Farich Food House tempat makan best di Kota Warisan

 

Cafe Farich Food House Kota Warisan

Sebelum saya masuk kepada topik utama, ini adalah beberapa fakta yang korang boleh tahu tentang nama tempat Kota Warisan Sepang Selangor:

  • Bandar Kota Warisan, Sepang adalah sebuah bandar pegangan bebas yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Bandar Baru Salak Tinggi.
  • Kota Warisan dibangunkan oleh Gema Padu Sdn Bhd dan dikenali sebagai kawasan yang tenang dengan kemudahan akses yang terbaik melalui lebuh raya Elite dan Stesen Express Rail Link (ERL) Salak Tinggi. 
  • Kawasan ini sedang mengalami pembangunan pesat dengan pengenalan projek perbandaran baru seperti Warisan Puteri dan Bandar Serenia.
  • Ketika entri ini ditulis, Hotel Holiday Inn telah dibina bersebelahan pusat membeli belah KIP Sentral Mall. Sebagai alternatif kepada hotel yang terdapat di dalam kawasan lapangan terbang iaitu Sama Sama Hotel KLIA

Ok. Selesai bab cerita tentang nama tempat ini.

Kita masuk kepada topik utama.

Ada satu tempat makan di Kota Warisan ini yang boleh dikategorikan sebagai mesra marhain dari segi harga makanan serta lokasinya.

Farich Food House Kota Warisan

Saya suka dengan tagline yang restoran ini gunakan.

"Makanan Barat dan Pantai Timur"

Kedai makan ini terletak di dalam bandar Kota Warisan. Sebuah restoran yang menyediakan makanan western sebagai hidangan utama serta beberapa jenis menu makanan selera orang Melayu Pantai Timur.

Lokasi Farich Food House Kota Warisan

Lokasi cafe ini sangat strategik yang mana ianya berada di tepi jalan utama untuk ke stesen ERL Salak Tinggi dan juga berhampiran dengan Universiti Xiamen.

Sudah tentu akan menjadi pilihan kepada pelajar-pelajar universiti untuk menikmati menu makanan western pada waktu malam.

Restoran ini nampak macam biasa sahaja jika dilihat dari jauh. Namun apabila korang berada di hadapan restoran ini, pasti akan rasa hendak masuk ke dalam restoran untuk mencuba makanan yang ada.

Dah tu pulak.

Disediakan 3 meja bulat berwarna putih di hadapan restoran ini sebagai daya tarikan kepada orang ramai yang lalu lalang.

Farich Food House waktu malam

Saya memang dah biasa datang ke restoran ini pada hujung bulan waktu poket dah kembali menerima talian hayat dari majikan.

Hahaha.

Bolehlah nak payung orang rumah dan anak-anak datang makan disini. Kalau makan satu famili 4 orang, saya akan ambil menu set dulang ni. Ambil yang set 2-3 orang makan pun dah cukup.

Western Dulang 2-3 pax

Tapi.

Kalau datang berdating berdua-duaan dengan orang rumah, carilah menu yang sesuai dengan perut.

Almaklum.

Dalam keadaan usia begini, nak makan habis sepinggan seorang memang dah tak mampu. Maka saya makan berkongsi sahaja dengan orang rumah.

Cubalah menu Sizzling Lamb Chop ni buat ghaso ghaso.

Sizzling Lamb Chop Combo


Jika mood saya pada hari itu taknak makan yang berat-berat, hanya nak menikmati menu yang ringan sahaja, saya akan pilih menu Mushroom Soup with Garlic Bread.

Roti garlic dia ni memang lembut. Rasanya pun tak pernah berubah. Dari mula-mula cafe ini dibuka sehinggalah sekarang, sama sahaja roti Garlic ni.

Dicicah pulak dengan sup cendawan, memang sedap ya amat. Makan 3 ketul roti garlic ni, terus rasa kenyang dah.

Maka kenalah kongsi suap baki tori yang ada ke mulut orang rumah. Acah-acah romatik sikitlah kan.

Garlic Bread with Mushroom Soup


Sebenarnya ada banyak menu makanan western yang disediakan. Korang akan kelabu mata nak cuba menu yang mana satu sebab terlalu banyak.

Dari menu set dulang sehinggalah ke menu nasi kukus.

Kalau korang rasa roh korang keluar tiba-tiba sewaktu belek buku menu restoran ini, baik korang panggil staf yang bertugas ambil order untuk cadangan makanan yang sesuai.

Supaya korang tidak tersilap pilih makanan dan tidak membazir sekiranya makana yang sampai tak muat perut korang nanti.

Salah satu menu minuman yang saya gemar di Farich Food House ini adalah Nescafe Ais dia.

Nak kata menu Iced Latte pun ya juga. Memang sedap.

Sangat berbeza dengan menu Nescafe ais di restoran lain.

Nescafe Ais Farich Food House


Dari segi harga yang ditawarkan bagi setiap menu makanan di Farich Food House ini, saya kategorikan sebagai harga mampu bayar.

Tidaklah mahal sepertimana di restoran western lain. Dengan bahasa mudahnya, kenalah dengan harga dan tekak.

Kalau kategori macam saya ni, janji kena dengan tekak dan tidak menggigil tangan sewaktu membayar di kaunter, kira lulus dah.

Dan sekarang ni, restoran ini telah tambah 1 bahagian restoran lagi untuk menampung pelanggan yang semakin ramai berkunjung ke cafe ini.

Semoga cafe Farich Food House ini terus maju dengan mengekalkan mutu penyediaan serta kualiti menu makanan sedai ada.

Sekian


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

REAL Me

realme [CPS] IN

Bisnes Fotografi

Borang Maklumat Hubungan