kejohanan berlangsung, rata-ratanya ramai yang sangat tidak berpuas hati.

Paling tidak boleh diterima adalah sewaktu perlawanan separuh akhir di Padang A dan padang B. Perlawanan diantara STAR menentang SDAR dipadang B dan SMSJ menentang GUAMSS di padang A.

Insiden ini berlaku di padang B, STAR menentang SDAR. Saya tidak pasti situasi perlawanan antara SMSJ dan GUAMSS di padang A.

Sebaik sahaja perlawanan bermula, hujan sangat lebat dan keadaan padang tidak sesuai untuk meneruskan perlawanan.

Permainan tetap diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehinggalah salah seorang jurulatih dari SDAR meminta guru pengiring untuk berurusan dengan urusetia agar perlawanan dihentikan sementara waktu.

Ini menimbulkan persoalan.

Adakah kena tunggu isyarat hentikan perlawanan dari wakil pasukan yang bermain di atas padang?

Kenapa tidak urusetia yang menghentikan perlawanan dek kerana hujan lebat. Perkara dah berlaku depan mata.

Pengadil pula tidak perlulah memanggil kapten kedua-dua pasukan untuk hentikan perlawanan. Teruskan sahaja tiup wisel dan maklumkan kepada pihak urusetia akan hal sebenar.

Ok lah.

Disebabkan ada permintaan untuk hentikan perlawanan, ianya dihentikan sehingga hujan reda. Lebih kurang jam 6.35 petang, hujang dah berhenti.

Namun keadaan padang yang masih lagi basah dan ada lopak air bertakung atas padang. Adalah sedikit inisiatif dan usaha penganjur kejohanan untuk alihkan air yang bertakung di tengah padang.

Selepas beri tempoh 5 minit kepada kedua-dua pasukan, penganjur tetap nak teruskan dalam keadaan padang masih ada lopak air ditepi dan sedikit lopak air ditengah padang.

Alasan dari pihak penganjur adalah, mereka perlu habiskan perlawanan mengikut jadual yang ditetapkan.

Permainan tetap diteruskan dalam keadaan padang basah teruk. Pemain pukul bola pun sangkut di kawasan yang ada lopak air.

Kesilapan di pihak jurulatih SDAR juga kerana membenarkan pemain masuk ke dalam padang untuk meneruskan perlawanan.

Sedangkan ada peluang untuk lanjutkan masa sehingga padang benar-benar selamat untuk kedua-dua pasukan bermain.

Walhal boleh sahaja tukarkan waktu untuk bermain malam selepas waktu Maghrib. Permainan tetap diteruskan sehingga tiupan wisel penamat pada jam lebih kurang 7.35 petang.

Kemenangan berpihak kepada STAR dengan jaringan 3 - 0 menewaskan SDAR.

Keputusan Kejohanan Hoki SBP Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

KATEGORI LELAKI

Gold Pool
Johan: Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Naib Johan: SMS Johor
Ketiga bersama: Sekolah Dato' Abdul Razak dan SMS Gua Musang

Silver Pool
Johan: SBPI Gopeng
Naib Johan: SMAP Kajang
Ketiga bersama: SMS Sultan Haji Ahmad Shah dan SMS Lahad Datu

KATEGORI PEREMPUAN

Gold Pool
Johan: SMS Sultan Iskandar
Naib Johan: SMS Johor
Ketiga bersama: Sekolah Seri Puteri dan SMS Dungun

Silver Pool
Johan: SMS Tengku Abdullah
Naib Johan: SMS Kepala Batas
Ketiga bersama: SMS Sultan Haji Ahmad Shah dan SMS Lahad Datu

ANUGERAH INDIVIDU

Penjaga Gol Terbaik Perempuan - Nurul Atiqah Syazwani binti Azimi (SMSSI)
Penjaga Gol Terbaik Lelaki - Muhammad Alfie Naufal bin Mohd Najib (SMSJ)
Penjaring Terbanyak Perempuan - Umi Dayana binti Mohd Hael Mizan (SAKBA)
Penjaring Gol Terbanyak Lelaki - Wafir Wajdie bin Burhanuddin (STAR)
Pemain Terbaik Kejohanan Perempuan - Ani Umairah binti Mohd Saiful (SMSSI)
Pemain Terbaik Kejohanan Lelaki - Muhammad Daniel Haiqal bin Mohd Sharizal (STAR)

Pengajaran dan pedoman


Janganlah disalah sangka akan kritikan saya disini. Saya bukanlah pakar dalam sukan hoki. Bukan siapa-siapa pun.

Tapi disebabkan minat yang mendalam dengan sukan hoki ini, saya cubalah bersuara agar perkara-perkara begini tidak berlaku di kemudian hari.

Jika kita nak memartabatkan sukan hoki di sekolah berasrama penuh, buatlah dengan bersungguh-sungguh agar sukan hoki ini diiktiraf oleh badan hoki negeri dan kebangsaan.

Libatkan bersama persatuan hoki negeri. Mana tahu ada rezeki anak-anak SBP ini untuk pergi lebih jauh dengan penglibatan persatuan hoki negeri.

Janganlah menganjur kejohanan semata-mata untuk nampak gah dimata kementerian sahaja.

Kitorang handle kejohanan kebangsaan kot. Tak payah panggil persatuan hoki negeri. Cikgu-cikgu kita semua power boleh handle.{alertInfo}

Jika mentaliti ini masih lagi tidak berubah, percayalah.

Kejohanan hoki SBP Kebangsaan takkan kemana-mana pun. Hanya boleh digelar kejohanan syok sendiri.

Harap korang berlapang dada dengan kritikan membina ini. Jangan disalah tafsir. Saya sekadar membantu agar kejohana hoki SBP Kebangsaan ini berada berada sebaris dengan kejohanan hoki yang lain.

Sebagai pengubat hati, saya sertakan pautan gambar semasa kejohanan dibawah untuk tatapan.

Saya doakan agar anak-anak hoki di SBP mendapat peluang cerah untuk ke peringkat yang lebih tinggi khususnya untuk bermain bersama The Speedy Tiger suatu hari nanti.

Sekian.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

REAL Me

realme [CPS] IN

Bisnes Fotografi

Borang Maklumat Hubungan